GERAN KERETA MOTOR HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)

GERAN KERETA MOTOR HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)

GERAN KERETA MOTOR HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)

Seandainya berlaku situasi yang tidak diingini seperti kecuaian, kebakaran atau bencana alam seperti banjir yang menyebabkan geran kenderaan anda rosak atau hilang mungkin akan sedikit menyulitkan keadaan. Namun, perkongsian kali ini adalah tentang geran kereta motor hilang rosak dan cara tukar permohonan baru. Semoga bermanfaat.

 

APA ITU GERAN KENDERAAN?

 

Secara amnya, geran kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) boleh dianggap sebagai kad pengenalan untuk kereta. Oleh itu, kehilangan atau kerosakan geran kereta atau motosikal boleh menjadi sedikit memeningkan buat sesetengah pemilik kenderaan.

 

CARA DAPATKAN GERAN KERETA / MOTORSIKAL DI KAUNTER JPJ

 

Anda boleh mendapatkan salinan geran kereta original atau asal yang baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan anda. Carsome menyenaraikan 7 cara atau langkah mudah untuk dapatkan geran kereta original daripada JPJ seperti berikut:

 

  1. Pemilik berdaftar perlu hadir ke mana-mana Cawangan JPJ berdekatan;
  2. Bawa kad pengenalan (MyKad) dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk memudahkan urusan;
  3. Isi dan lengkapkan borang yang diperlukan (JPJ K7);
  4. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
  5. Serahkan kad pengenalan dan borang yang telah siap diisi kepada pegawai yang bertugas;
  6. Selepas proses pengesahan, anda akan menerima salinan geran asal yang diperlukan.
  7. Bayaran akan dikenakan untuk permohonan ini iaitu sebanyak RM50 untuk geran kereta dan RM20 untuk geran motosikal.

 

CARA DAPATKAN GERAN KERETA/MOTOSIKAL ORIGINAL DI KIOSK JPJ

 

Selain berurusan di kaunter, anda juga boleh mendapatkan salinan geran kereta melalui kiosk-kiosk yang tersedia di lokasi kiosk terpilih di seluruh Malaysia.

 

  1. Masukkan kad pengenalan, kemudian lakukan imbasan cap jari kanan;
  2. Kemudian, pilih Sijil Pemilikan Kenderaan;
  3. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk semakan dan tindakan lanjut;
  4. Masukkan kad debit dan tekan nombor pin untuk proses pembayaran;
  5. Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) untuk setiap transaksi yang berjaya;
  6. Pilih cetakan resit (jika perlu).

 

CARA PERMOHONAN GERAN KERETA/MOTOSIKAL   OLEH WAKIL BAGI PIHAK PEMILIK BERDAFTAR

 

  1. Borang Senarai Semak Salinan Geran;
  1. Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi;
  2. Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
  3. Surat kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  4. Fi yang telah ditetapkan.

 

CARA PERMOHONAN GERAN KERETA/MOTOSIKAL OLEH WARIS

 

  1. Borang Senarai Semak Salinan Geran;
  1. Dua Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi;
  2. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemilik berdaftar kenderaan;
  3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) waris;
  4. Dokumen sokongan yang menjelaskan sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau Pegawai yang Diberi Kuasa;
  5. Dokumen sokongan yang membuktikan hubungan waris dengan pemilik berdaftar kenderaan;
  6. Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
  7. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  8. Fi yang telah ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang geran kereta motor hilang rosak, sila layari Portal JPJ Malaysia untuk maklumat lanjut. Semoga perkongsian ini memudahkan urusan anda!

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

JPJeQ:REGISTER,ID,LOGIN & CARA GUNA SISTEM NOMBOR GILIRAN ONLINE JPJ

 

 

 

Tags: #CARA DAPATKAN GERAN KERETA / MOTORSIKAL DI KAUNTER JPJ #CARA DAPATKAN GERAN KERETA/MOTOSIKAL ORIGINAL DI KIOSK JPJ #CARA PERMOHONAN GERAN KERETA/MOTOSIKAL   OLEH WAKIL BAGI PIHAK PEMILIK BERDAFTAR #CARA PERMOHONAN GERAN KERETA/MOTOSIKAL OLEH WARIS #GERAN KERETA MOTOR HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "GERAN KERETA MOTOR HILANG ROSAK (Cara Tukar Permohonan Baru)"