BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL (MySchoolBus)

BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL (MySchoolBus)

BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL

Keapda para pelajar yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melancarkan program bas sekolah percuma (MySchoolBus) bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024. Disini kami akan kongsikan cara membuat pendaftaran yang kelayakan yang ditetapkan, semoga membantu.

 

APA ITU BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL

MySchoolBus ini diperkenalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu satu program bas sekolah percuma bagi pelajar yang berkelayakan

 

TARIKH PENDAFTARAN MySCHOOLBUS

Pendaftaran penyertaan pelajar bagi program bas sekolah percuma dibuka mulai 9 Januari hingga 10 Februari 2023

 

SYARAT KELAYAKAN MySCHOOLBUS

Program bas sekolah percuma ini dilancarkan khas bagi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 Sesi 2023/2024 yang menetap di:

  • Perumahan Awam (PA)
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR).
  • Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL

 

LOKASI DBKL TERLIBAT MySCHOOLBUS

Berikut adalah merupakan lokasi cawangan DBKL yang terlibat program MySchoolBus iaitu:

  • Cawangan Batu
  • Cawangan Bandar Tun Razak
  • Cawangan Cheras
  • Cawangan Kepong
  • Cawangan Lembah Pantai
  • Cawangan Segambut
  • Cawangan Seputeh
  • Cawangan Setiawangsa
  • Cawangan Titiwangsa
  • Cawangan Wangsa Maju

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut iaitu:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pelajar;
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa;
  • Salinan Kad Pengenalan Penjaga (Jika Berkaitan);
  • Salinan Slip Gaji Terkini Ibu DAN Bapa;
  • Salinan Slip Gaji Terkini Penjaga (Jika Berkaitan);
  • Surat Akuan Sumpah Bekerja Sendiri ATAU Tidak Bekerja oleh Pesuruhjaya Sumpah (Jika Berkaitan);
  • Salinan Bil Elektrik Terkini / Bil Air Terkini;
  • Salinan Kad Penyewaan / Perjanjian Jual Beli Rumah.

NOTA: Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau Pengerusi Persatuan Penduduk.

 

CARA PERMOHONAN BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL (MySCHOOLBUS)

Kepada anda yang ingin membuat permohonan program bas sekolah percuma ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun Borang Permohonan Pelajar Bagi Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma (MySchoolBus) 
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang tersebut dengan lengkap.
  3. Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi dan salinan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pejabat Kecil Perumahan DBKL / Pejabat Pengurusan Perumahan Zon DBKL yang berhampiran

Nota: Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup permohonan TIDAK AKAN DITERIMA oleh pihak urusetia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh emailkan kepada [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SEWA KEDAI PREMIS KIOSK DBKL 2022 (Berapa Harga & Borang)

Leave a Comment