CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK
Kepada pelajar atau guru tengah cari CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK 2020, kami kongsikan dalam artikel ini.
Apakah PKSK?
PKSK adalah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus.
PKSK diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai satu cara untuk menilai permohonan murid untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA)
- Kolej Vokasional (KV)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
Baca tentang CARA SEMAKAN PUSAT PKSK
CONTOH SOALAN UJIAN PKSK
KPM telah menetapkan bahawa calon yang berminat untuk memasuki SBP, MTD, SKMA, KV dan SMT bagi ambilan tahun 2021 wajib menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Kaedah penilaian calon sekolah-sekolah khusus melalui PKSK dibuat kerana peperiksaan UPSR dan PT3 tahun 2020 telah dibatalkan akibat pandemik Covid 19. Namun PKSK bukan gantian kepada peperiksaan awam tersebut.
Tercari-cari cara log masuk ePerolehan online?
PANDUAN FORMAT & KOMPONEN PKSK
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).
Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) 20%
Meliputi kecerdasan emosi, rohani dan insaniah
Bahagian B – Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) 70%
Meliputi kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah.
Tempoh masa Bahagian A & B ialah 90 minit. Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris
Bahagian C – Artikulasi Penulisan 10%
Penulisan esei 100 patah perkataan bagi Tingkatan Satu, 250 patah perkataan bagi Tingkatan Empat
45 minit dalam Bahasa Melayu.
Jika anda telah buat permohonan MRSM sebelum ini, sekarang dah boleh buat semakan UKKM MRSM untuk lokasi ujian yang akan dijalankan.
TARIKH & FASA PKSK
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada tarikh berikut:
- 12 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu)
- 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi, di mana setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.
FASA 1 : Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
FASA 2 : Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
TIPS JAWAB SOALAN PKSK
SQ, EQ dan SSQ : Pilih jawapan yang PALING POSITIF berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan bagi mendapatkan markah paling tinggi.
IQ dan Pengetahuan Am : Berikan jawapan yang BETUL bagi mendapatkan markah
Soalan pengetahuan am boleh rujuk buku teks Sejarah tahun 6 dan berita tentang isu semasa.
Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka kepada semua yang layak bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020,rujuk CARA PERMOHONAN BPN 2.0 ONLINE
CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) agak berbeza dari Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) kerana selain daripada soalan EQ, SQ, SSQ, IQ dan Pengetahuan Am, ujian PKSK juga mengandungi soalan Penyelesaian Masalah dan Artikulasi Penulisan.
Berikut adalah contoh soalan ramalan PKSK berdasarkan soalan ujian UKSBP yang dibuat pada tahun sebelum ini.
Nak rancang cuti untuk tahun 2021? Boleh muat turun KALENDAR KUDA TAHUN 2021
Contoh Soalan PKSK (EQ, SQ, SSQ, IQ & Pengetahuan Am)
- Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak
- Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan
- Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
- Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz
- Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
- Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
7.Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg
- Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
- Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
- Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad
- Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
- Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
- Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
- Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka
- Wau dari negeri mana? – Kelantan
- Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
- Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun
- Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman
- Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos
- Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.
- Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
- Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku
- Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej
- Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin
- Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur
- Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal
- Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
- Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
- Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
- Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs
- Sela masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) – 18 Mac 2020 – 31 Disember 2020 (5 Bulan)
Fasa 1 : 18 Mac – 31 Mac 2020
Fasa 2 : 1 April – 14 April 2020
Fasa 3 : 15 April – 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April – 12 Mei 2020
Fasa 5 (PKPB) : 13 Mei – 9 Jun 2020
Fasa 6 (PKPP) : 10 Jun – 31 Ogos 2020
Fasa 7 (PKPP) : 1 September – 31 Disember 2020
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin
- Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan
- Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin
- Wabak Covid 19 berpunca daripada apa? – virus Covid 19
- Wabak Covid 19 mula dikesan di mana? – negara China
Guru-guru ingin tahu tentang TARIKH PERTUKARAN GURU 2021?
CONTOH SOALAN PKSK (PENYELESAIAN MASALAH)
Soalan Penyelesaian Masalah PKSK diramalkan mengikut silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Murid disarankan untuk membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persediaan untuk menduduki PKSK.
CONTOH SOALAN PKSK (ARTIKULASI PENULISAN)
Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini.
Antara topik ramalan Artkulasi Penulisan PKSK ialah:
- Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut
Ada mohon MRSM?Dah ambik ujian UKKM? Jika perlukan contoh soalan untuk ulangkaji,rujuk CONTOH SOALAN UJIAN UKKM MRSM
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari portal PKSK
Tags: #Apakah PKSK? #CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK #CONTOH SOALAN PKSK (ARTIKULASI PENULISAN) #Contoh Soalan PKSK (EQ #CONTOH SOALAN PKSK (PENYELESAIAN MASALAH) #CONTOH SOALAN UJIAN PKSK #IQ & Pengetahuan Am) #PANDUAN FORMAT & KOMPONEN PKSK #SQ #SSQ #TARIKH & FASA PKSK #TIPS JAWAB SOALAN PKSK
zaimah3 months ago
nk tya, bole jelaskan x yg soalan ke 42 . Kanggaroo Maths
noor ain najihah3 months ago
assalamualaikum,saya murid tahun 6 saya nk tanya jika ada cikgu itu menanyakn soalan adakah kita perlu menjawab penuh soalan itu.contohnya,apakah kuih yang terdapat di sarawak adakan saya perlu menjawab semua kuih tradisional mereka atau satu ataupun dua jawapan sahaja.
nayli3 months ago
sangat membantu
Putri Irdina amani3 months ago
Hye,says nak tanya soalan matematik perlu dijawab online ataupun ditanda di dalam kertas.
Esam bin bidin3 months ago
Bila kwsp sy masuk dah tamat
rosli3 months ago
SAYA SANGAT SUKA DAN JUGA MEMBANTU SAYA DALAM UJIAN PKSK NANTI
rosli3 months ago
SAYA PUNYA INTER VIEW ESOK DEKAT SMK BUKIT RAMBAI SEBAB TU SAYA BANYAK TENGOK PASAL NI
rosli3 months ago
BETUL
NORHAYATI BINTI GHAZALI3 months ago
Terima kasih ia sangat membantu saya.Doakan saya dapat sekolah yang dimahukan.Semoga korang yang membaca ini juga mendapat sekolah yang dimahukan….aminnnn
Aliff3 months ago
Esok saya akan menjawab soalan
Arif Danial3 months ago
saya akan berusaha dengan bersungguh sungguh
Arif Danial3 months ago
Insyaalah
Ayda malaiqa3 months ago
Wish me luck
Ayda3 months ago
Nak tanya nanti matematik boleh bawa kertas tak , nak kira
haziq3 months ago
wish me luck for tomorrow !!!
Amirersyad3 months ago
Sangat membantu..saya doa smua lulu’s dan doakan saya lulus jugak..Amiiinn
rosli3 months ago
aminnn
rosli3 months ago
soalan untuk sbp senang je tapi matematik dia punya soalan susah
ain khadeeja3 months ago
@Ayda yg matemetik tu dia x bagi kita bawa kertas kosong nk kira…sebab kawan saya kata..dia dah sediakankan kertas dekat tempat ujian…sama juga dgn mrsm.
ain khadeeja3 months ago
wish me luck for tomorrow..Aamin
aina3 months ago
how was it tho
Mohd Izwan Md Desa3 months ago
Berapa perarus nak lulus
Daniel3 months ago
Terima kasih atas penerangan di atas
#sangatmembantu
Faris3 months ago
Bagus 👍 besok saya nak interview, Terima kasih.
Qistina Arissa3 months ago
TERIMA KASIH.IA SANGAT MEMBANTU UNTUK MENJAWAB SOALAN PKSK ESOK.TERIMA KASIH
sting aku yahoo3 months ago
pergg senang gila
aishah3 months ago
susah ke? tacod betul
Dania3 months ago
Should i answer 1 or two questions or fully answer?
Muhd Izz Danish3 months ago
terima kasih untuk contoh dan jawpannya.Esok saya ujian doakan saya ye
SARA3 months ago
thanks ,, saya harap ini dpt membantu saya mse pksk nnti..wish me luck!!
shazwani alleya3 months ago
Terima kasih , saya harap contoh soalan dan jawapan pksk ni dapat membantu saya nanti , wish me luck 🙂
Ain Najwa3 months ago
Kenapa periksa Pksk dibatalkan😩Sye mahu msuk Kv😭
Sara Qaisara3 months ago
Mudah
Zannajuhar3 months ago
Esok periksa ,malam ni baru teringat😏
eryn3 months ago
assalammualaikum saya nak tanya adkah soalan pksk ini akan masuk dalam pksk
ISYAS3 weeks ago
WISH ME LUCK !!
HASEENAH3 weeks ago
TERIMA KASIH! SAYA RASA DAH BERSEDIA!
isyas2 weeks ago
nak tanya soalan math tu kena jawab kat komputer jugak ke ?
Medok7 days ago
Aku dah hafal semua…
pelajar7 days ago
boleh x kalau jawab soalan komponen IQ dan pengetahuan AM yg ke-3 tu “Perdana Menteri Malaysia ke-2” or “Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato Haji Hussein” je
fatima7 days ago
macam mana nak cari soalan kanggaroo math?
adakah dia bahasa inggeris?
Nurdina3 days ago
PKSK tu, MT dalam komputer atau kertas?
Ada soalan Sudoku ke? Macamana nak buat?