JANJI TEMU LHDNM(e-Janji Temu BPR):CARA BUAT APPOINTMENT(Urusan BPR Di Kaunter Cawangan /PKH/UTC LHDNM)  

JANJI TEMU LHDNM(e-Janji Temu BPR):CARA BUAT APPOINTMENT(Urusan BPR Di Kaunter Cawangan /PKH/UTC LHDNM)  

JANJI TEMU LHDNM

Kepada yang ingin membuat permohonan rayuan BPR menggunakan Borang Rayuan BPR,anda perlu membuat janji temu LHDNM sebelum hadir ke cawangan/PKH/UTC untuk sebarang urusan berkaitan BPR.Bagaimanakah cara untuk buat janji temu LHDNM?

 

APA ITU e-JANJI TEMU LHDN?

e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

 

BILA BOLEH BUAT e-JANJI TEMU LHDN?

e-Janji Temu akan dibuka mulai 14 Jun 2021.Tarikh Janji Temu akan bermula pada 15 Jun 2021.

Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari (Hari bekerja)

 

APAKAH SENARAI PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI KAUNTER BPR ?

Perkhidmatan BPR yang ditawarkan secara janji temu adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Lain – lain

 

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN DI KAUNTER BPR?

Janji temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjut oleh pegawai LHDNM.

 

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN JANJI TEMU BPR LHDN

Berikut adalah Syarat Permohonan Janji Temu:

  • Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.
  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan
  • Pembatalan & Tukar Tarikh Janji Temu Di Kaunter BPR
  • Anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.

 

CARA BUAT JANJI TEMU LHDNM(CARA BUAT CARA BUAT APPOINTMENT)

Berikut adalah cara buat janji temu BPR dikaunter :

  1. Permohonan janji temu boleh dibuat melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my).
  2. Klik pada menu e-Janji Temu
  3. Isikan butiran janji temu dalam talian seperti berikut;
  • Nama
  • No Mykad
  • Negeri
  • Cawangan
  • Pengesahan Captcha
  • Tujuan Janji Temu
  • Tarikh
  • E-mel
  • No Telefon
  1. Setelah selesai, tekan butang HANTAR.
  2. Sila PASTIKAN anda mencetak / memuatnaik / screenshot surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal Rasmi BPR atau e-mel yang telah didaftarkan dan kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu.

 

CARA TUKAR/BATAL  JANJI TEMU BPR LHDN

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat seperti berikut:

  1. Log masuk MyBPR di https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Pilih menu e-Janji Temu
  3. Klik Senarai eJanji Temu; atau
  4. Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan

 

BORANG RAYUAN BPR 2021:MUAT TURUN & CETAK(CARA ISI BORANG)

Kepada individu dan isi rumah yang gagal permohonan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) 2021,anda boleh membuat permohonan rayuan secara online dan borang.Bagaimanakah cara untuk muat turun Borang Rayuan BPR 2021?

 

MUAT TURUN BORANG RAYUAN BPR

Berikut adalah cara untuk muat turun borang rayuan BPR >> https://bpr.hasil.gov.my/#

 

CARA BUAT RAYUAN MENGGUNAKAN BORANG

Berikut adalah cara untuk buat rayuan menggunakan borang:

  1. Sila log masuk portal BPR
  2. Sila buat semakan KOD TIDAK LULUS BPR anda
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan
  4. Sila muat turun BORANG RAYUAN BPR
  5. Lengkapkan borang
  6. Sila buat TEMUJANJI untuk hadir hantar borang di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

 

CARA ISI BORANG RAYUAN BPR 2021

Berikut adalah cara untuk isi borang rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021:

  1. Isi Bahagian A iaitu Maklumat Pemohon dengan lengkap
  2. Isi Bahagian B iaitu Maklumat Pasangan. Bahagian ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang sudah berkahwin sahaja. Pemohon BPR bujang tidak perlu isi apa-apa.
  3. Di Bahagian Akuan, masukkan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan
  4. Sila turunkan tandatangan atau cap jari
  5. Tuliskan tarikh
  6. Kosongkan bahagian Kegunaan Pejabat
  7. Di Bahagian Akuan Penerimaan Rayuan / Pengakuan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR), tuliskan Nama Penuh, Nombor MyKad dan Nama Pegawai Penerima
  8. Keratan ini akan diceraikan oleh LHDN semasa anda menghantar borang ini
  9. Keratan ini akan menjadi bukti penghantaran
  10. Selepas selesai mengisi BORANG RAYUAN BPR, sila hantar borang tersebut di kaunter LHDN terdekat bersama dokumen yang berkaitan.

 

SOALAN LAZIM

Boleh ke buat rayuan BPR menggunakan borang?

Boleh,Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Bagaimanakah janji temu boleh dibuat untuk hadir ke Cawangan LHDNM?

Janji temu boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my. Kaedah janji temu boleh dirujuk pada Panduan Pengguna Janji Temu.

Adakah saya perlu hantar  dokumen sokongan semasa membuat Permohonan Rayuan BPR 2021 secara borang ?

Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang Janji Temu LHDNM

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565

03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

9 thoughts on “JANJI TEMU LHDNM(e-Janji Temu BPR):CARA BUAT APPOINTMENT(Urusan BPR Di Kaunter Cawangan /PKH/UTC LHDNM)  ”

  1. Temu janji dikuanter LHDN cawangan Perlis. Permohonan ditolak sebab tidak dimasukkan surat cerai

    Balas

Leave a Comment