KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI SETIAP NEGERI 2022 (Check Berapa Kena Bayar)

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI SETIAP NEGERI 2022 (Check Berapa Kena Bayar)

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH

Kepada umat Islam yang ingin bayar zakat Fitrah online,anda boleh berbuat demikian secara atas talian sahaja.Ia mudah dan senang sahaja. Tetapi sudah semstinya ingin mengetahui kadarbayaran zakat Fitrah dahulu kan? Di sini kami akan kongsikan kadar zakat fitrah setiap negeri., semoga membantu.

 

APA ITU ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

 

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH 2021

Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat bayaran zakat fitrah. Contohnya kaedah bayaran konvensional bagi mereka yang tidak mempunyai akses atau tidak mahir dalam teknologi.

Selain itu kaedah bayaran secara atas talian/online juga digalakkan.Jangan bimbang menggunakan kaedah ini jika tidak mempunyai akad kerana akad itu hanya sunat.

nak bayar zakat online? Rujuk CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE

 

CARA PENENTUAN KADAR  ZAKAT FITRAH 

Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg.

 

CARA PENENTUAN KADAR ZAKAT FITRAH GOLONGAN BERKEMAMPUAN

Bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan.

 

SENARAI KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI SETIAP NEGERI 2022

KADAR BAYARAN ZAKATFITRAH DI NEGERI KEDAH 

  • Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengumumkan kadar zakat fitrah baharu tahun ini iaitu RM5.oo/RM7.00/RM14.00/RM21.00
  • Kadar baharu itu antara empat kadar zakat fitrah yang ditetapkan iaitu RM7, RM14 dan RM21. Bagi umat Islam yang berkemampuan, mereka digalakkan untuk membayar zakat fitrah dengan kadar lebih baik.
  • LZNK menggalakkan pembayar zakat fitrah membuat pembayaran menerusi beberapa platform secara dalam talian dan dinasihat untuk membayar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

 

KADAR BAYARAN ZAKATFITRAH DI NEGERI PULAU PINANG

  • Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan dua kadar bayaran zakatfitrah di negeri ini iaitu RM7.00/RM12.00 /RM16.00
  • Pembayaran zakat fitrah itu hendaklah dibayar kepada amil yang sah dan dilantik oleh MAINPP.Umat Islam digalakkan membuat bayaran melalui kaedah dalam talian menggunakan aplikasi Snap N Pay, JomPay dan beberapa kaedah digital yang akan diumumkan kelak.

 

KADAR BAYARAN ZAKATFITRAH DI NEGERI TERENGGANU

  • Kadar bayaran fitrah di Terengganu pada tahun ini ditetapkan pada RM7 seorang.
  • Pembayaran zakat boleh dibuat secara tunai kepada amil bertauliah, bayaran dalam talian menggunakan aplikasi Snap & Pay.

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH  DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menetapkan, tiga kadar zakat fitrah untuk tahun ini iaitu RM5.00/ RM7.00 / RM14.00

 

KADAR BAYARAN ZAKATFITRAH DI NEGERI KELANTAN

  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini iaitu RM7, RM14 dan RM21.
  • MAIK telah melantik Amil untuk memugut zakat fitrah dan MAIK mengalakkan pembayaran zakat secara dalam talian dengan merujuk portal MAIK pada laman sesawang www.e-maik.my

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI SARAWAK

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan oleh Mufti Negeri Sarawak dengan nilai RM7 seorang.
  • Pembayaran secara dalam talian itu boleh dibuat menerusi portal Baitulmal Kamek. Menurutnya, pembayaran juga boleh dibuat menerusi MyEG, Maybank2U dan Snap N Pay.
  • Orang ramai yang mahukan pencerahan mengenai pelaksanaan pembayaran zakat fitrah boleh mengemukakan pertanyaan menerusi emel ke [email protected] atau FB Tabung Baitulmal Sarawak.

SEMAKAN DAN PERMOHONAN BANTUAN DARURAT TBS

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI SABAH 

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan nilai RM6.00/RM7.50

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI SELANGOR

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan nilai RM7.00/RM14.00/RM21.00

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI PERAK

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan nilai RM7.00/RM14.00/RM21.00

 


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI PERLIS

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan nilai RM7.00

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI MELAKA

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan nilai RM7.00/RM14.00

 

KADAR BAYARANZAKAT FITRAH DI NEGERI JOHOR

  • Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)  menetapkan dua kadar zakat fitrah ditetapkan iaitu RM7.00/RM10.00
  • Kepada umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan sementara RM10 bagi yang menjadikan makanan hariannya beras selain Super Tempatan. Pembayaran zakat hanya melalui online sahaja.
  • Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://www.epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my) dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

 

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH DI NEGERI NEGERI SEMBILAN

  • Kadar zakat fitrah bagi tahun ini ditetapkan dengan nilai RM7.00

 

Leave a Comment