PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022(eagihan.e-maik.my)

PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022(eagihan.e-maik.my)

PROGRAM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK

 

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada Negeri Kelantan yang ingin memohon penajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini boleh memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

 

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022

Permohonan bagi BiasiswaZamalah Pendidikan MAIK 2022 telah dibuka dan akan ditutup pada 30 April 2022.

BIDANG PENGAJIAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022

Pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam mana-mana bidang yang bermanfaat adalah layak untuk memohon Biasiswa Zamalah PendidikanMAIK ini.

SEMAKAN SYARAT UMUM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022

Pemohon yang ingin memohon BiasiswaZamalah Pendidikan MAIK perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  • Permohonan adalah terbuka kepada semua lepasa SPM.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  • Pemohon terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Pemohon melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  • Pemohon berumur 25 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama dari mana-mana IPTA sahaja.

 

SEMAKAN SYARAT AKADEMIK

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik mengikut peringkat pengajian.

i) Sijil Kemahiran

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2; atau

Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau

Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).

iii) Ijazah Sarjana Muda

Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau

Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau

Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.

PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022

Berikut adalah cara untuk memohon Biasiswa Zamalah PendidikanMAIK :

  1. Klik http://eagihan.e-maik.my/
  2. Kemudian klik Program Biasiswa Zamalah Pendidikan

Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Kompleks Islam Lundang,Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,Kelantan Darul Naim.

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).
  • Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.
  • Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.
  • Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.
  • Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  • Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah ( A-Level sahaja).
  • Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
  • Sijil-sijil yang berkaitan.
  • Penyata akaun bank.

Adalah diingatkan bahawa semua dokumen sokongan terbabit perlulah disahkan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat lanjut & pertayaan, sila sila hubungi talian 09-7481512 sambungan Unit Pendidikan atau email ke unit.pendidikan.maik.gmail.com.

 

ARTIKEL LAIN

KALENDAR KUDA TAHUN 2022 (Semakan Senarai Cuti Umum & Sekolah)

Leave a Comment