SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK (Check Kelayakan Pengurangan Bayaran Balik 30%)

SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK (Check Kelayakan Pengurangan Bayaran Balik 30%)

 

SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK

APA ITU BANTUAN PTPTN SARAWAK?

BANTUAN PTPTN SARAWAK merupakan insentif bayaran balik untuk peminjam anak Sarawak.

Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dengan PTPTN, di mana sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan Sarawak sebagai dana permulaan untuk pembayaran balik pinjaman bekas pelajar dari negeri ini dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pembayaran hutang pinjaman bekas pelajar yang layak itu dibuat menerusi Yayasan Sarawak.

Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan PTPTN dalam menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman pelajar di negeri ini mampu meringankan beban hutang mereka yang terbabit.

Peminjam ini adalah terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan 30% pinjaman mereka dan semakan boleh dibuat mulai 9 Mac 2021.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK 2021

Berikut adalah syarat kelayakan:

  • Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
  • Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  • Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).
  • Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

 

BAGAIMANAKAH KELAYAKAN PENGURANGAN SEBANYAK 30% DITENTUKAN?

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.

 

CONTOH PENGIRAAN BANTUAN PTPTN SARAWAK

Berikut adalah contoh pengiraan:

Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan(RM15,000)

Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang(RM5,000)

Baki pinjaman(RM10,000)

Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak (RM 3,000)

Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam(RM7,000)

 

CARA  PELAKSANAAN INSENTIF BAYARAN BALIK  UNTUK PEMIMJAM ANAK SARAWAK

Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan.PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

 

SEMAKAN STATUS BANTUAN PTPTN SARAWAK

Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.

 

SOALAN LAZIM

Adakah Insentif Ini Terhad Kepada Tempoh-tempoh Tertentu?

Tidak.

Bantuan PTPTN Sarawak ini terbuka kepada mana-mana peminjam yang mencapai 30% bayaran balik.

Siapakah yang layak sebagai kelompok pertama?

Bagi pemberian kelompok pertama, bayaran balik adalah sehingga 31 Oktober 2020.

Adakah pemimjam perlu meneruskan bayaran balik PTPTN?

Peminjam hendaklah meneruskan bayaran balik masing-masing agar dapat menikmati inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

PTPTN Careline: 03-2193 3000 Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang,sila rujuk media sosial Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN POTONGAN GAJI PTPTN:CARA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI(Borang Kebenaran Potong Gaji)

 

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN PTPTN SARAWAK (Check Kelayakan Pengurangan Bayaran Balik 30%)”

Leave a Comment