DAFTAR REGISTER GMAIL (TELEFON/WHATSAPP)

DAFTAR REGISTER GMAIL UNTUK (TELEFON/WHATSAPP/BANTUAN KERAJAAN/ANAK-ANAK)

Dalam dunia digital,semua urusan memerlukan emel,bagaimana cara nak daftar register gmail untuk buat WhatsApp,apply bantuan kerajaan atau untuk anak-anak belajar online dirumah.

Adakah kena bayar untuk membuat emel? Ia nya percuma sahaja dengan daftar register Gmail iaitu servis emel daripada Google.

APA YANG DIPERLUKAN UNTUK DAFTAR GMAIL?

Untuk buka emel baru, anda perlukan nombor telefon sahaja.Tak perlu gunakan nama penuh dalam IC pun.Guna nama samaran pun dah cukup.

CARA DAFTAR REGISTER GMAIL UNTUK GUNA TELEFON BARU /WHATSAPP/BANTUAN KERAJAAN/ANAK-ANAK)

Berikut adalah cara daftar register akaun gmail:

  1. Layari Portal Gmail
  2. Buka browser anda (Chrome / Mozilla) dan klik link https://www.google.com/gmail/
  3. Buka Akaun Baru
  4. Kemudian pilih sama ada buka emel baru untuk diri sendiri atau bisnes.
  5. Pilih sahaja mana-mana yang anda suka. Tiada beza pun antara akaun peribadi berbanding perniagaan.
  6. Kemudian isi maklumat yang diperlukan seperti nama anda.
  7. Sila buat pilihan username emel anda.Contohnya kami menggunakan username [email protected]
  8. Username tersebut akan digunakan ketika login nanti.
  9. Jangan lupa masukkan kata laluan / password.
  10. Sebaiknya catit password di buku nota supaya anda tidak lupa nanti.
  11. Kemudian klik “Next”.
  12. Selepas itu sila masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan.
  13. SMS akan dihantar ke nombor anda nanti bagi tujuan tersebut.
  14. Boleh tinggalkan kosong pada bahagian “Recovery email address”.
  15. Kemudian masukkan tarikh lahir dan pilih jantina anda.
  16. Klik “Next”.
  17. Sahkan Nombor Telefon Anda
  18. Selepas klik Next tadi, anda akan terima satu notis untuk Gmail hantarkan kod pengesahan melalui SMS.
  19. Klik “Send”.
  20. Kemudian isi kod yang diterima tadi pada ruangan seperti di bawah dan klik “Verify”.
  21. Anda kemudian akan dibawa ke halaman “Privacy and Terms”, scroll ke bawah dan klik “I Agree”.
  22. Selesai! Tahniah! Anda kini memiliki emel baru bersama Gmail.

CARA RESET PASSWORD GMAIL (Terlupa kata laluan/password)

  1. Layari GOOGLE
  2. Klik SIGN IN
  3. Sila masukan emel atau nombor telefon,klik ENTER
  4. Kemudian,klik Forgot password
  5. Dipaparkan Account recovery. Pada ruangan Enter last password, masukkan kata laluan terakhir yang anda ingat apabila anda menggunakan akaun anda. Jika anda tidak ingat, tekan link Try another way.
  6. Jika anda tekan Try another way, akan tertera pula langkah lain untuk mendapatkan emel anda.
  7. Tekan Text untuk mendapatkan kod pengesahan daripada Google berbentuk teks mesej, manakala Call untuk mendapatkan kod daripada panggilan telefon.
  8. Sekiranya anda tekan butang Text, masukkan kod pengesahan enam digit yang anda dapat melalui SMS (hanya boleh dihantar sekiranya anda daftarkan nombor telefon anda di akaun Google anda)
  9. Sekiranya anda tekan Call, masukkan kod pengesahan enam digit yang anda dapat melalui panggilan telefon daripada Google (hanya boleh dihantar sekiranya anda daftarkan nombor telefon anda di akaun Google anda)
  10. Jika cara diatas tidak berjaya tekan butang Try Another Way.
  11. Pada ruangan seterusnya, masukkan nama tengah bapa anda yang anda setting di akaun Google anda. Jika anda tidak ingat, tekan butang Try Another Way.
  12. Di ruangan seterusnya, masukkan alamat emel lain yang Google boleh gunakan untuk menghubungi anda.
  13. Buka emel kedua tersebut, dan masukkan kod pengesahan yang dihantar oleh Google.
  14. Kemudian, periksa SMS di telefon anda. Sekiranya ada mesej daripada Google yang bertulis Is it you trying to recover your account?, tekan butang Yes.
  15. Kemudian, anda akan tiba di laman seterusnya yang meminta anda untuk memasukkan kata laluan baru di ruangan Create password.
  16. Kata laluan atau password anda itu mestilah minimum lapan aksara, mempunyai gabungan abjad dan nombor, serta simbol. Di ruangan Confirm, masukkan semula kata laluan baru anda.
  17. Penukaran kata laluan anda berjaya.

SOALAN LAZIM

Boleh ke guna nombor telefon sama untuk buat emel gmail?

Nak buat emel lain menggunakan nombor telefon yang sama pun boleh.

Apa email yang digunakan untuk telefon pintar Android?

Anda boleh guna Gmail bila anda menggunakan telefon pintar Android.

Apa itu username gmail?

Username adalah kata nama pengguna yang  akan digunakan ketika login nanti.

Bagaimana jika saya terlupa password/kata laluan gmail?

Anda boleh reset password jika anda terlupa.6 digit kod akan dihantar kepada nombor telefon yang telah didaftarkan.

Apa itu Recovery email address?

Recovery email address adalah email penghubung/berkaitan yang boleh membantu anda login email jika terlupa kata laluan email asal.

Boleh ke daftar register gmail menggunakan telefon pintar?

Ya,boleh

Boleh ke daftar register gmail menggunakan komputer?

Ya boleh

ARTIKEL LAIN

APA ITU GOOGLE CLASSROOM? (Cara Guna & Kelebihan)

1 thought on “DAFTAR REGISTER GMAIL (TELEFON/WHATSAPP)”

Leave a Comment