CARA PILIH PELAN INSURANS PERJALANAN Travel insurance (Check Harga)

CARA PILIH PELAN INSURANS PERJALANAN Travel insurance (Check Harga)

INSURANS PERJALANAN

Bagi anda yang ingin melancong ke luar negara, sebaiknya anda membeli insurans perjalan terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara pilih insurans perjalanan yang terbaik dan komprehensif, semoga membantu.

 

APA ITU INSURANS PERJALANAN

Insuransperjalanan adalah insurans yang dibeli untuk melindungi pembeli ketika melancong daripada kemalangan, kerugian dan gangguan perjalanan. Biasanya, insurans ini terhad kepada waktu dan tempoh perjalanan seseorang.

 

SKOP PERLINDUNGAN YANG DITAWARKAN

Setiap syarikat insurans mempunyai skop perlindungan dan manfaat yang berlainan. Antara perlindungan lazim yang ditawarkan oleh syarikat insurans adalah seperti:

  1. Kemalangan Diri
  2. Belanja Perubatan dan Yang Berkaitan
  3. Kehilanagn Deposit Perjalanan atau Pemendekan Perjalanan
  4. Kehilangan Bagasi, Barang-Barang Peribadi dan Wang
  5. Kehilangan Passport
  6. Liabiliti Diri
  7. Kelewatan Bagasi
  8. Kelewatan Perjalanan
  9. Rampasan Kenderaan
  10. Penghantaran Pulang Jenazah

 

SEBAB PERLU AMBIL INSURANS PERJALANAN

Sekiranya anda ingin melancong ke luar negara, berikut adalah kepentingan anda mengambil insurans:

  1. Penerbangan Tertunda
  2. Beg Bagasi Hilang, Lewat Sampai
  3. Kecemasan Perubatan
  4. Dokumen Penting, Duit atau Pasport Hilang
  5. Pembatalan Secara Tiba-tiba

 

FAKTOR PEMILIHAN INSURANS TERBAIK DI MALAYSIA

Berikut beberapa faktor bagi pemilihan travel insurance terbaik dan komprehensif:

  1. Bandingkan polisi dan ambil perlindungan yang diperlukan sesuai dengan bajet anda
  2. Fahami istilah insurans dalam polisi insurans dengan teliti untuk mengelakkan salah faham – sesetengah syarikat insurans menawarkan polisi perlindungan yang berbeza bergantung pada polisi syarikat;
  3. Pastikan syarikat insurans yang dipilih mempunyai rangkaian kerjasama asing di luar negara yang baik. Ini bagi memudahkan bantuan diberikan sekiranya berlaku apa-apa perkara atau situasi tidak diingini
  4. Pilih syarikat insurans yang menawarkan atau menyediakan khidmat bantuan kecemasan 24/7. Ini kerana, kemalangan atau situasi luar jangka boleh berlaku pada bila-bila masa
  5. Kenal pasti perkara-perkara yang termasuk dalam perlindungan dan boleh dituntut. Ini penting supaya tidak berlaku perselisihan faham yang merugikan anda.

 

CARA SEMAK HARGA INSURANS PERJALANAN

Untuk menyemak kadar harga, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari website iMoney
  2. Terdapat pebagai pilihan insurans yang ada berserta kadar harga tuntutan balik.
  3. Anda boleh tekan pada Mohon pada insurans yang anda berminat untuk mengetahui kadar harga selanjutnya.

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara membuat tuntutan travel insurance?

  • Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin untuk memberitahu mereka mengenai kecemasan
  • Lengkapkan borang tuntutan yang disediakan oleh syarikat insurans anda
  • Hantar borang tuntutan dan mana-mana dokumen yang berkaitan yang diperlukan melalui pos, faks atau e-mel kepada syarikat insurans anda
  • Syarikat insurans anda akan mengambil masa kira-kira 3 hingga 10 hari bekerja untuk memproses tuntutan anda
  • Selepas tuntutan anda telah diproses dan diluluskan, pembayaran balik anda akan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 hari bekerja

Bolehkah saya membeli travel insurance  sebaik perjalanan saya bermula?

  • Anda tidak akan dapat membeli insurans ini sebaik sahaja anda memulakan perjalanan anda, Anda seharusnya membeli insurans anda sebelum memulakan perjalanan anda untuk dilindungi.

Bagaimanakah cara membatalkan polisi travel insurance saya?

  • Jika anda ingin membatalkan polisi perjalanan anda, anda perlu memberi notis bertulis 30 hari kepada syarikat insurans mengenai pembatalan anda. Untuk pelan perjalanan perjalanan tunggal, anda tidak berhak mendapat sebarang bayaran balik premium sebaik sahaja polisi dikeluarkan. Sementara itu, untuk pelan perjalanan tahunan, anda mungkin berhak mendapatkan sejumlah bayaran balik premium.

ARTIKEL LAIN 

CARA RENEW PASPORT ONLINE 2023

Leave a Comment