PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK(BKK) JKM

PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK(BKK) JKM

BKK JKM

Salah satu bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Bantuan ini bertujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.Bagaimana cara untuk membuat permohonan BKK JKM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN KANAK-KANAK(BKK JKM)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwujudkan bagi tujuan memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia mendapat pembelaan untuk meneruskan kehidupan yang kondusif.

 

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK(BKK)

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK(BKK)

Berikut adalah merupakat syarat kelayakan permohonan BKK:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan terlebih dahulu:

  • Kad Pengenalan diri pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM 18)

 

CARA PERMOHONAN BKK JKM

Berikut adalah cara membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK):

Permohonan Atas Talian (Online):

  1. Layari pautan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
  3. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Permohonan Secara Manual:

  1. Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
  2. Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK), anda boleh rujuk:

ARTIKEL LAIN

DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM

3 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK(BKK) JKM”

  1. Saya NOORAINI BINTI AHMAD FADILAH SAYA IGIN MOHON BANTUAN KERANA SAYA MEMPUNYAI ANAK 4 ORANG YG NO 4 TIADA DOKUMEN SIJIL LAHIR KERANA MASIH LAGI TIDAK BUAT SEBAB SAYA DENGAR KENA DENDA TU YANG MASIH XBUAT LAGI TU…SAYAA MOHON BANTUAN NIE SEBAB SUAMI SAYA TIDAK BEKERJA BUKAN TIDAK MAHU BEKERJA MAKLUM LAH BEKAS BANDUAN MEMANG SUSAH NK DAPAT KERJA.

    Balas
  2. saya puan Marlina binti Alirah.sebelum ini saya sebagai penama berkenaan,pernah menerima bantuan kebajikan(BKK).tetapi sekarang pihak jabatan kebajikan daerah kunak,telah menghentikan permohonan saya.sedangkan saya mempunyai anak yang masih bersekolah.kan bkk ini,layak memohon@menerima kepada anak anak yang masih bersekolah kan.alasan jabatan kebajikan kunak,bahawanya saya masih berkemampuan.saya tidak minta di bantuan buat diri saya sendiri.tapi saya memohon@meminta bantuan ini,buat anak anak saya yang masih bersekolah.itu sahaja permintaan saya.anak anak saya masih besekolah.saya perlukan bantuan kepada pihak berkenaan.sekian dan terima kasih

    Balas

Leave a Comment