SISTEM STAMPS (Cara Buat Taksiran & Bayaran Duti Setem)

SISTEM STAMPS(Cara Buat Taksiran & Bayaran Duti Setem)

SISTEM STAMPS

Terdahulu sekiranya anda ingin membuat urusan taksiran dan bayaran duiti setem semestinya anda hadirkan diri ke cawangan yang terdekat. Kini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), telah menyediakan perkhdimatan secara online dengan menggunakan sistem STAMPS. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SISTEM STAMPS

Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) merupakan sistem yang digunakan oleh LHDNM untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

 

JENIS PENYETEMAN

Berikut adalah merupakan jenis penyeteman yang disediakan:

Jenis PenyetemanContoh Perjanjian
Pindah Milik Harta TanahBorang 14A, Deed of Assignment, Memorandum of Transfer
Pindah Milik SahamBorang Pindah Milik Saham (Section 105 Form Of Transfer Of Securities)
Pindah Milik PerniagaanPerjanjian Pindah Milik Perniagaan
SekuritiPerjanjian Kontrak/Perkhidmatan (Service)/Perjanjian Pinjaman/Lesen/Hire Purchase/Bank Guarantee/Bond/Sewa Peralatan/Sewa mesin/Sewa harta alih
Sewa/PajakanPerjanjian sewa bilik, rumah, pejabat, kilang, tanah kosong, harta tak alih/pajakan tanah
Penyeteman AmPerjanjian Am, Akuan Berkanun, Perkongsian, Employment Contract dan lain-lain perjanjian selain daripada kategori di atas dan dikenakan duti tetap

 

KAEDAH PENYETEMAN

Berikut adalah merupakan kaedah penyeteman:

  1. Sijil Setem – Bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebaik sahaja bayaran ke atas Notis Taksiran duti setem diterima sama ada secara dalam talian atau di kaunter duti setem LHDNM sebagai bukti penyeteman.
    • Sijil Setem perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
    • Semakan ketulenan Sijil Setem boleh dilakukan di portal STAMPS atau telefon pintar melalui aplikasi Android/iOS.
  2. Setem Tertera – Bagi penyeteman duti setem yang dibuat di Pejabat Setem Cawangan yang berada di Cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh negara dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui Sistem Frangki Digital.
  3. Setem Hasil – Hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia pada nilai harga RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 dan RM250. Pembatalan Setem Hasil ke atas surat cara-surat cara boleh dilakukan di Pejabat Setem Cawangan, PKH dan Pejabat Setem Daerah.
    • Jadual 2, Akta Setem 1949 juga memberi kuasa kepada mana-mana orang tertentu untuk membatalkan Setem Hasil ini. Setem Hasil hanya boleh digunakan bagi surat cara yang dikenakan duti setem tidak melebihi RM500 sahaja.
    • Sekiranya duti setem yang dikenakan adalah melebihi RM500, pemohon hendaklah menggunakan kaedah penyeteman sijil STAMPS atau Setem Tertera yang dinyatakan di atas. Kedua-dua kaedah ini hanya boleh dibuat di Pejabat Setem Cawangan dan PKH.
  4. Duti Kompaun – Dikhaskan kepada bayaran duti setem secara kompaun ke atas cek, polisi insurans, nota kontrak, Memorandum of Association & Article of Association dan Borang Bekalan Tenaga Elektrik TNB (Electric Supply Form) oleh pihak yang di peruntukkan di dalam Seksyen 9 Akta Setem 1949.
  5. Resit Rasmi – Dibuat melalui pengeluaran Resit Kewangan 38 atau Resit rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setem. Resit rasmi perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkenaan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.

 

KAEDAH BAYARAN DUTI SETEM

Berikut adalah merupakan kaedah pembayara:

  1. Dalam talian – Nombor adjudikasi digunakan sebagai nombor rujukan untuk pembayaran.
    • Financial Process Exchange (FPX)
    • Bill Payment menggunakan CIMBChannel atau Public Bank
  2. Kaunter Duti Setem – Pembayaran dibuat kepada PEMUNGUT DUTI SETEM.
    • Tunai
    • Bank Draf
    • Cek Anak Guam (Firma Guaman)
    • Wang Pos
    • Kiriman Wang
    • Setem Hasil (tidak melebihi RM500)

 

CARA BUAT TAKSIRAN DUTI SETEM

Berikut adalah cara merupakan caranya mengikut katagori:

  1. Ejen
    • Bagi pemilik atau pekerja yang diberi kuasa oleh pihak syarikat/perniagaan/agensi seperti firma guaman, bank, syarikat insurans dan lain-lain, semua jenis penyeteman boleh dibuat terus menggunakan STAMPS.
    • Daftar ID Pengguna Baharu (ejen) bagi pihak syarikat di https://stamps.hasil.gov.my
    • Log Masuk STAMPS dan isi Borang Permohonan Taksiran.
    • Semak Notis Taksiran.
    • Bayar Duti Setem.
    • Cetak Sijil Setem.
  2. Individu
    • Bagi individu persendirian yang ingin membuat penyeteman Pindah Milik Harta Tanah, Saham atau Perniagaan, individu tersebut hanya perlu hadir terus ke kaunter untuk urusan penyeteman. Sila bawa bersama perjanjian asal dan dokumen sokongan pindah milik untuk taksiran dan bayaran duti.
    • Untuk jenis penyeteman selain dari itu seperti Sekuriti, Sewa/Pajakan dan Penyeteman Am, individu tersebut perlu mendaftar menggunakan sistem STAMPS dan hadir ke kaunter LHDNM. Sila bawa bersama perjanjian asal untuk disemak oleh pegawai penaksir sebelum sijil setem dicetak oleh pegawai kaunter untuk dikepilkan ke atas perjanjian.
    • Daftar ID Pengguna Baharu (individu) di https://stamps.hasil.gov.my
    • Log masuk STAMPS, isi maklumat perjanjian dan hantar permohonan secara dalam talian. Sila rekod No. Deraf permohonan yang dijana oleh sistem untuk rujukan.
    • Hadir ke kaunter LHDNM dengan membawa No. Deraf dan dokumen perjanjian asal untuk semakan dan taksiran.
    • Bayar Duti Setem.
    • Terima Sijil Setem.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan sistem Stamps, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

E-JANJI TEMU HASIL :CARA TEMUJANJI ONLINE LHDN(Urusan Cukai/Duti Setem & CKHT/)

 

1 thought on “SISTEM STAMPS (Cara Buat Taksiran & Bayaran Duti Setem)”

Leave a Comment