DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM 2023

DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM 2023

DUIT JKM BILA MASUK

 

Kepada yang layak menerima bantuan Jabatan Kebajikan masyarakat(JKM),pasti anda ingin tahu sama ada duit JKM dah masuk ke belum untuk bulan ini atau bulan akan datang.Bagaimana nak check bantuan bulanan JKM?

CONTOH JENIS BANTUAN BULANAN JKM

Berikut adalah contoh jenis bantuan bulanan JKM yang diterima setiap bulan:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja Cacat
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Orang Tua (BOT)
  6. Bantuan Am Persekutuan
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

dah semak kelayakan  BANTUAN KITA SELANGOR 2.0?

 

CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM 2023

Permohonan bantuan JKM secara bulanan boleh dibuat melalui portal JKM.Berikut adalah cara untuk buat permohonan secara online:

  1. Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

dah CHECK SKIM PEKA B40 tahun 2021?banyak manfaat kesihatan diberikan secara percuma.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN BULANAN JKM

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

 

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2022

Berikut adalah tarikh bayaran duit JKM bagi tahun 2022:

PERKARABUTIRANNYA
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Januari 202210 & 11 Januari 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Februari 20229 & 10 Februari 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Mac 20229 & 10 Mac 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan April 202211 & 12 April 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Mei 202225-30 April 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Jun 20229 & 10 Jun 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Julai 202211 & 12 Julai 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Ogos 20228 & 9 Ogos 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan September 20228 & 9 November 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Oktober 202210 & 11 Oktober 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan November 20229 & 10 November 2022
Semak Tarikh Bayaran bulanan jkm bulan Disember 20228 & 9 Disember 2022

 

SOALAN LAZIM DUIT JKM

Bagaimana nak tahu bayaran JKM dah masuk ke belum?

Boleh rujuk jadual bayaran bulanan JKM dan semakan akaun bank penerima.

Kenapa duit JKM tak masuk?

Belum sampai tarikh bayaran, sila semak di jadual pembayaran kebajikan seperti dikongsikan di atas ini

Adakah bayaran bulanan JKM masuk tarikh yang sama di semua bank?

Tidak sama dan bergantung kepada jenis bank yang digunakan.

 

41 thoughts on “DUIT JKM BILA MASUK?CHECK BANTUAN BULANAN JKM 2023”

  1. Selamat Pagi, Maaf saya bertanya bagi pihak datuk saya, kenapa bantuan jkm bulan mei 2021 belum masuk. Adakah akan masuk selepas Hari Raya. Sebab dia memerlukan duit. Terima Kasih.

    Balas
  2. Assalam sy Zaza Isnita binti Zulkifli nk tanya duit bkk sy masuk melalui bank mane ye sbb sy dh try check tp mak belum masuk…boleh bg penjelasan

    Balas
  3. Cuba check balik dekt jkm kadang2 dah tak disenarai kan klau 5 bulan tak masuk sebb saudara saya pon macam tu jugk lps saya check ic dia baru dapat tahu yng dia punya bantuan sudah hbis klau bb pembayaran tu kadang2 awal macam 7 hari bulan dah masuk kadang2 lmbt sampai 15 hari bulan ada lmbt 20 hari bulan

    Balas

Leave a Comment