BKSS PENJAJA 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)

BKSS PENJAJA 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)

BKSS PENJAJA

Sekiranya anda warga Sarawak dan merupakan peniaga, pemilik gerai makanan yang tidak berlesen, anda juga berhak untuk mendapat BKSS bagi kategori Penjaja secara one-off. Disini kamu akan kongsikan cara permohonan dan semakan BKSS Penjaja, semoga membantu.

 

INISIATIF BKSS 8.0

Berikut adalah merupakan antara inisiatid BKKS 8.0 yang diumumkan iaitu:

  1. Diskaun bil elektrik
  2. Diskaun bil air
  3. Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)
  4. Pengecualian Bayaran Sewa Kepada Pengusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Badan Berkanun & GLC Negeri
  5. Diskaun 50% Sewa Pasar & Kedai
  6. Insentif one-off kepada
    • Pengusaha, penambang, pengendali van
    • Pemandu teksi
    • Pengendali van dan bas sekolah di Sarawak
  7. One-off geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan melalui sarawak pay

 

APAKAH ITU BKSS8.0 PENJAJA

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0) adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.

 

SYARAT BKSS8.0 PENJAJA

Berikut adalah merupakan antara syarat yang telah ditetapkan:

  1. Penjaja dan peniaga kecil tidak berlesen
    • Gerai makanan
    • Pasar
    • Kedai kampung / kedai terpencil
    • Barber / salun rambut
    • Kantin (pemilik individu)
  2. Merupakan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas.

 

CARA PERMOHONAN BKSS 8.0 PENJAJA

  • Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengekstrak maklumat mereka terus dari sistem perlesenan yang ada.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat untuk memudahkan proses saluran bantuan.

 

KADAR BAYARAN BKSS 8.0 PENJAJA

Bayaran sebanyak RM 1,000 secara one-off melalui SarawakPay.

 

TARIKH BAYARAN BKSS 8.0 PENJAJA

Penerima yang layak akan menerima bantuan ini pada 3 Mac 2022 yang dikreditkan melalui SarawakPay

 

SEMAKAN BAYARAN BKSS 8.0 PENJAJA

Berikut adalah merupakan cara semakan bayaran bagi penerima yang telah diluluskan

  1. Log masuk akaun SarawakPay anda
  2. Pada menu utama akan tertera Bayaran RM1000 akan dibayar melalui SarawakPay @ Spay.

Sekiranya pemohonan anda diluluskan, berikuta dalah merupakan cara untuk memindahkan wang dari akaun SarawakPay ke akaun bank:

  1. Log masuk kembali akaun SarawakPay anda
  2. Pilih My Account > Withdraw
  3. Pada online withdraw masukkan akaun bank anda inginkan dan tekan confirm setelah selesai
  4. Seterusnya masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan dan tekan submit
  5. Pop Up pengesahan akan tertera, klik confirm
  6. Masukkan 6 digit pin anda dan klik done
  7. Selesai

Nota: Setiap permohonan pengeluaran yang dipohon akan mengambil masa 7 hari bekerja

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai BKSS 8.0Penjaja, anda boleh melayari website rasmi Kerajaan Sarawak di pautan http//talikhidmat.sarawak.gov.my atau https://sarawak.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

Cara Check BKSS 8.0

9 thoughts on “BKSS PENJAJA 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)”

  1. Saya mahu mohon bantuan ini. Saya dari kampung pa umur, bario. Sekarang Terkandas di miri. Saya menanam dan menjual sayur sayuran. Saya berumur 62 tahun. Kp nombor 580305135883. Tolong saya.

    Balas
  2. Saya ASLIEANNA binti ALIAS..
    Berumur 24 tahun,berasal dari Limbang Sarawak…
    Saya Seorang Penjaja Kecil-Kecilan,
    Membuat Makanan & Kuih-Muih …Dan Cuma Berniaga Di hadapan Rumah…
    Sejak PKP,Saya Terjejas dari Segi Kewangan …..Kerana Penjaja Seperti Saya Dilarang Untuk Berniaga pada masa PKP..

    Balas
  3. Saya sudah mengisi dan memohon kepada pihak dbku kuching sarawak, namun tiada maklum balas tentang bantuan bkss bagi peniaga yang tidak berlesen

    Balas
  4. Sampai sekarang saya belum dapat duit bkss penjaja walau sudah tukar ic dan telephone yang salah. Bilakah kami baru dapat duit ini?

    Balas
  5. Sampai sekarang saya belum dapat duit bkss penjaja walau sudah tukar ic dan telephone yang salah. Bilakah kami baru dapat duit ini? Ketiga-tiga bank BSN yang saya pergi pun tak ada name dalam sistem mereka.

    Balas

Leave a Comment