SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS

 

Ramai yang ingin tahu status permohonan rayuan BKSS kategori isi rumah dan bujang sama ada LULUS atau TIDAK LULUS.

Berdasarkan makluman daripada kerajaan negeri Sarawak, pihak kerajaan masih dalam proses mengemaskini data-data rayuan. Keputusan rayuan akan dimaklumkan setelah pengemaskinian selesai.

Ini bermakna,jika anda telah buat semakan, status belum dijelaskan atau masih dalam proses, proses kemaskini belum selesai.

Bermula 31 Julai 2020, ramai yang telah berjaya buat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS, ada yang berjaya/lulus.Tahniah kepada yang berjaya dan lulus permohonan rayuan BKSS.

 

CARA BUAT SEMAKAN STATUS RAYUAN BKSS

1.Layari https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

2.Masukan nombor kad pengenalan

3.Tekan Hantar

Untuk membuat semakan status pembayaran BKSS,boleh semak disini

PEMBAYARAN TUNAI  BKSS DI BANK SIMPANAN NASIONAL( BSN)

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa :

  1. a) Fasa Pertama (RM750) : selepas 17 April 2020; dan
  2. b) Fasa Kedua (RM750) : selepas 17 Julai 2020.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan pembayaran BKSS secara tunai di Cawangan-Cawangan BSN di Sarawak.

 

Cawangan BSN dibuka untuk membantu pelanggan yang terdiri daripada penerima BKSS  tunai seluruh Sarawak.

Jangan lupa mohon & semak kelayakan inisiatif  KENYALANG GOLD CARD (KGC) untuk ibubapa anda yang layak

BSN juga turut menitikberatkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di premis Cawangan BSN termasuklah dengan menegaskan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka kepada para pelanggan selain melakukan pemantauan suhu badan sebelum memasuki cawangan bagi melakukan transaksi perbankan.

Pembayaran BKSS secara tunai kepada penerima-penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020.

 

Oleh yang demikian, penerima-penerima BKSS  kategori ini boleh hadir ke Cawangan-Cawangan BSN yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Walau bagaimanapun penerima-penerima BKSS dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui laman web  RASMI BKSS sebelum hadir di mana-mana Cawangan BSN.

Pihak BSN juga sedang giat memantau dan melakukan yang terbaik bagi memastikan proses pembayaran BKSS berjalan lancar.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan sila klik sini untuk Talikhidmat Online   atau hubungi nombor berikut:

Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]

 

 

8 thoughts on “SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS”

  1. Saya Abdullah bin Abdul Rahman meminta rayuan kepada pihak kerajaan Sarawak untuk pasal bantuan Sarawaku sayang ni boleh secepat mungkin

    Balas

Leave a Comment