BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022(BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT)
APA ITU BMT
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.
KADAR BAYARAN BMT 2022
- Pekebun Kecil dan Penoreh Bukan Pemilik yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM600 yang akan dibayar dua kali (RM300 x 2)
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
- Pemohonan oleh dibuat mulai 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
- Pemohonan yang gagal boleh membuat rayuan pada 16 September hingga 31 Oktober 2022
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Pemohon hendaklah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut katagori:
- Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
- Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan seperti berikut:
- Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI PEMILIK KEBUN
Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/
CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI BUKAN PEMILIK KEBUN
Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/
SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022
Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan webapp3.risda.gov.my. Berikut ialah cara untuk semak samada lulus atau tidak permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini:
- Layari laman web rasmi RISDA di sini: http://webapp3.risda.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Semak
- Lihat status permohonan bantuan
Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulanan
SOALAN LAZIM (FAQ) BMT RISDA
Kadar BMT 2022 RISDA
- Kadar Bantuan Musim Tengkujuh 2022 adalah RM600 dan ini akan dibayar sekali sahaja.
Apa maksud Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha?
- Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.
Apa maksud Penoreh Bukan Pemilik?
- Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
Apa maksud Pemilik Tanah Yang Sah?
- Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.
Apa maksud “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?
- Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.
- Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
- Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
Tags: #BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022 #BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022(BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT) #BORANG PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022 #CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI BUKAN PEMILIK KEBUN #CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH BAGI PEMILIK KEBUN #KADAR BAYARAN BMT 2022 #MAKSUD PEKEBUN KECIL GETAH PEMILIK PENGUSAHA #MAKSUD PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA #MAKSUD PEMILIK TANAH YANG SAH #MAKSUD PENOREH BUKAN PEMILIK #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA #SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH #TARIKH BUKA PERMOHONAN BMT 2022 #TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH #TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH #TARIKH TUTUP PERMOHONAN BMT 2022
Yap Kim Choon2 tahun ago
Bagaimana dan apa cara untuk memohon BMT 2020? Sila e-mail borong Bantuan Musim Tengkujuh RISDA .
Lau Pee Nong2 tahun ago
bantuan musim tengkujuh risda 2020:cara,borang permohonan dan semakan BMT
siti nuradila binti nidzam2 tahun ago
sy tidak pernah memohon sebelom ini..geran kebun masih nama Arwah mak sy,boleh kah sy memohon?Dan bagaimana cara nya..tq
Mohd asyraf fahmi bin yaakob2 tahun ago
Pemohonan baru BMT
CLARA ANAK UJAI2 tahun ago
Sila email borang permohonan bantuan musim tengkujuh RISDA 2020. Saya tidak dapat berbaris mengambil borang kerana terlalu ramai orang dan takut penyakit berjangkit. Terima kasih di atas perihatin tuan/puan.
abdullah bin yusoff2 tahun ago
semakan bmt
Dzulcafly bin Abd Talib2 tahun ago
Saya penoreh grtah arwah nenek tahun 2017 dapat bantuan kenapa tahun 2020 tidak menerima bantuan tersebut.
NORIZAN BINTI ABDULLAH1 tahun ago
Bmt 2021 bila blh mohon.. Sbb dh byk thn sy terlepas pndang.. Tq
Amirah binti Abdul Wahab10 bulan ago
Permohonan dibuka september untuk BMT 2021..Jom hantar borang permohonan..bantu ayah hantar borang..ingat tlepas date..rupanya boleh isi lagi..Alhamdulillah