Isi Kandungan
BOOST EWALLET LOGIN(Cara Daftar Aktifkan Topup Online)
Pembayaran tanpa sentuhan amat digalakkan pada musim pendemik sekarang dan cara penggunaannya adalah sangat mudah. Salah satunya eWallet Malaysia yang dikenali sebagai BOOST ewallet. Ia berfungsi untuk memudahkan bayaran secara online dan offline tanpa perlu bawa wang tunai.
Bagaimanca cara untuk daftar BoosteWallet dan cara aktifkan Topup online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU BOOST eWALLET?
Salah satu perkhidmatan E-Wallet paling popular di Malaysia adalah aplikasi Boost, kerana cara penggunaannya yang mudah terutamanya ketika membuat sebarang pembayaran tanpa perlu membawa wang tunai.
CARA DAFTAR BOOST EWALLET
Berikut adalah cara register akaun BoostEwallet,ikuti langkah di bawah untuk buka akaun Boost:
- Muat turun aplikasi Boost dari gedung Google Play atau gedung Apple App
- Buka aplikasi Boost dan ikuti arahan di bawah untuk membuat akaun Boost:
- Klik pada “Register”
- Masukkan nombor mudah alih anda dan boost app akan menghantar SMS dengan kod TAC 6 digit. Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan menghantar semula SMS.
- Masukkan nama anda
- Masukkan alamat e-mel anda
- Sediakan kata laluan supaya anda boleh log masuk ke Akaun Boost anda.
- Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
- Masukkan invite kod (sekiranya anda) untuk mendapatkan tambahan bonus
- Pilih telco anda
- Pada permulaan anda akan mendapat Akaun Basic, yang mana Had EWallet anda adalah RM200. Dan jika anda mahukan EWallet sehingga RM1500, anda perlu upgrade akaun ke PREMIUM.
- Jika anda memilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda. Rujuk CARA UPGRADE BOOST PREMIUM
- Selesai
CARA TOPOP ONLINE BOOST eWALLET
Berikut adalah cara tambah nilai dalam Boost App anda:
- Buka aplikasi Boost anda
- Klik pada simbol Dompet yang berada pada bucu kanan atas
- Klik pada Add Payment Method
- Kemudian pilih cara pembayaran anda sama ada:
- Credit/Debit Card
- Online banking
- Masukkan Jumlah yang anda ingin tambah nilai (minimum RM10), klik pada Next (simbol anak panah ke kanan)
- Pada bahagian Payment Gateway, ikuti proses pembayaran sehingga selesai
- satu pop up proses Adding Money Into Your Boost Wallet akan tertera kemudian akan tertera mesej Berjaya
- Anda boleh klik pada view transaction untuk melihat dengan lebih detail
- Selesai
CARA MENGGUNAKAN APLIKASI BOOST eWALLET
Setelah anda selesai proses tambah nilai dan ingin membuat pembayaran menggunakan Boost eWallet, berikut adalah caranya
- Buka aplikasi Boost anda dan klik pada SCAN ME yang ada gambar Barcode
- Masukkan Pin Code atau Fingerprint anda
- Barcode akan keluar, anda boleh melakukan pembayaran secara e wallet di depan kaunter.
- Sekiranya ada promosi, anda akan dapat satu notifikasi dari pihak boost yang anda akan dapat Shake Reward.
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar Boost eWallet, anda boleh mendapatkan info dari Boost eWallet melalui pautan berikut https://www.myboost.com.my/
Leave 3
Noorselawati binti osman
810830015282
Saya nk claim
Saya dah tebus ebelia dah lulus tapi masih tak masok ewallet dah 5hari
Boost e Wallet RM150