BPR LOGIN:Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat bpr.hasil.gov.my
Kepada pemohon BPR,anda sudah pasti telah membuat pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat bpr.hasil.gov.my.Jadi anda hanya perlu BPR login untuk membuat permohonan,kemaskini & semakan status kelulusan.
Pemohon BPR juga boleh buat semakan tarikh bayaran BPR dengan login BPR melalui bpr.hasil.gov.my.
Berikut adalah cara login BPR melalui bpr.hasil.gov.my:
- Layari laman web rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
- Pemohon juga boleh guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad pemohon BPR
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit tanpa sempang
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 890113-03-6059, masukkan 890113-03-6059
- Tekan butang Semak
- Untuk makluman,terdapat 2 situasi semasa proses login BPR:
- Jika pemohon belum daftar BPR,makluman ini akan dipaparkan. “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Sila daftar MyBPR terlebih dahulu.
- Jika anda telah daftar BPR,anda akan berjaya loginBPR.
MASALAH LOGIN/LOG MASUK BPR
Berikut adalah CONTOH MASALAH semasa LOGIN/LOG MASUK BPR:
PAPARAN ERROR “ID pengenalan belum didaftarkan”
Maksud paparan RALAT/ERROR “ID pengenalan belum didaftarkan” adalah pemohon belum pernah mendaftar Bantuan Sara Hidup(BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional termasuk BPN 2.0.
CARA SELESAIKAN MASALAH PAPARAN ERROR “ID pengenalan belum didaftarkan”
Sila daftar MyBPR terlebih dahulu, kemudian sila buat permohonan baru BPR.
KATA LALUAN/PASSWORD BPR SALAH
Maksud paparan KATA LALUAN/PASSWORD BPR SALAH adalah pemohon terlupa kata laluan untuk login BPR.
CARA SELESAIKAN MASALAH KATA LALUAN/PASSWORD BPR SALAH
- Sekiranya anda terlupa kata laluan semasa Log Masuk MyBPR, Klik link Terlupa Kata Laluan?
- Masukkan No. MyKad dan Klik Semak. Paparan “Sila masukkan emel yang didaftarkan” akan dipaparkan. Anda perlu masukkan alamat emel yang didaftarkan pada Permohonan BPR 2021
- Sekiranya alamat emel yang diisi adalah berdaftar pada Permohonan BPR 2021, Paparan “Sila semak emel anda untuk kata laluan baharu” dipaparkan. Anda perlu semak akaun emel untuk dapatkan kata laluan baharu.
- Paparan emel yang akan diterima seperti di bawah (ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara)
- Setelah menerima emel Kata Laluan Sementara, anda perlu log masuk semula MyBPR.
- Masukkan MyKad dan sahkan kata kunci keselamatan, paparan untuk masukkan Kata Laluan Baharu akan dipaparkan seperti di bawah.
- Kata Laluan – Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan
- Kata Laluan Baru – Kata Laluan yang perlu diset semula
- Pengesahan Kata Laluan Baru – Masukkan semula Kata Laluan yang diset semula
EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR DENGAN PERMOHONAN BPR 2021 ATAU TIADA EMEL DIDAFTARKAN
Sekiranya emel tidak sama atau tiada emel didaftarkan pada permohonan BPR 2021, paparan mesej adalah seperti di bawah:
- Klik Ya, anda perlu menjawab semula soalan keselamatan untuk set semula kata laluan
- Sekiranya terlupa jawapan bagi soalan keselamatan, anda boleh hubungi / hadir ke
- Cawangan LHDNM untuk hapus akaun MyBPR bagi pendaftaran semula MyBPR
SOALAN LAZIM BPR LOGIN
Apa itu KATA LALUAN BPR?
Kata kunci untuk login BPR
Apa itu emel yang didaftarkan BPR?
Emel yang anda daftarkan semasa membuat permohonan BSH/BPN/BPR
Apa itu Kata Kunci Keselamatan BPR?
Kata Kunci Keselamatan BPR adalah satu pilihan kata kunci keselamatan sebelum log masuk BPR.
Kenapa berlaku ralat/ error semasa proses login?
Pemohon belum buat pendaftaran kali pertama Bantuan Prihatin Rakyat.
Apa yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan/password BPR?
Klik link Terlupa Kata Laluan,kemudian cuba login dan jawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang LOGIN BPR
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
Saya mohon bantuan BPR saya kerana saya sudah buat banyak kali ada ada masalah Talipon saya scerin nya retak…. saya mohon kepada tuan…. terima kasih
Saya minta kerana saya hendak masuk Bpr tetapi ka ta laluan saya telah lupa, tetapi maklumat saya tidak berubah. Adakah saya hendak kemaskini. Jika hendak tetapi saya telah lupa kata laluan saya, bagaimana mana saya masuk untuk semak?
Bpr:log masuk
Bpr.hasil.gov my
My BPR
Tolong semak permohonan BPR 2021 saya…sebab saya x tahu sama ada permohonan saya lulus atau tak?
Encik I Mohon status Ibu tunggal
Knp boleh dapat status bujang
Semakan
Saya punya dalam proses lagi yang fasa 2
Fasa 2 2021 dalam proses
BPR.hasil.gov.my.,saya jenerius tati nak tanya tertulis dalam BPR ….SEDANG D PROSES bilakah di luluskan ataukah saya tak layak
Saya minta kerana saya hendak masuk not tetapi katalaluan saya telah lupa.
[email protected]
Apahal BPR B40 bujang (balance Rm200) kat Sri Aman Sarawak ni langsung tak masuk2 lagi ke Akaun BSN…
Dari awal 7MEI hingga 13MEI 2021 dah ni..masih belum masuk Acc BSN lagi..Kata2 info2 dari CEO kerajaan BPR terlalu manis nk beri bantuan seawal bulan MEI..
TAPI cuma kata manis tu bukan untuk rakyat..Hanya untuk kesenangan nya sendiri..
Kata2 janji pengurusan BPR semuanya poyo banyak tipu muslihat..sedikit je kata janji yg jujur ikhlas prihatin…Dalam 100%..cuma yg benar hanya 10% je..
Dulu zaman Sri Najib..Bantuan kewangan untuk rakyat semua nya terbaik..Rakyat di dahulukan..pengurusan Sri Najib dengan kata2 janji ditepati..kata hari ini ..mesti ada hari ini..Dalam 100%…kata janji Si Najib tetap 100% Tak ada seorang pun tinggal..semuanya dapat serentak..tak ada pun tertunggu berperingkat macam pengurusan BPR sekarang..poyo banyak sangat2..