DAFTAR MyBPR:CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

DAFTAR MyBPR:CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

DAFTAR MyBPRCARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

 

Sebelum pemohon log masuk MyBPR,anda perlu mendaftar MyBPR 2021.

CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT(MyBPR)

Untuk log masuk kali pertama MyBPR, anda perlu mendaftar MyBPR terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Klik Menu MyBPR
  2. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  3. Maklumat Keselamatan

Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul

a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021

b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul

c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR

  1. Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati

 Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan

 Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

b) Jawab 5 Soalan yang disediakan

 Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan

 Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan

c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan

d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar

 Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

 Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati

 Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR

e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR

 

Jika anda penerima BSH/BPN 2020,sila buat KEMASKINI BPR 2021 ONLINE

 

SOALAN LAZIM DAFTAR MyBPR

Semasa membuat pendaftaran MyBPR, saya telah tersilap
menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah
gagal menjawab Soalan Keselamatan lebih dari 3 kali.

Akaun anda telah disekat. Sila ke Cawangan LHDNM berdekatan untuk tindakan lanjut”. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya akaun BPR anda telah disekat, anda boleh menghubungi
talian Hotline BPR 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set
semula akaun BPR.

Selepas akaun BPR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBPR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan dengan tepat.

Saya telah berjaya daftar MyBPR, tetapi saya terlupa Kata Laluan
semasa Log Masuk MyBPR. Apa tindakan yang perlu saya
lakukan?Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan
adalah seperti berikut:
a) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
b) Klik Butang Semak
c) Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan dengan
betul
d) Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan Baru
e) Klik Butang Tukar Kata Laluan; atau

ii. Hadir ke LHDNM; atau

iii. Hubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari https://bpr.hasil.gov.my/

Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566

E-mel: [email protected]

32 thoughts on “DAFTAR MyBPR:CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT”

  1. Saya dah daftar untuk BPN tahun lepas tapi belum menerima bantuan perlu ke saya membuat permohonan baru untuk BPR 2021

    Balas
  2. Saya cuba bagi info yg maybe boleh tolong anyone yg ada isu ni nanti ye:

    1) Kalau dah ada bsh/bpn, perlu ke buat permohonan baru kat bpr?
    – Kalau dah ada DAN tak ada pape info baru nak update, tak payah buat apa apa kat myBpr tu. Takyah buat apa apa sebab dia akan guna je maklumat yg sama.
    – Kalau dah ada DAN INGIN UPDATE (kemaskini) info baru (cth: tukar no akaun bank, no telefon, jumlah anak, status pekerjaan, etc), kena daftar akaun kat website bpr tu.

    2) Ada yg ada masalah masa nak buat permohonan bpr. Contoh: Tak boleh nak isi nama, jantina, umur tapi yg lain boleh, tu sebab kita klik kat Buat Permohonan Baru yg kat slide kanan tu.
    – Klik Log Masuk
    – Masukkan no IC (lepas tu nanti ada pop up keluar kata takde rekod, kena Daftar Akaun)
    – Klik Daftar Akaun (dari sini baru mula permohonan sebenarnya) Kena ingat jawapan soalan soalan yg masa apply BSH. Sebab BPR ni sebenarnya BSH, cuma tukar nama. So ada kait

    3) Kalau untuk permohonan bpr bujang, kalau confuse boleh ke yg tak bekerja memohon?
    – Kalau ikutkan kriteria kelayakan pemohon bujang, dia state kan “berpendapatan” tapi saya tanya haritu LHDN, katanya kalau nak apply, letak je Tidak Bekerja tu & Tiada Pendapatan. Tapi tiada jaminan permohonan tu nanti lulus atau tak. Orang tu pun tak boleh nak bagi kata putus.
    So, apply je, tak rugi pun.

    Itu je setakat ni yg saya boleh bantu sebab saya pun ada masalah yg sama sebelum ni. Harap membantu. Sekian

    Balas
  3. Nak tanya,kalau Pemohon BPR Berlainan tapi menggunakan Akaun bank yg sama.
    Contoh: 2 penerima mengunakan Akaun bank yg sama,adakah Duit BPR akan masuk dlm satu akaun saja?

    Balas
  4. Assalamualaikum,mcm mna cara jika kta klik no ic tpi I’d penguna Blum brdaftar bla nk daftar kna jwb soalan tpi masalahnya skrg sy terlupa setiap soalan yg mau di jwb …klu mcm tue MCM mna ya??mohon Bantu sbb sy nk kemaskini status selama ini sy mula2 brim di knlkn sy mmg dpt ketua rmh sbb sy ibu tngggl mempunyai 2 tanggungan tpi slepas itu automatic di tukar pegi status bujang,skrg sy nk kemaskini plak

    Balas

Leave a Comment