KEISTIMEWAAN BUKIT KUDUNG JELI
LOKASI BUKIT KUDUNG JELI
Tempat ini adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Lokasinya kira-kira empat kilometer dari jalan utama Gemang dan boleh dihubungkan melalui jalan darat yang sempurna.

Lokasi Bukit Kudung ini terletak kira-kira 4 kilometer dari jalan utama Gemang dan boleh dihubungkan melalui jalan darat dengan sempurna.
Laluan masuk utama ke Bukit Kudung adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Pengunjung boleh memilih untuk menaiki kenderaan atau berjalan kaki untuk masuk ke kawasan ini.
LATAR BELAKANG BUKIT KUDUNG JELI
Terdapat pelbagai keistimewaan Bukit Kudung Jeli misalnya menyimpan pelbagai rahsia sejarah tidak diketahui ramai dan antara yang pernah diceritakan adalah terdapat kubu tempat persembunyian komunis suatu ketika dahulu.

Di sebalik keindahan Bukit Kudung yang setinggi 448 meter itu juga terdapat batu sempadan dikenali sebagai Batu 73 bersempadan dengan negara Thailand sejauh 2.3 kilometer.
Bukit Kudung dan Lata Keding di Kampung Gemang di sini mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun ia menyimpan seribu khazanah, flora dan fauna tersendiri.
KEMUDAHAN ASAS DI BUKIT KUDUNG
Antara kemudahan yang terdapat disini adalah :
- Restoran
- MiniZoo
- Tandas
- Dewan Terbuka
- Tapak Perkhemahan
- Chalet & Asrama
Terbaru, satu trek atau litar motorcross telah dibina untuk menarik minat lebih ramai penggemar sukan itu dari dalam dan luar negara
Platform yang dibina ini sememangnya khas buat anak-anak muda dan peminat motocross untuk merasai keseronokkan melakukan aktiviti sukan ekstrem tersebut yang mungkin dapat melahirkan bintang yang dapat mengharumkan nama negara pada satu hari nanti.
Mungkin satu masa nanti trek ini akan dinaik taraf secara berperingkat kemudahannya hingga menjadikannya sebagai litar motocross terbaik di Kelantan.
SENARAI AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI BUKIT KUDUNG JELI
1.MENDAKI BUKIT KUDUNG
Anda boleh melakukan aktiviti mendaki dan meneroka Bukit Kudung. Laluan mendaki di sini agak mencabar dan mempunyai banyak rintangan. Tetapi segala penat dan lelah semasa mendaki pasti terbayar setelah melihat keindahan alam semulajadi yang masih belum terusik.
Aktiviti ini sangat sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Selain itu, anda juga dapat menikmati hidupan flora dan fauna disini. Peluang melihat kabus di puncak pendakian pasti tidak dapat dilupakan.
2.LATA KEDING TEMPAT MANDI MANDA & AKTIVITI BERKELAH DAN PERKHEMAHAN
Disini juga terdapat kawasan air terjun yang dinamakan Lata Keding. Air terjun ini sangat jernih dan bersih. Deruan air sungai jernih yang mengalir tenang, kicauan burung serta unggas yang mendamaikan dan kehijauan hutan rimba yang jauh dari kesibukan kota pastinya menjanjikan suatu pengalaman baru bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke lata ini.

Anda boleh mandi manda bersama keluarga dan berkelah disini sambil menikmati keindahan hutan rimba.

Selain menawarkan tapak perkhemahan, disini juga menawarkan perkhidmatan acara Hari Keluarga,berjalan pada waktu malam dan perkhemahan ikhtiyar hidup.
3. MAKAN DI RESTORAN LAILA MAJNUN
Disini terdapat pelbagai jenis masakan yang menarik dan sedap yang patut anda cuba. Restoran ini juga menyediakan masakan chinese thai yang sangat sedap. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan western.
Menu istimewa seperti Kerabu Belangkas wajib anda cuba bila datang makan disini. Harga makanan dan minuman disini juga berpatutan. Anda boleh menjamu selera bersama keluarga sambil menikmati keindahan flora dan fauna disini.

Berikut adalah senarai minuman dan makanan yang disediakan disini :


4.BERMALAM DI LALANG’S CHALET

Di Bukit Kudung juga terdapat chalet untuk bermalam disini .Lalang’s Chalet menyediakan beberapa buah chalet dengan harga yang berpatutan serendah RM80 satu malam. Bentuk chalet yang unik ini pasti memberi pengalaman baru kepada anda yang bermalam disini.
5. KOLAM MATA AIR BERBENTUK LOVE

Kolam mata air berbentuk ‘love’ yang menyambut kedatangan pengunjung menambahkan lagi kekayaan dan keindahan semulajadi disini.
6. PELUANG BERGAMBAR DI MENARA LALANG.

Sebagai tanda kenangan anda datang sini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Menara Lalang ini.
7. SUKAN LASAK MOTORCROSS
Berdasarkan maklumat terbaru, sudah ramai peminat sukan lasak datang ke sini untuk mencuba trek sukan lasak yang baharu sahaja diperkenalkan.
WAKTU OPERASI LALANG’S RESORT & SPA
Dibuka setiap hari pada jam 10:30 pagi
Tutup 10:30 malam
Jika anda berminat untuk datang ke sini, boleh hubungi :
wasap.my/+601111919150/booking
wasap.my/+60168272857/booking
Call.my/+0108819881
Facebook: Lalang’s Resort&Spa
TEMPAT MENARIK DI JELI : BUKIT BUNGA ZON BEBAS CUKAI