
PEKAN BUKIT BUNGA ZON BEBAS CUKAI
1. KEDUDUKAN STRATEGIK
Pekan Bukit Bunga terletak dalam jajahan Jeli, Kelantan. Ia berada di tepi jalan dan ditengah-tengah lebuh raya timur barat iaitu jalan yang menghubungkan Kelantan dengan negeri Perak.
Baca tentang : https://kekandamemey.com/panduan-membeli-tanah-kelantan.html
Satu lagi keistimewaan Pekan Bukit Bunga adalah terletak berhampiran dengan sempadan Thailand yang dikenali sebagai Ban Buketa.

2. ZON BEBAS CUKAI

Pekan Bukit Bunga telah diistiharkan oleh kerajaan sebagai zon bebas cukai. Kebanyakan barang yang dijual di Pekan Bukit Bunga adalah daripada Thailand. Barangan makanan seperti beras,beras pulut, jeruk, makanan ringan dan buah-buahan.


Manakala barangan lain adalah barang perkakasan rumah seperti tikar getah lembut dan toto narita. Bagi alatan dapur pula seperti periuk dan kuali cap buaya. Disini merupakan syurga bagi kanak-kanak kerana terdapat pelbagai permainan kanak-kanak yang murah harganya.
Waktu operasi atau urusan jual beli disini biasanya bermula pukul 9 pagi hingga ke 7 malam.
3. KEMESRAAN PENJUAL
Pekan Bukit Bunga juga terkenal dengan penjualnya yang mesra dan mudah untuk tawar menawar dalam urusan berniaga. Mereka tidak lokek melayan karenah pembeli dan menjamin kepuasan kepada pembeli disini.
Harga barangan yang murah dan berpatutan menjadi daya penarik kepada pelanggan singgah ke Pekan Bukit Bunga untuk membeli belah.
4.SOKONGAN KERAJAAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
Bermula hanya deretan kedai kecil di tepi jalan pada tahun 1985. Kini banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha meletakan Pekan Bukit Bunga sebagai pusat membeli belah dan daya penarik kepada produk pelancongan di Jeli.
Kerajaan telah membina komplek kedai yang baharu dan lebih selesa kepada penjual dan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di Pekan Bukit Bunga.
Kemudahan seperti bank, hotel, Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin, stesen minyak dan pasar raya Pantai Timur.

Terbaru adalah Plaza IMT-GT Bukit Bunga yang menyediakan ruang kedai dan perniagaan kepada penjual disini dan pengunjung untuk membeli belah dengan selesa.
Ini merupakan satu projek daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang berusaha membuka peluang pekerja dan perniagaan baharu untuk rakyat negeri Kelantan.
Untuk info lebih lanjut, layari : http://www.mdtanahmerah.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/pusat-membeli-belah-bukit-bunga