CARA DAFTAR GUNA CALTEXGO (Bayar & Isi Minyak Guna Telefon)

CARA DAFTAR GUNA CALTEXGO (Bayar & Isi Minyak Guna Telefon)

CALTEXGO

Sekiranya anda selalunya mengisi minyak Caltex, kini Caltex telah memperkenalkan aplikasi CaltexGo bagi memudahkan pelanggannya untuk membuat pembayaran. Disini kami akan kongsikan cara penggunaannya, semoga membantu.

 

APA ITU CALTEXGO

CaltexGo merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda melakukan pembayaran untuk mengisi minyak terus pada telefon. Ianya sekaligus memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran tanpa perlu ke kaunter.

 

MUAT TURUN APLIKASI CALTEXGO

Untuk memudahkan urusan penggunaannya, anda seharusnya memuat turun dan dan install aplikasi ini terlebih dahulu:

 

SENARAI STESEN CALTEX TERLIBAT

Kini terdapat 58 stesen minyak Caltex di Malaysia yang menyokong pembayaran melalui Caltex Go, dan lebih banyak stesen lagi akan menyokongnya tidak lama lagi.

Untuk menyemak senarai penuh stesen minyak Caltex terlibat anda boleh rujuk DI SINI

 

CARA DAFTAR CALTEXGO

Berikut adalah merupakan cara daftar kali pertama:

  1. Buka aplikasi CaltexGo di telefon anda
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  3. setelah berjaya, anda boleh login kembali untuk teruskan penggunaannya
  4. Selesai

 

CARA GUNA CALTEXGO

Berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi ini:

  1. Hidupkan Perkhidmatan Lokasi anda
    • Pandu ke stesen Caltex terdekat anda dan dayakan Perkhidmatan Lokasi anda. Sahkan stesen Caltex semasa dengan memilih “Bayar Mudah Alih”.
    • Cara hidupkan lokasi anda bagi di telefon iPhone:
      • Pergi ke Tetapan iPhone anda
      • Klik pada Privasi > Perkhidmatan Lokasi
      • Scroll ke bawah dan klik CaltexGO
      • Pilih ‘Semasa Menggunakan Apl’ untuk memilih akses lokasi
  2. Masukkan nombor pam & ketik “Sahkan”
    • Pada aplikasi CaltexGO, masukkan nombor pam yang betul dan sahkan pilihan iaitu. kaedah pembayaran pilihan anda, mata kesetiaan dan jumlah bahan api.
    • Pastikan anda melakukannya dengan selamat dari dalam kenderaan pegun atau ketika berada di dalam kedai serbaneka untuk penunggang motosikal.
  3. Mula mengisi minyak
    • Hanya angkat muncung dari pam dan isi minyak!
  4. Semak bayaran anda
    • Anda akan menerima resit terperinci transaksi anda sejurus selepas pembayaran anda disahkan. Lihat pembayaran anda dengan selamat dari dalam kenderaan pegun atau dalam kedai serbaneka untuk penunggang motosikal apabila anda selesai mengisi minyak.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CALTEX GO

Terdapat transaksi yang tidak dibenarkan pada apl CaltexGO saya. Adakah saya perlu membayar?

  • Sila hubungi bank anda dengan segera jika anda mengesyaki kad anda telah digunakan dengan cara yang tidak dibenarkan.
  • Anda juga mesti menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Caltex di 1800 88 3169 atau e-mel ke [email protected] untuk melaporkan isu ini. Jika tidak, anda perlu menanggung kos sebarang transaksi yang dibuat sebelum pemberitahuan.

Jika telefon saya terputus atau ‘mati’, bolehkah saya log masuk ke akaun aplikasi CaltexGO saya daripada peranti orang lain untuk membayar bahan api?

  • Ya, anda boleh log masuk ke akaun anda dari peranti lain dengan syarat transaksi masih tersedia. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke kedai untuk membuat pembayaran.

Apakah yang perlu saya lakukan jika telefon saya dicuri atau jika terdapat risiko transaksi tanpa kebenaran cth. seseorang telah mendapat butiran saya?

  • Anda mesti segera memaklumkan Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1800 88 3169 atau e-mel ke [email protected] untuk meminta pembatalan akaun CaltexGO atau penggantungan sementara.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Caltex Go, anda boleh melayari website rasmi caltex di pautan https://www.caltex.com/

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR LOAN KERETA ONLINE(MAYBANK/RHB BANK/PUBLIC BANK/CIMB BANK/AMBANK/AFFIN BANK)

Leave a Comment