CARA GUNA SENHENG App HOME FIX(Muat Turun & Buat Tempahan Perkhidmatan)

CARA GUNA SENHENG App HOME FIX(Muat Turun & Buat Tempahan Perkhidmatan)

CARA GUNA SENHENG App

Adakah anda pelanggan setia kepada Senheng? Terkini Sengheng telah melancarkan Aplikasi Senheng yang terbaru dan lebih baik pada 1 September 2021, dengan melalui aplikasi Senheng Home Fix yang baru ini akan memberikan kemudahan aplikasi super melalui pelbagai perkhidmatan dan penawaran.

 

APA ITU SENHENG App HOME FIX

Home Fix adalah bahagian aplikasi yang dimajukan dengan kerjasama ServisHero, salah satu penyedia perkhidmatan rumah terkemuka di Asia Tenggara, di mana ahli PlusOne dapat menempah pelbagai perkhidmatan memperbaiki rumah sambil memperoleh cashback S-Coin yang tinggi.

 

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SENHENG App HOME FIX

Dengan aplikasi Sengheng Home Fix ini, terdapat pelbagai perkhdimatan yang disediakan antaranya:

  • Perkhidmatan pembersihan
  • Perkhidmatan ketukangan
  • Perkhidmatan pembasmian kuman
  • Servis penyaman udara
  • Perkhidmatan paip
  • Perkhidmatan juruelektrik dan pendawai.

 

MUAT TURUN APLIKASI SENHENG App HOME FIX

Semestinya anda dikehendaki memuat turun dan intall aplikasi Sengheng Home Fix terlebih dahulu untuk memudahkan penggunaan di handphone anda. Muat turun aplikasi disini:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

Aplikasi Senheng yang lengkap akan terdiri daripada 16 produk dan perkhidmatan gaya hidup yang menggabungkan S-Coin Reward System, S-Rewards Centre, S-Food, S-Pay, S-Finance, S-Game, Repair and Installation, Refurbished Appliances, Home Fix , dan Senheng in-app store, dan lain-lain.

 

CARA GUNA  SENHENG App HOME FIX

Berikut adalah dikongsikan cara penggunaan Sengheng App Home Fix:

  1. Kepada ahli PlusOne yang menerima cashback S-Coin, aplikasi Senheng akan menggandakannya lagi. Sebagai contoh untuk setiap tempahan perkhidmatan Home Fix, ahli PlusOne akan mendapat pulangan tunai 15% S-Coin dan Aplikasi Senheng akan menggandakannya dengan 15% lagi untuk menjadikannya cashback sebanyak 30%.
  2. Selain itu, ahli PlusOne boleh mengambil bahagian dalam Spend & Win S-Coin dari 1 September hingga 31 Oktober 2021. Ahli PlusOne yang membuat pembelian produk dan perkhidmatan yang layak dalam Aplikasi Senheng pada bulan September 2021 dan Oktober 2021 berpeluang memenangi hadiah.
  3. Berikut adalah merupakan cara penyertaan:
    • Sekiranya 1 transaksi berjaya dikira sebagai 1 penyertaan untuk menyertai cabutan bertuah, sementara 2 transaksi yang berjaya dikira sebagai 2 penyertaan, dan sebagainya. Namun demikian, setiap ahli PlusOne hanya boleh memenangi 1 hadiah.
    • Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan bertuah bebas secara rawak.
    • Sebanyak 30 pemenang akan dipilih untuk kempen cabutan bertuah ini.
    • Produk dan perkhidmatan yang layak untuk cabutan bertuah ini adalah Home Fix, Mobile Reloads, Ticketing, dan S-Food.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara guna Aplikasi Sengheng Home Fix, anda boleh layari web rasmi Sengheng di pautan www.senheng.com.my

 

ARTIKEL LAIN

kitajaga.co:CARA GUNA/MUAT TURUN APLIKASI WEB PADANAN BANTUAN(Bendera Putih Online)

Leave a Comment