Isi Kandungan
SARAWAK PAY LOGIN(Daftar Lupa Password Reset Akaun SPay Global)
Kepada warga pendudun di Negeri Sarawak, adakan anda telah daftar Sarawak Pay? Terdapat banayak kemudahan yang tersedia menerusi apliaksi eWallet ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan login, semoga membantu.
APA ITU SARAWAK PAY?
Sarawak Pay adalah inisiatif sebagai salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sarawak. Aplikasi ini membolehkan anda menyimpan wang anda secara digital (e-wallet), membuat pembayaran, memindahkan wang, menerima wang secara digital, dan mempunyai fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill), meminta pembayaran dari rakan, melihat sejarah transaksi, membayar utiliti dan bil majlis tempatan dan banyak lagi.
TERMA DAN SYARAT SARAWAK PAY
- Welcoming Reward hanya eksklusif untuk pendaftaran baru SarawakPay dalam masa 7 hari bekerja setelah pengesahan berjaya.
- SNT berhak untuk mengubah, menarik, menangguhkan, memperpanjang atau menghentikan kempen ini sebelum berakhirnya tempoh kempen, sepenuhnya atau sebahagian, pada bila-bila masa. SNT akan menghantar notis perubahan tersebut di www.sarawakpay.gov.my.
- Keputusan SNT mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kempen ini adalah muktamad. SNT tidak berkewajiban untuk memberikan alasan apa pun atau membuat surat-menyurat dengan orang lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kempen ini. Tiada rayuan dan / atau surat-menyurat dari mana-mana Pedagang atau Pengguna atau pihak ketiga akan dilayan.
- SNT tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima liabiliti apa pun dan bagaimanapun timbul atau dialami oleh Pengguna atau Pedagang dan / atau pihak ketiga yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung dari kempen ini.
- SNT berhak untuk mengubah, menambah, menghapus, menangguhkan dan / atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan memberikan versi terbaru di www.sarawakpay.gov.my.
Terma dan syarat ini akan diatur dan ditafsirkan sesuai dengan undang-undang Malaysia, Pengguna dan Pedagang bersetuju untuk tunduk kepada bidang kuasa pengadilan Malaysia yang tidak eksklusif.
MUAT TURUN APLIKASI SARAWAKPAY
Anda boleh memuat turun aplikasi Sarawak Pay di Google Play Store untuk Android atau App Store di IOS.
- Playstore ( Android ) : http://bit.ly/sarawakpayandroid
- App Store ( Apple ) : http://bit.ly/sarawakpayiOS
CARA DAFTAR AKAUN SARAWAKPAY
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar:
- Setelah memuat turun aplikasi, tekan New User Registration
- Pilih warganegara anda (antara warganegara Malaysia atau Others)
- Isi borang pendaftaran yang dipaparkan
- Isi nombor telefon peribadi anda sebagai pengesahan
- Tetapkan 6 digit pembayaran pin
- Setelah selesai, anda boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat pembayaran anda!
CARA DAFTAR AKAUN PENGGUNA SARAWAK PAY
- Muat turun aplikasi SarawakPay seperti pautan di bawah :
- Anda boleh daftar terus di aplikasi SarawakPay. Hanya perlu masukkan maklumat seperti :
- Nama penuh
- No Kad Pengenalan (Untuk tujuan pengesahan)
- Alamat emel yang sah
- No telefon yang sah
- Anda dibenarkan mendaftar ID anda HANYA SEKALI.
- Sekiranya anda mempunyai Sarawak ID, anda perlu menggunakan ID tersebut. Ini kerana pengguna Sarawak ID sudah didaftarkan sebagai pengguna SarawakPay. *Bagi mereka yang sudah mendaftar e-Recruitment, anda dikira sudah mempunyai Sarawak ID.
- Jika anda mempunyai masalah pendaftaran Sarawak ID (lupa kata laluan, ID, dll.), anda boleh layari PAUTAN INI.
CARA DAFTAR AKAUN PENIAGA SARAWAK PAY
Berikut adalah cara bagaimana untuk mendaftar akaun SarawakPay sebagai perniagaan:
CARA DAFTAR AKAUN SARAWAK PAY(Pemilik Milikan Tunggal)
- Anda hanya perlu mendaftar melalui aplikasi SarawakPay. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari
- Di aplikasi Sarawak Pay, pilih ‘Merchant Account’ dan terus isikan borang pendaftaran.
- Sediakan dokumen sokongan
- Kad Pengenalan
- Lesen Perniagaan
- Gambar premis perniagaan
- Alamat e-mel yang sah dan emel ke : [email protected]
- Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak SarawakPay untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay anda.
- Setelah pendaftaran anda berjaya, KOD QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran.
CARA DAFTAR AKAUN SARAWAK PAY (Syarikat Persatuan Organisasi)
- Muat turun dan isikan borang aplikasi SarawakPay
- Lampirkan dokumen sokongan seperti :
- Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / Borang SSM yang terkini (butir-butir pengarah), Borang 9, Lesen Perniagaan, dan penyata bank yang terkini
- Milikan tunggal/Perkongsian – ekstrak pendaftaran nama perniagaan, sijil pendaftaran, lesen perniagaan dan penyata bank yang terkini
- Salinan IC pemilik perniagaan, rakan kongsi, ataupun pengarah syarikat
- Logo syarikat beserta 1 atau 2 gambar perniagaan anda.
- Hantarkan permohonan anda ke : [email protected]
- Sarawak Pay akan menghubungi anda melalui e-mel setelah permohonan anda berjaya.
Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Sarawak Pay di : 1-300-88-7246.
TERLUPA KATA LALUAN SARAWAK PAY (Cara Reset)
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, berikut adalah merupakan cara reset kembali iaitu:
- Buka aplikasi SarawakPay di telefon anda
- Pada paparan menu utama klik pada Forget Password
- Masukkan No Kad Pengenalan dan Username anda kemudian klik pada Submit
- Anda akan menerima Kata Lalaun Sementara menerusi SMS dari nombor 62999 di no telefon anda yang berdaftar
- Kemudian log masuk kembali dengan menggunakan Username dan Kata Laluan sementara tersebut dan klik login
- Seterusnya anda dikehendaki untuk masukkan maklumat berikut
- Kata lalaun sementara
- Kata laluan Baharu
- Pengesahan kata laluan baharu
- Setelah lengkap klik pada Submit
- Paparan status pertukaran kata laluan anda berjaya tertera, klik Complete
- Selesai, anda kini boleh log masuk kembali menggunakan kata lalaun baharu anda
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda pertayaan,sila hubungi talian berikut:
- 1-300-88-7722
- [email protected]
ARTIKEL LAIN:
Lupa katalaluan dan password Sarawak pay