CARA TUKAR TRANSFER LIMIT (MAYBANK2U / CIMB CLICK / MyBSN / i-Rakyat / RHB ONLINE / PBEBANK)

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT (MAYBANK2U / CIMB CLICK / MyBSN / i-Rakyat / RHB ONLINE / PBEBANK)

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT

Pada era serba canggih sekarang, perbankan online menjadi pilihan utama. Ini kerana ia merupakan satu kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka. Dengan menggunakan kaedah ini, pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi dan juga dapat diselesaikan dengan mudah.

Perkara yang seringkali terjadi pada setiap orang apabila mereka ingin tranfer sesuatu jumlah agak besar tetapi gagal disebabkan tranfer limit yang di hadkan dulu agak rendah.

Contohnya, mahu transfer dari satu bank  ke bank yang lain sebanyak RM3,000 tetapi gagal kerana kita telah hadkan cuma RM1,500 sebelum ini. Tetapi jangan bimbang, disini kami akan kongsikan cara tukar transfer limit.

 

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT  MAYBANK2U

Sekiranya anda pengguna maybank2u, ikuti langkah penukaran limit di bawah:

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
  2. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan link SETTINGS yang terletak di bahagian atas kiri skrin.
  3. Kemudian, klik pada tab PAY & TRANSFER, dan tekan butang TRANSFER LIMIT.
  4. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk tujuh jenis pindahan, iaitu:
    • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
    • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
    • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
    • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Sendiri (ASNB Own Account Transfer)
    • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Pihak Ketiga (ASNB 3rd Party Transfer)
  5. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  6. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tekan logo berbentuk pensel yang tertera. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah jumlah had yang tertera dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
  7. Scroll ke bawah dan tekan SAVE CHANGES untuk simpan proses increase transfer limit
  8. Satu menu kecil akan tertera. Tekan REQUEST untuk mendapatkan nombor TAC. Sekiranya anda tidak menerima SMS, anda perlu menunggu selama 3 minit, sebelum anda boleh membuat permintaan nombor TAC yang baru. Tekan link click here untuk membuat permohonan baru.
  9. Apabila anda telah mendapat SMS di telefon anda yang mengandungi nombor TAC, masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.
  10. Tekan butang CONFIRM.
  11. Penukaran had transaksi anda berjaya. Anda boleh mengulangi semula proses ini sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran had transaksi.

 

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT  CIMB CLICK

Sekiranya anda pengguna cimb click, ikuti langkah penukaran limit di bawah:

  1. Jika anda menggunakan peranti seperti tablet atau telefon bimbit, pastikan anda klik pada pautan “Desktop View” terlebih dahulu.
  2. Selepas login ke akaun CIMBClicks
  3. Klik pada pautan “Services” di menu sebelah kiri.
  4. Scroll ke bawah dan klik pada “Clicks Transaction Limit”
  5. Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan
  6. Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan
  7. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Update”
  8. Sekiranya berjaya, anda akan menerima makluman seperti ini ” YOUR TRANSACTION LIMIT HAVE BEEN UPDATED. THANK YOU “

 

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT  MYBSN

Sekiranya anda pengguna MyBsn, ikuti langkah penukaran limit di bawah:

  1. Log masuk ke akaun PbeBank anda: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Menu ( 3 garis di bucu kiri atas)”
  3. Scroll ke bawah dan klik pada “Manage Account” kemudian pilih “Update Trasaction limit”
  4. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk lapan jenis pindahan
  5. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  6. Selepas masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan, tekan SUBMIT
  7. Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan
  8. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Confirm” untuk selesaikan proses.

 

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT  I-RAKYAT

Sekiranya anda pengguna i-Rakyat, ikuti langkah penukaran limit di bawah:

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my/, kemudian masuk unsername dan password untuk log masuk.
  2. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile Maintenance”
  3. Kemudian klik pula pada “Daily Limits Maintenance”
  4. Masukkan had baharu untuk setiap transaksi yang dimahukan, anda boleh menukar had transaksi bagi:
    • Pemindahan ke akaun lain, pembiayaan, pembayaran kad
    • Pemindahan ke bank lain (IBG/IBFT)
    • JomPAY
    • Pembayaran Bil, Zakat, Derma
    • Kiriman Wang
    • Tambah Nilai Prabayar
    • “Direct Payment Engine (DPE)”
    • Pemindahan Tabung Haji
  5. Selepas selesai memasukkan jumlah yang dikehendaki, klik pada “Request TAC”.
  6. Masukkan TAC yang diterima dan klik “Submit”. Sekiranya berjaya, anda akan menerima pengesahan perubahan had transaksi.

Macam mana cara nak dapatkan PENYATA AKAUN BANK?

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT  RHB ONLINE

Sekiranya anda pengguna rhb online, ikuti langkah penukaran limit di bawah:

  1. Layari laman web https://logon.rhb.com.my/, kemudian masuk unsername dan password untuk log masuk.
  2. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile”
  3. Kemudian klik pula pada “Daily Transaction Limit”
  4. Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan
  5. Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan
  6. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda dan klik “Update”.

 

CARA TUKAR TRANSFER LIMIT PBEBANK(PUBLIC BANK)

Sekiranya anda pengguna pbebank, ikuti langkah penukaran limit di bawah:

  1. Log masuk ke akaun PbeBank anda: https://www.pbebank.com
  2. Selepas anda telah log masuk ke akaun anda, klik pada “Profile Maintenance”
  3. Kemudian pilih “Tukar Had Pindahan Harian”
  4. Seterusnya pilih “Tukar Had Pemindahan Fpx”
  5. Masukkan had yang baru pada ruangan yang diperlukan kemudian tekan Next
  6. Periksa butiran, kemudian Klik pada “Request TAC” untuk pengesahan
  7. Masukkan TAC yang dihantar ke telefon bimbit
  8. Tekan Sahkan untuk menyelesaikan proses

 

SOALAN LAZIM

Apakah kelebihan menggunakan perbankan online?

Kelebihan menggunakan perbankan online seperti berikut:

    • Memeriksa baki akaun bank
    • Pembayaran bil
    • Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan sebagainya
    • Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi

 

Adakah had maksimum limit setiap bank?

Ya,setiap bank mempunyai had maksimum tersendiri. Anda boleh semak di menu bank masing-masing..

 

Apakah had transaksi wang harian?

Had transaksi wang harian dalam talian yang ditetapkan adalah had transaksi yang boleh digunakan pada hari tersebut. Tetapi anda  dapat menetapkan had  sendiri  sehingga kadar maksimum yang ditetapkan oleh bank.

Leave a Comment