CARA CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO 2022 (Borang Tuntutan Socso)
Jika anda dapat Medical Certificate atau Sijil Sakit, anda boleh membuat tuntutan daripada pihak PERKESO. Bagaimanakah CARA CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO?
Untuk makluman anda,program ini diletakkan di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau nama lainnya Employment Insurance Scheme (EIS) dan juga Skim Keilatan (Invalidity Scheme).
Kami akan berkongsi kepada anda panduan lengkap untuk membuat tuntutan daripada pihak PERKESO bagi mereka yang layak mendapat MC/CUTI SAKIT
CARA CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO
Berikut adalah panduan untuk membuat tuntutan :
1) Pastikan anda dapat cuti sakit atau MC
2) Anda perlu pastikan MC yang anda terima adalah melibatkan beberapa kes dan kejadian yang berlaku terhadap anda sehingga mendapat cuti sakit seperti:
- Anda mengalami kecederaan mahupun kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, dalam perjalanan dalam urusan kerja, dalam perjalanan semasa rehat di waktu kerja
- Anda mendapat rawatan yang sah di klinik swasta, klinik kesihatan ataupun hospital kerajaan
3) Kemudiaan anda perlu muat turun dan isi borang Bayaran Ganti Belanja (BGB) dengan lengkap bagi membantu anda claim dengan PERKESO.
Muat Turun Bayaran Ganti Belanja (BGB)
Muat turun disini
4) Jika anda mengalami kecederaan atau kesakitan yang menyebabkan anda tak dapat bekerja selama 4 hari atau lebih, anda boleh claim duit bantuan perkeso sejumlah 80 peratus daripada jumlah gaji harian anda di bawah Skim Faedah Hilang Upaya Sementara.
CONTOH PENGIRAAN CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO
Jika gaji harian anda sekitar RM100 sehari, anda layak membuat tuntutan sebanyak RM80 sehari dan RM320 selama 4 hari dan begitulah seterusnya. Pastikan dalam tempoh 4 hari atau lebih ini sepanjang anda dapat MC atau cuti sakit, anda langsung tidak pergi ke tempat kerja anda. Jika tidak, anda sama sekali tak layak CLAIM.
5) Sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang yang telah diisi untuk dihantar kepada pejabat PERKESO yang berdekatan dengan anda.
6) Tunggu maklum balas balas daripada kakitangan yang bertugas untuk tuntutan ini.
Baca tentang CARA TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari laman portal PERKESO https://www.perkeso.gov.my/
Tags: #CARA CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO #CARA CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO 2022 (Borang Tuntutan Socso) #CONTOH PENGIRAAN CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO #Muat Turun Bayaran Ganti Belanja (BGB)
MOHD SHUALIM AZHAR BIN IBRAHIM2 tahun ago
status tuntutan clem mc 9 hari tarih.9 -17 /09/2020
Nor Hashimah binti Saidin1 tahun ago
Sy nk tanya mcm na tuntut duit mc dari PERKESO
Godzila1 tahun ago
Assalamualaikum sye nk tnye sye baru siap laporan dan telah hantar borang pade hr sye nk tnye klu tuntutan tuk penyakit khidmat perlu ke buat report pade safety disebabkan kerja sye mengalami masaalah slip disc, sbb sye dah inform tpi dieorang ckp tak yah, klu tak buat report tu lepas tak claim?
Godzila1 tahun ago
Saye dah MC selame 3minggu dah disebabkan slip disc sye mengalami masaalah saraf menyebabkan tangan kanan sye jadi tak kuat dan slalu skit pingang disebabkan mengangkat bnde2 berat
zabidah(2704459)1 tahun ago
saya kmalangAn dlm perjlanan kekerja jri klingking tngan kanan patah msih dlm mc sudah 1 bln brmula 14.12.2020 tuhr brapa perkeso byar papasan mc nga jri patH
Siti1 tahun ago
Mcm mana nak semak claim kemalangan..dah nak masuk 3tahun Belum dapat berita
Al gafurro1 tahun ago
Saya nak tanya. Saya baru saja mendapat MC 25/5/2021-15/6/2021.Lebih kurang 3minggu.pertanyaan saya, apakah saya layak menerima duit MC
Mohd Rizal bin Mohamad1 tahun ago
Saya nak claim untuk kemalangan patah tulang kering kanan dari 15,1 2021 sampai bulan 5 m/c boleh ke, sebab masih sakit lagi kaki ni tak boleh banyak berjalan buat kerja berat
Zulkifli bin mohd zain12 bulan ago
Saya baru buat pemdedahan injap jantung pada 4/6/21 di hospital serdang boleh buat tuntutan mcm mane proses dia apa document yg perlu dekemukan