CARA DAFTAR BSN ONLINE (Register di mybsn.com.my)

CARA DAFTAR BSN ONLINE (Register di mybsn.com.my)

CARA DAFTAR BSN ONLINE (Register di mybsn.com.my)

Bagi memudahkan pelanggan BSN dan pemohon BSH menyemak pembayaran Bantuan Sara Hidup(BSH), lebih baik anda buka akaun BSN ONLINE.Berikut adalah CARA DAFTAR BSN ONLINE

 

APA ITU myBSN

Ianya merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kita juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin
  • dan banyak lagi.

 

CARA DAFTAR BSN ONLINE/myBSN

Sebelum mula daftar BSN online, pastikan kita dah ada kad ATM dan ingat nombor telefon yang didaftarkan.

Jika tidak, sila ke kaunter BSN untuk daftar / tukar nombor telefon bagi membolehkan proses daftar BSN online.

1.Layari Laman Web myBSN

  • Untuk daftar BSN online sila layari laman web mysBSN di:
  • https://www.mybsn.com.my/
  • Klik ‘Login’ dan pilih ‘myBSN’.
  • Klik ‘Register’ dan pilih ‘First Time Registration’.

2.Masukkan Butiran Kad ATM

  • Masukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.
  • Kemudian isikan nombor cvv2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta tarikh sah tempoh kad anda (valid thru).
  • Isikan Nombor Kad Pengenalan dan tekan ‘Next’.

3.Cipta ID Pengguna & Password

  • Masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.
  • Tekan ‘Request OTP’.
  • Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.
  • Masukkan 6 nombor tersebut untuk meneruskan pendaftaran.
  • Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).

4.Pengesahan Pendaftaran

  • Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

5.Login Semula

  • Anda perlu login semula dengan menggunakan username dan password tadi.

6.Kemaskini Maklumat

  • Sebagai pengguna pertama kali, anda perlu mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
  • Butiran lain boleh juga diisi jika mahu.
  • Selepas itu, anda sudah boleh memulakan transaksi online BSN internet banking!

 

SENARAI PERKHIDMATAN myBSN

Setelah login, anda boleh mengakses dan pelbagai maklumat akaun BSN anda dan melakukan aktiviti perbankan seperti:

i) Pemindahan Dana

  • Had maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.
  • Tiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.

ii) Semak Rekod Transaksi

  • Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan.
  • Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’.  Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.

iii) Pembayaran Pinjaman

  • Dengan IBG, anda boleh melaksanakan pemindahan dana serta pembayaran kad kredit, pinjaman dan bayaran ansuran sewa beli kepada bank lain yang tersenarai.
  • Had maksimum harian untuk Transaksi IBG ialah RM10,000.00.

iv) Pembayaran Bil

  • Kemudahan pembayaran yang membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.
  • Perkhidmatan Pembayaran Bil kami adalah percuma.

v) Pembelian Pin

  • Dengan BSN, anda boleh membeli PIN UPU online untuk diri sendiri atau orang lain.
  • Cuma masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar/calon.

vi) Beli Sijil Simpanan Premium (SSP)

  • SSP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN sahaja.
  • Anda mesti ada Kad ATM BSN yang sah dan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet sebelum membeli SSP secara online.
  • Semak dan sahkan alamat anda terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelian SSP.
  • Tiada had untuk pembelian SSP melalui myBSN.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada masalah untuk log masuk, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).

Talian ini dibuka 24 jam sehari.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

PINJAMAN PERIBADI BSN(CARA BUAT PINJAMAN PERIBADI BSN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN)

PENYATA KAD KREDIT BSN:CARA SEMAK/MUAT TURUN CREDIT CARD STATEMENT ONLINE

4 thoughts on “CARA DAFTAR BSN ONLINE (Register di mybsn.com.my)”

Leave a Comment