CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING( Guna Aplikasi Bayar Tempat Letak Kereta)

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING( Guna Aplikasi Bayar Tempat Letak Kereta)

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING

Kepada warga penduduk Selangor, anda terkini tidak perlu bersusah payah mencari mesin bayaran parking kenderaan lagi. Kini dengan menggunakan aplikasi Smart Parking Selangor anda boleh membuat bayaran letak kenderaan  di mana-mana kawasan Majlis Perbandaran hampir keseluruhan negeri Selangor.

Bagaimana cara daftar aplikasi Smart Selangor Parking? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI SMART SELANGOR

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda menggunakan aplikasi ini:

  • Tidak perlu lagi cari mesin bayaran parking.
  • Tiada lagi masalah kalau mesin rosak.
  • Tiada masalah mesin telan duit.
  • Tidak perlu lagi letak tiket parking pada dashboard kereta.
  • Tidak perlu lagi keluar dari pejabat untuk tambah tiket parking.
  • Tak perlu lagi sediakan duit syiling. Kalau tak ada, jenuh nak tukar pula duit kertas dengan duit syiling.
  • Tak perlu lagi pergi cari kupon gores dan parking.

 

MUAT TURUN APLIKASI SMART SELANGOR

Anda hanya perlu memuat naik aplikasi Smart Selangor terlebih dahulu kemudian install di handphone anda:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bag pengguna IOS

 

CARA DAFTAR SMART SELANGOR PARKING( Guna Aplikasi Bayar Tempat Letak Kereta)

Setelah anda install aplikasi Smar Selangor di Handphone anda, berikut adalah merupakan cara daftar:

  1. Buka aplikasi Smart Selangor.
  2. Klik pada New User
  3. Daftar ID pertama anda dengan menggunakan no telefon dan email
  4. Ciptakan kata lalaun anda.
  5. Buat kali pertama, anda seharusnya tambah nilai minima RM10 (pembayaran boleh menggunakan FPX)
  6. Masukkan No kenderaan anda (maximum 6 kenderaan)
  7. Selesai, sekarang anda boleh menggunakan Smar Parking.

 

CARA GUNA SMART SELANGOR PARKING

Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adalah cara penggunaan Smart Selangor:

  1. Buka Aplikasi tersebut setelah anda meletakkan kenderaan dalam mana-mana kawasan Majlis Perbandaran dalam negeri Selangor.
  2. Masukkan No kenderaan anda.
  3. Kemudian pilih tempoh masa untuk meletakkan kenderaan
  4. Sahkan tempat parking kenderaan dan tempoh masa beserta bayaran yang akan dikenakan
  5. Pop Up pembayaran berjaya, klik Ok
  6. Paparan masa parking anda akan berjalan dan beberapa minit sebelum tamat aplikasi ini akan menghantar notifikasi peringatan.

 

SENARAI PBT DI DALAM APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

Berikut adalah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang ada dalam aplikasi Smart Parking:

  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Perbandaran Sepang

 

ARTIKEL LAIN

BIL AIR ONLINE SELANGOR/KL:CARA DAFTAR LOGIN SEMAK DAN BAYAR BIL(crisportal.airselangor.com)

CARA BAYAR BIL IWK ONLINE & SEMAKAN eBILL Indah Water Konsortium(Guna Maybank2u/CIMB CLICK/JomPay)

Leave a Comment