APA ITU GOOGLE CLASSROOM? (Cara Guna & Kelebihan)

APA ITU GOOGLE CLASSROOM? (Cara Guna & Kelebihan)

APA ITU GOOGLE CLASSROOM (Cara Guna & Kelebihan)

 

Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar

APA ITU GOOGLE CLASSROOM?

Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara automatik diimport dari domain sekolah.

Setiap kelas membuat folder berasingan dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Apl mudah alih, tersedia untuk peranti iOS dan Android, biarkan pengguna mengambil gambar dan melampirkan pada tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar, dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen.

Dengan rasminya Google Classroom telah menjadi pelantar pembelajaran menggantikan Frog VLE di Kementerian Pendidikan Malaysia. Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain dariapada ia adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang seiring dengan PAK21. Apakah kelebihan Google Classroom?


KELEBIHAN GOOGLE CLASSROOM

1)Boleh diakses menerusi pelbagai platform

-Google Classroom boleh diakses menerusi pelayar web dan juga aplikasi pintar pada Chrome OS, iOS dan Android.

2)Boleh digunakan akaun personal

3)Integrasi perkhidmatan awan Google

Antaranya penggunaan storan awan Google Drive serta aplikasi produktiviti awanan lain seperti  Google Forms, Google Docs, Google Sheets, Google Slides, Google Calendar, Google Jamboard, Google Sites dan pelbagai lagi.

Menariknya, kebanyakkan aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan secara offline menggunakan app pada Android, iOS dan Chrome OS.

4)Mudah dan Senang Untuk Digunakan

– Mudah buat kelas

-Mudah menyimpan senarai murid

-Mudah buat tugasan

 

-Mudah buat penilaian

-Mudah diakses di mana-mana sahaja

Google Classroom boleh diakses di semua peranti Android dan komputer yang mempunyai pelayar internet. Hanya gunakan gmail sebagai ID.

-Mudah buat pentaksiran

Dengan beberapa tugasan yang diberikan dan disudahkan oleh murid, guru mudah membuat pentaksiran kerana ada pengredan dan rekod tersusun.

-Mudah buat kolaborasi guru

Guru-guru boleh berkolaborasi untuk mengajar sesuatu kelas dan begitu juga dalam pindah milik kelas.

-Mudah disemak pentadbir dan ibubapa

Dengan adanya akses pentadbir sebagai guru bersama bagi setiap kelas, maka pentadbir dapat menyelia perjalanan, tugasan dan komunikasi setiap kelas di sekolah.

 

Tahukah anda guru boleh menetapkan Google Classroom untuk menghantar laporan terus kepada ibu bapa pelajar. Ini bermakna ibu bapa dapat mengetahui aktiviti kelas anak mereka sepanjang minggu serta laporan tugasan pelajar mengenai tugasan

-Mudah membuat Pop Quiz

Guru boleh membuat kuiz ringkas yang boleh dijawab terus oleh murid.

-Mudah memberi maklumbalas

Setiap tugasan ada ruang maklumbalas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui perkara yang mereka perlu baiki.

-Mudah buat pengumuman

Pada bahagian Class Stream, guru boleh membuat sebarang pengumuman sama seperti News Feed dalam Facebook.

-Mudah dijalinkan dengan aplikasi-aplikasi kuiz popular

 

Aplikasi kuiz seperti Kahoot dan Quizizz mudah dijalinkan bersama dengan Google Classroom. Markah akan terus direkodkan bersama profil murid.

 

CARA-CARA MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM

Untuk mengetahui lebih  lanjut tentang cara-cara menggunakan Google Classroom,  sila tonton video ini :

KESIMPULAN

Diharap Google Classroom dapat membantu murid-murid belajar di rumah dan bersama guru-guru di laman Google Classroom yang banyak manfaat ini.

ARTIKEL LAIN

DAFTAR REGISTER GMAIL UNTUK (TELEFON/WHATSAPP/BANTUAN KERAJAAN/ANAK-ANAK)

Leave a Comment