DUIT SOCSO: TARIKH BAYARAN FAEDAH SOCSO 2023

DUIT SOCSO: TARIKH BAYARAN FAEDAH SOCSO 2023

DUIT SOCSOTARIKH BAYARAN FAEDAH SOCSO 2021

Bilakah tarikh bayaran faedah duit SOCSO bulanan bagi tahun 2023 masuk ke dalam bank? Disini kami akan kongsikan kepada anda tentang tarikh bayaran duit Socso, semoga membantu

 

JADUAL BAYARAN FAEDAH SOCSO TAHUN 2023

Tarikh bayaran duit SOCSO 2023 telah diumumkan seperti berikut:

BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan
Januari17 Januari 2023Selasa22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina
Februari1 Mac 2023Rabu
Mac31 Mac 2023Jumaat
April17 April 2023Isnin22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa
Mei25 Mei 2023Khamis30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
Jun23 Jun 2023Jumaat29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban
Julai1 Ogos 2023Selasa
Ogos1 September 2023Jumaat
September29 September 2023Jumaat
Oktober1 November 2023Rabu
November7 November 2023Selasa12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali
Disember19 Disember 2023Selasa25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas

Nak belajar guna PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE?

 

SOALAN LAZIM (FAQ) FAEDAH SOCSO

Apa itu bayaran faedah SOCSO?

  • Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran duit SOCSO 2022 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
  • Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.
  • Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama SOCSO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Apa Skim Faedah SOCSO?

Untuk makluman, bayaran duit SOCSO adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

  1. Skim Keilatan
    • Seseorang yang layak menerima bayaran duit SOCSO 2023 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
    • Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
  2. Skim Bencana Pekerjaan
    • Kemalangan Semasa Kecemasan
      • Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
    • Penyakit Khidmat
      • Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
      • Contoh Penyakit Khidmat:
        • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
        • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

Semua yang dinyatakan di atas ini layak untuk menerima bayaran duit SOCSO 2023

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut,sila layari portal rasmi PERKESO.

1 thought on “DUIT SOCSO: TARIKH BAYARAN FAEDAH SOCSO 2023”

Leave a Comment