Isi Kandungan
CIMS CIDB LOGIN (Permohonan Renew Green Card / Kad Hijau Online Check)
CIDB Green Card merupakan perkara yang wajib dimiliki oleh sesiapa yang berurusan di tapak perbinaan. Kegagalan mempamerkan kad ini boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kad ini juga merupakan jaminan sekiranya berlaku kemalangan atau musibah di tempat kerja. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan kad hijau CIDB secara online menerusi CIMS, semoga membantu.
APA ITU CIDB GREEN CARD
Kad Hijau CIDB adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB. Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang rasmi dan diterima pakai oleh pihak Industri Pembinaan. Untuk memiliki kad ini seseorang diwajibkan mengikuti kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers) selama sehari.
SYARAT KELAYAKAN CIDB GREEN CARD
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk memiliki kad hijau CIDB ini iaitu:
- Memiliki dokumen pengenalan diri
- Kad Pengenalan Malaysia.
- Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Pas IMM13P.
- Had umur mendaftar sebagai personel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas. Bagi di negeri Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 Tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
- Mempunyai salah satu sijil keselamatan pembinaan seperti:
- Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
- eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
- eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
- Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
- Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
- Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.
TEMPOH SAH PENDAFTARAN CIDB GREEN CARD
Berikut adalah merupakan tempoh sah pendaftaran kad hijau CIDB ini mengikut katagori iaitu:
- Pemegang Kad Pengenalan Malaysia:
- Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
- Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
- Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
- Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
- IMM13P
- Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.
KOS BAYARAN PERMOHONAN CIDB GREEN CARD
Di bawah adalah jadual kos pembayaran yang disediakan oleh CIDB:
CARA DAFTAR CIMS CIDB ONLINE
Berikut adalah merupakan cara untuk daftar CIMS CIDB iaitu::
- Layari pautan CIMS CIDB: cims.cidb.gov.my
- Pada paparan utama klik pada bahagian Daftar Baru
- Seterusnya, klik pada tulisan “Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain”.
- Pilihan pendaftaran terdapat dua (2) pilihan pendaftaran iaitu organisasi atau individu.
- Sekiranya pendaftaran di bawah individu, klik pada bahagian “Individu” dan pilih “Personel Binaan”.
- Kemudian, lengkapkan pendaftaran cidb dengan memasukkan segala maklumat yang dikehendaki dengan betul.
- Akhir sekali, setelah selesai pendaftaran cims login, anda akan diberikan link cims cidb gov my melalui emel dan klik pada pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda
CARA LOG MASUK CIMS CIDB
Kepada pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara untuk anda login CIMS CIDB iaitu::
- Layari pautan CIMS CIDB: cims.cidb.gov.my
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan anda.
- Kemudian, tekan butang log masuk cims
- Selesai, anda telah Berjaya login akaun anda
CARA PERMOHONAN CIDB GREEN CARD
Berikut adalah merupakan cara untuk untuk membuat permohonan CIDB Green Card iaitu::
- Layari pautan CIMS CIDB: cims.cidb.gov.my
- Log masuk meggunakan ID Pengguna dan kata laluan anda.
- Pada menu utama, pilih pada ‘Detail Competency Management’
- Klik pada permohonan kursus
- Kemudian pilih senarai kursus yang tersedia daripada senarai
- Lengkapkan maklumat seperti nama anda, no. kad pengenalan, alamat dan no. telefon
- Seterusnya pemohon perlu membuat pembayaran yuran kursus secara online atau di kaunter CIDB Negeri
- Pemohon yang telah membuat bayaran sahaja dibenarkan untuk hadir ke kursus berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam sistem
- Semakan status permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel beserta nama dan no. kad pengenalan ke [email protected]
Nota: Bayaran hendaklah dilakukan selawat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus dijalankan dan resit bayaran boleh dimuat turun daripada sistem permohonan.
CARA PENGAMBILAN KAD CIDB GREEN CARD
Setelah selesai menjalani kursus yang dijadualkan, berikut adalah cara-cara untuk mengambil kad anda:
- Semak secara online dengan memasukkan no. kad pengenalan pada ‘Cari Direktori Personel Binaan’ sama ada kad anda sudah siap diproses atau belum
- Bawa resit bayaran ke k kaunter CIDB Negeri terdekat untuk mengambil kad anda. (3 hari bekerja selepas permohonan bagi akaun individu, 14 hari bekerja jika didaftarkan melalui akan syarikat)
KADAR HARGA RENEW CIDB GREEN CARD
Di bawah adalah jadual kos pembaharuan yang disediakan oleh CIDB:
CARA RENEW CIDB GREEN CARD
Sekiranya anda ingin membuat pembaharuan secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan https://setiatadbir.my/permohonan-green-card/
- Pada paparan utama klik pada Pembaharuan
- Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia
- Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai , anda boleh melayari pautan rasmi iaitu https://setiatadbir.my/ atau anda boleh menghubungi Setia Urus Services atau di talian hotline 016 568 7189
ARTIKEL BERKAITAN:
- E-VETTING CGSO 2.0: CARA DAFTAR, LOG MASUK DAN PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN
- CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)
Semakan bantuan
bantuan
Belon dapat bayaran gkp
Tidak dapat lagi bayaran gkp
Tidak dapat lagi bayaran Gpk
Check status .tarikh bayaran
👍
SEMAKAN GKP 3.0 PEMERKASA:CHECK STATUS & TARIKH BAYARAN “
Saya dah daftar dan ada rekod di gkp3.0, tapi bila masukkan ic dia kata dah ada rekod …mcm mana nak buat semakan embayaran
SEMAKAN GKP 3.0 PERMERKASA:CHECK STATUS &TARIKH BAYARAN
tiada lagi untuk permohonan baharu,,
Tarikh bayaran gkp 3.0
Semakan GKP 3.0PEMERKASA:CHEK STATUS&TARIKH BAYARAN
Semakan GKP 3.0
Macam mana nak semak status permohonan bantuan GKP bagi Bsn?
tidak dapat lagi GKP
Nama sy veeramani.sy berasal dr Ipoh Perak.soalan sy adalah bagaimanakah cr utk menebus bayaran pemerkasa sy melalui online didalam talipon sy. Sy tlh mencuba log in diportal geran khas prihatin namun sy tdk berjaya.sy perlukan bantuan anda.sekian terima kasih