CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL

CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL

CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWINKENDURIKESYUKURANTAHLIL

 

 

Untuk makluman anda,penggunaan MySejahtera kini diwajibkan untuk semua premis perniagaan seperti yang diumumkan oleh MKN pada 4 Ogos 2020.

Tapi tahukah anda yang MySejahtera juga sangat berguna apabila anda adakan acara seperti majlis kahwin,kenduri,kesyukuran, tahlil, rumah terbukaataupun apa-apa acara keramaian dan ingin merekodkan siapakah tetamu anda bagi memudahkan pengesanan kontak rapat.

Adakah ia berbayar?

Jangan risau, ia percuma dan sangat pantas untuk dilakukan

Nak belajar CARA BUAT QR CODE untuk WEB/LOKASI PEJABAT/MENU RESTORAN/APLIKASI PEMBAYARAN/LAMAN SOSIAL/KAD JEMPUTAN KAHWIN DIGITAL

CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL

Anda boleh pergi ke: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

Gunakan nombor telefon ataupun emel, anda boleh wujudkan akaun yang akan digunakan untuk mentadbir setiap kod QR yang anda telah jana.

Setelah log masuk, anda boleh cari butang “Add Locations” untuk mulakan proses menjana QR. Kod pertama yang anda jana perlukan anda untuk masukkan alamat lokasi tempat kod QR ini akan digunakan.

Bila anda dah masukkan semua maklumat yang diperlukan anda akan diberikan kod QR MySejahtera yang anda perlukan. Kod QR itulah yang boleh anda tampal di pintu-pintu masuk kenduri anda.

Baca juga tentang CARA MENGGUNAKAN APLIKASI MySEJAHTERA

CARA SEMAK/LIHAT LAPORAN CHECK IN PENGUNJUNG APLIKASI MYSEJAHTERA

Andainya anda pemilik kod QR tersebut, anda boleh lihat laporan check-in pengunjung yang telah mengimbas kod anda.

Katakanlah anda ada lebih daripada satu majlis yang berlaku di hari berlainan ataupun di lokasi berlainan, anda boleh tambah kod QR melalui laman web yang sama.

Tapi yang peliknya, untuk setiap QR kedua dan seterusnya, sistem tidak pula meminta alamat untuk lokasi tersebut. Sudah tentu kita tak mahu wujudkan akaun baharu semata-mata untuk jana kod QR yang baru bukan?

Salah satu kekurangan sistem ini selain tak meminta alamat untuk kod QR yang seterusnya adalah tiada fungsi mentadbir lokasi. Lebih bagus kalau ada fungsi untuk menyembunyikan lokasi yang sudah tak digunakan.

Baca tentang CARA BUAT QR CODE MySEJAHTERA PREMIS PERNIAGAAN/PEJABAT/SEKOLAH

4 thoughts on “CARA JANA KOD QR MySEJAHTERA MAJLIS KAHWIN/KENDURI/KESYUKURAN/TAHLIL”

Leave a Comment