JANA NIAGA MARA SHOPEE (CARA PERMOHONAN BAUCAR KEDAI & KREDIT IKLAN RM800)

JANA NIAGA MARA SHOPEE (CARA PERMOHONAN BAUCAR KEDAI & KREDIT IKLAN RM800)

JANA NIAGA MARA SHOPEE (CARA PERMOHONAN BAUCAR KEDAI & KREDIT IKLAN RM800)

 

Kepada usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee melalui Program Jana Niaga MARA Shopee,berikut adalah maklumat tentang program

APA ITU PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE?

Sebuah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian.

Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan.

E-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan ke e-Mall Jana Niaga MARA (https://shopee.com.my/m/jananiaga) untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan.

E-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli.

KELEBIHAN JANANIAGA MARA SHOPEE

Berikut adalah kelebihan menyertai program ini:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai Bernilai RM400.00
  • Kredit Iklan Bernilai RM400.00

SEMAKAN KELAYAKAN SYARAT PERMOHONAN 

Berikut adalah syarat permohonan:

  • Usahawan Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.
  • Usahawan bersetuju syarat – syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN JANA NIAGA MARA SHOPEE

Usahawan yang berminat boleh memohon di link berikut: https://forms.gle/eJZNrBY1t4qmBVtD6 atau scan QR Code di poster iklan di bawah:

JANA NIAGA MARA SHOPEE

TARIKH PERMOHONAN JANANIAGA MARA SHOPEE

Borang permohonan akan dibuka bermula pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JANANIAGA MARA SHOPEE

Tarikh tutup pada 5 Mac 2021 (Jumaat).

YURAN PROGRAM JANANIAGA MARA SHOPEE

Yuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00.

Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat.

Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

Jika anda perlukan  SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP),boleh mohon secara online.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika berminat,boleh hubungi  Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

Mohamad Fahriz – 03-26134324 / 013-8835533

Mohd Yazid – 03-26134328 / 018-2119793

Hazila – 03-26134818 / 019-9174495

Sila rujuk pautan berikut untuk makluman: https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/photos/a.118588701510523/3853462868023069/

Jika perlukan khidmat nasihat bagi tujuan permohonan,sila hubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut,layari portal : https://www.mara.gov.my/

1 thought on “JANA NIAGA MARA SHOPEE (CARA PERMOHONAN BAUCAR KEDAI & KREDIT IKLAN RM800)”

Leave a Comment