CARA KONGSI LKM ( Roadtax Digital ) MyJPJ 2024

CARA KONGSI LKM ( Roadtax Digital ) MyJPJ 2024

CARA KONGSI ROADTAX

Bagaimana jika anda ingin meminjam kenderaan atau kenderaan tersebut dinamakan atas orang lain? Sudah semestinya agak sukar untuk kerana hanya pemilik kenderaan sahaja yang mempunyai roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk kongsi roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ, semoga membantu.

 

APA ITU ROADTAX

Roadtax atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) lebih dikenali dengan istilah cukai jalan adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah

 

MUAT TURUN APLIKASI MyJPJ

Bagi memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi ini di telefon anda melalui pautan di bawah:

 

CARA KONGSI ROADTAX DIGITAL GUNA MyJPJ

Untuk maklumanan anda, pengkongsikan roadtax digital ini boleh dilakukan bagi kenderaan selain motosikal sahaja. Berikut adalah merupakan cara untuk kongsi roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ iaitu:

Pemilik Kenderaan

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon dan log masuk ke dalam akaun anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada bahagian Profil dan pilih pada Lesen Kenderaan Motor
  3. Seterusnya pada bahagian Selain Motosikal, klik pada no pendaftaran kenderaan yang anda ingin kongsikan.
  4. Paparan roadtax digital akan tertera. Scroll ke bawah dan klik pada Kongsi LKM
  5. Pada bahagian Senarai Penerima LKM Digital, klik pada simbol ‘+’
  6. Masukkan maklumat penerima yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
    • No kad pengenalan penerima
    • Tarikh Mula dan Tarikh Akhir (pengkongsian roadtax)
  7. Setelah lengkap klik Hantar
  8. Nama penerima akan tertera. Sahkan, jika betul klik pada YA
  9. Paparan permohonan pengkongsian anda berjaya. Terdapat kod keselamatan yang tertera. Anda perlu berikan kod keselamatan tersebut kepada penerima untuk pengaktifan.

Bukan Pemilik Kenderaan (penerima roadtax digital)

  1. Buka aplikasi MyJPJ di telefon dan log masuk ke dalam akaun anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada bahagian Profil dan pilih pada Lesen Kenderaan Motor
  3. Scroll ke bawah di bahagian LKM Dikongsikan dan klik pada no pendaftaran kenderaan yang dikongsikan tersebut
  4. Masukkan kod pengaktifan yang telah dikongsikan pada ruangan tersedia dan klik Hantar
  5. Selesai, roadtax digital tersebut berjaya dikongsikan dengan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara kongsi LKM (roadtax digital), anda boleh berhubung melalui saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment