CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN (Dokumen & Kos )

CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN (Dokumen & Kos )

CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN (Dokumen & Kos )

Timbul persoalan bagaimakah cara memohon tanah kerajaan Kelantan?

Sebelum anda berbuat demikian, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu, berikut adalah langkah penting :

 

Pertama, anda perlu mengenalpasti tanah yang anda ingin mohon. Status tanah tersebut adalah sangat penting mengelakan sebarang masa timbul. Pastikan jenis tanah tersebut sama ada tanah kerajaan status state land, tidak termasuk dalm rezab hutan atau hutan simpan atau rizab lain atau  telah diluluskan kepada pihak lain.

Setiap warga kelahiran anak kelantan hanya layak memohon 3 ekar sahaja tanah kerajaan di seluruh negeri Kelantan. Maksudnya anda hanya layak memohon 3 ekar sahaja untuk permohonan baru tidak kira dimana lokasi tanah anda memohon.

Contohnya, sekiranya anda telah memohon 3 ekar di Tanah Merah,anda tidak boleh lagi memohon tanah lain di tempat lain sebab anda telah mencapai had permohonan iaitu 3 ekar sahaja.

 

Kedua, anda perlu mendapatkan bantuan juru ukur daripada SO pejabat tanah atau juru ukur luar.Perkara ini sangat penting untuk menentukan dengan jelas sempadan milik tanah di sekeliling tanah , keluasan tanah juga akan diketahui melalui kerja-kerja ukur ini. Selain itu, yang paling penting anda mahu mendapatkan pelan kasar tanah anda untuk tujuan permohonan tanah nanti.

 

Ketiga, anda perlu mengisi Borang Jadual 1 yang boleh dibeli di pejabat tanah daerah anda, dalam borang ini anda perlu mengisi maklumat peribadi, butiran tentang tanah, perlukan salinan dokumen seperti salinan kad pengenalan.

Selepas melengkapkan borang dan dokumen, anda perlu mendapatkan sokongan daripada  penghulu mukim  kawasan anda. Kebiasanya penghulu akan bertanya serba sedikit tentang tanah dan kedudukan tanah  hanya untuk pengetahuannya sahaja.

Selepas mendapat sokongan daripada penghulu mukim, anda perlu mendapat sokongan daripada wakil rakyat atau penyelia DUN.

Borang tadi perlu diserahkan kepada pejabat tanah untuk membuka fail permohonan tanah kerajaan. Disini akan ada diminta bayaran untuk pelan tanah dan bayaran pendahaluan berdasarkan keluasan tanah, jenis tanaman yang terdapat dalam tanah yang dipohon.

Setelah selesai urusan ini, anda akan diberikan resit pembayaran dan anda perlu menyimpan resit itu dan kenalpasti nombor rujukan permohonan anda untuk tujuan semakan.

Anda perlu menunggu pihak pejabat memproses permohonan anda, biasanya juru ukur daripada pejabat tanah akan menghubungi anda untuk datang melihat dan menyiasat tanah yang dipohon untuk mereka membuat laporan.

Selepas laporan dibuat, fail permohonan anda akan diangkat kepada jawatankuasa hal ehwal tanah jajahan untuk perakuan dan seterusnya diangkat kepada exco untuk kelulusan.

 

BAGAIMANA DENGAN JUMLAH BAYARAN ?

 

Bagi memiliki tanah kerajaan anda dikehendaki membayar premium tanah. Bagi lot getah dan kelapa sawit ialah RM1820. Manakala lot dusun dan kelapa RM1092. Padi pula RM182.

Untuk lebih jelas, berikut adalah jenis premium yang perlu dibayar untuk mendapatkan tanah kerajaan:
a) Biasanya sebanyak 30% daripada nilai pasaran semasa tanah yang dimohon. Ini dirujuk daripada Pekeliling PTG 7/2015.
b) Premium denda juga dikenakan berdasarkan Pekeliling PTG 5/1999
1. 50% premium asas bagi rentahan kurang daripada 5 tahun

  1. 100% premium asas bagi rentahan kurang daripada 10 tahun
    3. 150% premium asas bagi rentahan kurang daripada 15 tahun
  2. c) Premium tambahan sebanyak 25% daripada nilai semasa mungkin dikenakan jika tanah tersebut mempunyai hasil. Pekeliling

Info lebih lanjut tentang urusan tanah di Kelantan: https://ptg.kelantan.gov.my/

BAGAIMANA DENGAN TEMPOH MASA ?

Antara aspek penting dalam proses permohonan tanah kerajaan negeri Kelantan adalah tempoh masa untuk semua proses yang diterangkan di atas. Anda perlu faham, proses permohonan tanah kerajaan mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pihak pejabat menguruskan permohonan. Mungkin mengambil masa 2 tahun hingga ke 5 tahun untuk selesai dan mendapat geran tanah.

Namun ada beberapa cara untuk memastikan permohonan anda lancar dan diproses dengan cepat. Berikut adalah cara untuk memastikan permohonan anda diproses mengikut masa yang ditetapkan :
1. Pastikan urusan mengisi borang permohonan lengkap dan segala dokumen yang diperlukan disediakan dengan sempurna.

2.Sentiasa menghubungi juru ukur yang memproses fail anda. Hal ini bagi memastikan mereka datang secepat mungkin untuk membuat laporan tanah bagi diangkat kepada jawatankuasa hal ehwal tanah jajahan.

3. Pastikan anda sentiasa peka kepada surat dan mesej yang dihantar kepada anda daripada Pejabat Tanah Jajahan. Hal ini kerana pihak pejabat akan menghubungi anda untuk sebarang urusan seperti menghadiri mesyuarat kepada jawatankuasa hal ehwal tanah jajahan.

4. Sediakan wang yang mencukupi untuk proses permohonan tanah. Lebih baik anda mengikut panduan jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan iaitu premium supaya anda lebih bersedia untuk menjelaskan bayaran supaya proses permohonan berjalan lancar dan cepat.

5. Bagi yang bekerja sebagai kakitangan awam negeri dan kakitangan awam. Anda perlu mengisi borang lampiran G untuk meminta izin dan memberi tahu kepada majikan anda tentang maklumat permohonan tanah kerajaan yang anda sedang urus. Proses ini mengambil masa 3-4 bulan untuk mendapat maklum balas daripada jabatan anda.

Panduan Mengisi Lampiran G  : https://kekandamemey.com/panduan-mengisi-lampiran-g.html

4 thoughts on “CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN (Dokumen & Kos )”

  1. Saya adalah Rakyat kelantan dan merupakan anak jati kelantan,mohon sumbangan dari kerajaan negeri kelantan untuk memohon tanah rezab negeri kelantan,kerana saya tidak pernah memiliki apa-apa jenis tanah milikan sendiri untuk membina rumah untuk menjadikan tempat tinggal saya di kelantan bersama keluarga saya.Mohon jasa baik kerajaan negeri serambi mekah untuk mempertimbangkan permintaan saya.

    Balas
  2. Saya adalah tentera dan akan menamatkan perkhidmatan dlm masa terdekat. Saya ingin memohon tanah kerajaan negeri kelantan bagi tujuan membuat rumah dan sumber mencari rezeki, berminat untuk menanam sawit dan menternak. Ada sesiapa yg boleh bantu sy tak

    Balas
  3. Saya lahir di negeri kelantan.. tetapi saya sudah lama tggal dinegeri2 lain.. maknakata saya hnya dilahirkan sahaja di kelantan.. membesar dinegeri lain.. adakah saya layak untuk mendapatkan tanah lot di negeri kelantan itu?

    Balas

Leave a Comment