PANDUAN MENGISI LAMPIRAN G (Permohonan Tanah Kerajaan & Saham)

PANDUAN MENGISI LAMPIRAN G (Permohonan Tanah Kerajaan & Saham)

PANDUAN MENGISI LAMPIRAN G (Permohonan Tanah Kerajaan & Saham)

Ramai kakitangan awam yang tidak pernah mengisi Lampiran G. Disini akan memberi panduan kepada anda untuk mengisi lampiran G. Panduan mengisi Lampiran G ini akan memudahkan urusan anda memohon tanah kerajaan atau untuk memiliki saham.

Baca tentang : https://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp02/bil03/pekeliling-bil3-2002.pdf

 

KENAPA PERLU MENGISI LAMPIRAN G?

 

BERIKUT ADALAH CARA MENGISI LAMPIRAN G

  • Muat turun lampiran G terlebih dahulu. Baca dengan teliti sebelum mengisi
  • Dapatkan semua maklumat dan butiran yang perlu di isi untuk memudahkan anda melengkapkan lampiran G
  • Memberi penjelasan kepada ketua jabatan tentang permohonan anda. Tunjukan surat rujukan daripada Pejabat Tanah yang memberi arahan kepada anda untuk mengisi lampiran G.
  • Sertakan dokumen yang dikehendaki untuk dihantar bersama lampiran G. Dokumen lain adalah pengistiharan harta, surat daripada pejabat tanah untuk yang memohon tanah kerajaan dan borang akuan perkhidmatan oleh ketua jabatan anda.
  • Pastikan kepada siapa anda hendak hantar lampiran G,biasanya kepada pejabat setiausaha negeri untuk penjawat awam negeri,bagi penjawat awam pusat pula, anda dihendaki menghantar kepada setiusaha kementerian anda bekerja.
  • Tunggu maklum balas surat daripda setiausaha negeri/ kementerian, biasanya mengambil masa 3 bulan.

Bagi surat maklum balas tersebut kepada pihak yang meminta anda mengisi lampiran G seperti Pejabat Tanah jika anda memohon tanah kerajaan.

 

KETERANGAN TENTANG LAMPIRAN G

Terdapat beberapa perkara yang perlu disini dalam lampiran G :

  • Keterangan Mengenai Pegawai
  • Keterangan Mengenai Keluarga
  • Pendapatan Bulanan
  • Tanggunan /Ansuran Bulanan Atas Hutang/Pinjaman
  • Butiran Tentang Tanah Diberi Milik Oleh Kerajaan
  • Butiran Tanah Atau Saham Yang Dipohon
  • Pengakuan Pengawai
  • Ulasan Ketua Jabatan

Perkara yang paling penting adalah kepada siapa anda hendak menghantar lampiran G ini ? Untuk elakan berlaku kesilapan dan membuang masa anda. Anda cuba tanya dan rujuk jabatan anda sendiri.

Bergantung kepada kementerian mana anda bertugas. Contohnya anda seorang guru, anda perlu menghantar lampiran G ini kepada Bahagian Intergriti Jabatan Pendidikan Negeri anda. Pihak mereka akan panjangkan surat anda kepada Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Berdasarkan penjelasan dan panduan mengisi Lampiran G, diharap dapat membantu anda untuk menyelesaikan urusan anda untuk memohon tanah kerajaan atau memiliki saham.

3 thoughts on “PANDUAN MENGISI LAMPIRAN G (Permohonan Tanah Kerajaan & Saham)”

  1. Saya nak tanya, pada lampiran G ruangan isian no 9. Iaitu (keputusan setiausaha kementerian/ketua setiausaha negeri ) siapa yang perlu tanda tangan disini

    Balas

Leave a Comment