CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT OKU

CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT OKU

CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT  OKU

Untuk pengetahuan anda, untuk menggunakan stiker OKU,anda perlu membuat permohonan dan perlu memenuhi syarat untuk membuat permohonan.

 

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN STIKER OKU

  • Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar, waris atau wakil pertubuhan/persatuan.
  • Permohonan pelekat kenderaan kepada OKU fizikal yang berkerusi roda, memandu dan memiliki kenderaan yang dimodifikasi sahaja.
  • Kenderaan didaftarkan atas nama OKU berkenaan yang memiliki Kad OKU dengan nombor rujukan bermula dengan ‘PH’ (OKU dengan kurang upaya fizikal) atau ‘CA’ (Nombor rujukan Kad OKU lama yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak) atau;
  • Kenderaan telah didaftarkan di bawah kod kegunaan IA (Kenderaan Orang Cacat) atau;
  • Kenderaan milikan persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar/mendapat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT  OKU

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan :

Permohonan oleh pemilik berdaftar kenderaan

  • 1 Borang JPJK17
  • Identiti Pengenalan Diri asal
  • Kad Pendaftaran OKU asal, atau salinan jika permohonan dibuat oleh waris / wakil.

Permohonan oleh  waris

  • 1 Borang JPJK17
  • Identiti Pengenalan Diri asal waris
  • Salinan Kad Pendaftaran OKU
  • Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Permohonan oleh wakil pertubuhan/persatuan OKU

  • 1 Borang JPJK17
  • Identiti Pengenalan Diri asal wakil
  • Surat pengesahan bagi persatuan/pertubuhan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PELEKAT UNTUK KENDERAAN OKU

Muat turun disini

 

CARA PAMER PELEKAT OKU

Pelekat OKU hendaklah dipamerkan dengan jelas pada kedudukan yang tidak terlindung dihadapan dan belakang kenderaan. Kedudukan bagi mempamerkan  pelekat OKU adalah berbeza mengikut jenis kenderaan

 

SENARAI PEMANDU YANG DIBENARKAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PETAK PARKIR KHAS OKU

Jika pemandu OKU itu boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut, maka dia boleh menggunakan kemudahan petak parkir khas OKU.

  1. Kad OKU (JKM).
  2. Lesen memandu OKU (JPJ).
  3. Kenderaan berdaftar untuk kegunaan OKU (JPJ).
  4. Pelekat OKU dipamerkan pada kenderaan (JPJ).

Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen tersebut sewaktu menggunakan petak parkir OKU pula boleh dikenakan kompaun.

Kuasa pengeluaran kompaun bagi penyalahgunaan petak parkir khas OKU pula adalah terletak di bawah bidang kuasa penguasa setempat, iaitu; Majlis Perbandaran/Bandaraya atau pemilik kawasan jika ia adalah parkir persendirian. Bukan bidang kuasa JPJ.

Baca tentang  PENDAFTARAN,RAYUAN & BORANG PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA OKU

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jabatan Pengangkutan Jalan Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussien, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 WP Putrajaya

+60 3 8000 8000 (Umum)

+60 3 8881 0194 (Faks)

4 thoughts on “CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT OKU”

  1. salam
    kpd en shah & en rizuan

    pertama skli, sy bukanlah staf jkm
    sy cuma share cara mohon bantuan spt yg en minta di atas.

    pertamanya, kne miliki kad oku yg sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
    sekiranya dah miliki, en cuba cari kat google di page JKM. tentang tawaran bantuan yg ada.
    sekiranya tiada, bleh walk-in. yup, mmg nmpk/dengar menyusahkan. tp, ni r cara mohon bantuan.

    en mohon kat sini, sini hny blogger personal. Pihak JKM x nmpk…

    apa pun, saya doa agar segala urusan en berdua dipermudahkanNya

    Balas
  2. Saya bingung, sekarang sticker OKU dikeluarkan oleh JPJ atau Majlis Perbandaran?
    Saya perlu pergi pejabat JPJ atau Majlis Perbandaran?
    Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment