KAD BANK HILANG:CARA BUAT KAD BARU (MAYBANK/CIMB/PUBLIC BANK/BSN/BANK ISLAM/BANK RAKYAT/AGRO BANK)

KAD BANK HILANG:CARA BUAT KAD BARU (MAYBANK/CIMB/PUBLIC BANK/BSN/BANK ISLAM/BANK RAKYAT/AGRO BANK)

KAD BANK HILANG

Kad bank adalah amat penting pada sesorang. Ini adalah kerana kad debit/credit boleh digunakan untuk mengambil atau mengeluarkan wang tunai pada simpanan Anda pada bila-bila masa dan boleh gunakan di mesin ATM mana pun.

Sekiranya kad bank hilang, apa yang perlu dilakukan? Bagaimana cara untuk membuat kad bank baru? Baca artikel ini, di sini kami tunjukan cara buat kad bank baru.

 

APAKAH KAD BANK?

 Tanpa masuk ke segi kewangan, ia boleh dikatakan agak mudah – ini adalah kunci kepada akaun bank dengan mana anda boleh melakukan operasi yang dinyatakan dalam kontrak (menarik balik dan mendepositkan dana, membayar bil, dll.).

Perlu diperhatikan bahawa ramai orang berfikir bahawa sekeping plastik ini adalah milik orang yang memiliki akaun tersebut. Ini adalah kesilapan, kerana pemilik sebenar kad plastik adalah bank penerbitnya. Orang yang menjadi pemilik akaun kad hanya pemegang kad.

 

CARA BUAT KAD BARU MAYBANK

Cara buat kad bank baru Maybank adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan Maybank yang terdekat dengan anda
  2. Sebelum anda ke lokasi Maybank anda, pastikan anda telah membawa dokumen dan keperluan yang penting seperti kad pengenalan anda.
  3. Berjumpa dengan pegawai Maybank dan minta untuk mendapatkan kad ATM baru.
  4. Jelaskan sebab kehilangan kad anda.
  5. Soalan keselamatan akan ditanya kepada anda seperti nama ibu anda dan tarikh lahir anda sebagai tujuan verifikasi bahawa anda adalah pemilik kad Maybank yang hilang itu.
  6. Kad baharu akan diberikan kepada anda anda.

 

CARA BUAT KAD BARU CIMB BANK

 Cara buat kad bank baru CIMB Bank adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan CIMB Bank berdekatan untuk memohon kad ATM debit/kredit baru.
  2. Dokumen yang perlu Anda bawa iaitu kad pengenalan sah dan buku bank Cimb sahaja.
  3. Selepas itu, pegawai bank akan melakukan pengesahan data seperti bertanya nama ibu kandung dan tarikh lahir Anda untuk memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  4. Untuk makluman, kad Cimb gantian boleh diperolehi dari mana-mana cawangan berhampiran.

 

CARA BUAT KAD BARU PUBLIC BANK

 Cara buat kad bank baru Public  Bank adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan Public Bank berdekatan anda.
  2. Dokumen yang perlu Anda bawa iaitu kad pengenalan sah dan buku bank sahaja.
  3. Selepas itu, pegawai bank akan melakukan pengesahan data seperti bertanya nama ibu kandung dan tarikh lahir Anda untuk memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  4. Untuk makluman, kad baru Public Bankboleh diperolehi dari mana-mana cawangan berhampiran.

 

CARA BUAT KAD BARU BSN

 Cara buat kad bank baru BSN adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan BSN berdekatan anda.
  2. Dokumen yang perlu Anda bawa iaitu kad pengenalan sah dan buku bank sahaja.
  3. Selepas itu, pegawai bank akan melakukan pengesahan bertanyan beberapa soalan memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  4. Untuk makluman, kad baru BSN boleh diperolehi dari mana-mana cawangan berhampiran.

 

CARA BUAT KAD BARU BANK ISLAM

 ara buat kad bank baru Bank Islam adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan Bank Islam berdekatan anda.
  2. Dokumen yang perlu Anda bawa iaitu kad pengenalan sah dan buku bank sahaja.
  3. Selanjutnya, pegawai bank akan melakukan pengesahan bertanyan beberapa soalan memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  4. Anda akan diminta untuk mengisi borang penggantian kad ATM baru, di mana Anda mesti menandatangani diatas duti setem. Bank menyediakan duti setem di mana kosnya juga akan digabungkan dengan kos gantian kad baru.
  5. Anda akan diminta membuat PIN dengan nombor input 6 digit pada mesin EDC oleh pegawai bank.
  6. Kad baharu akan diberikan kepada anda anda.

 

CARA BUAT KAD BARU BANK RAKYAT

 Cara mohon kad  baru bank Rakyat, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Pergi cawangan bank Rakyat yang berdekatan anda.
  2. Ambil nombor giliran. Pastikan Anda mengambil nombor giliran perkhidmatan pelanggan, bukan perkhidmatan Teller.
  3. Selepas nama Anda dipanggil oleh perkhidmatan pelanggan, beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa Anda ingin buat kad ATM baru kerana kad ATM lama Anda telah hilang.
  4. Anda akan diminta sejumlah wang untuk biaya gantian kad ATM baru. Caj pembuatan kad baru RM12.00 dan duti setem.
  5. Proses terakhir adalah pembuatan PIN kad bank Rakyat.
  6. Kad baharu akan diberikan kepada anda anda.

Macam mana nak AKTIFKAN SEMULA AKAUN BANK

 

CARA BUAT KAD BARU AGRO BANK

Cara buat kad bank baru Agro Bank adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan Agro Bank berdekatan anda.
  2. Dokumen yang perlu Anda bawa iaitu kad pengenalan sah dan buku bank sahaja.
  3. Pegawai bank akan melakukan pengesahan bertanyan beberapa soalan memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  4. Isikan borang permohonan kad baru.
  5. Kad baharu akan diberikan kepada anda dan dikehendaki membuat no PIN.

 

SOALAN LAZIM

 

Apa yang perlu saya lakukan jika kad saya hilang atau dicuri?

Anda hendaklah memaklumkan Pusat khidmat Bank anda di talian dengan segera setelah mendapati bahawa kad anda hilang atau dicuri dan ikuti dengan pengesahan bertulis bersama-sama dengan salinan laporan polis anda kepada mereka.

 

Adakah dikenakan bayaran sekiranya membuat kad baru?

Ya, ada bayaran yang akan dikenakan. Harga bayaran bergantung pada bank anda.

 

Sekiranya kad hilang, perlukah membuat laporan polis?

Setelah hubungi customer service bank anda, kebiasaannya kita dah boleh tahu langkah seterusnya yang kita perlu ambil. Tapi kalau kehilangan kad bank tu disebabkan ragut, segeralah ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kejadian.

 

 

2 thoughts on “KAD BANK HILANG:CARA BUAT KAD BARU (MAYBANK/CIMB/PUBLIC BANK/BSN/BANK ISLAM/BANK RAKYAT/AGRO BANK)”

Leave a Comment