CARA POS BARANG POS LAJU: CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)

CARA POS BARANG POS LAJU: CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)

CARA POS BARANG POS LAJU CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)

 

Pembelian online semakin menggalakan di zaman serba canggih ini. Kita sebagai pengguna mesti untuk memilih perkhidmatan penghantaran yang paling pantas dan juga harga yang berbaloi.

 

Di sini kami kongsikan cara pos barang dan check harga barang menggunakan perkhidmatan perkhidmatan Pos Laju, semoga membantu.

 

APAKAH ITU POS LAJU

 

Pos Laju merupakan salah satu perkhidmatan di bawah pengendalian Pos Malaysia. Ia merupakan perkhidmatan penghantaran utama di Malaysia. Servis mereka menghubungkan lebih daripada 80% kawasan di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Mereka pegang konsep “Next Day Delivery” atau kata lain, hantar barang hari ini, esok barang akan tiba di tempat kiriman anda. Dengan harga pos laju yang amat berpatutan.

 

CARA POS BARANG POS LAJU

 

Pastikan anda kenal pasti cawangan lokasi pejabat Pos Laju yang terdekat dengan anda. Ikuti cara pos barang menggunakan Pos Laju:

  1. Buka Aplikasi Pos Malaysia atau Layari pautan https://www.pos.com.my/
  2. Akan dipaparkan nama cawangan Poslaju yang sudah pakai system e-connote ini., klik kan pada cawangan yang berhampiran dengan anda
  3. Isikan maklumat anda sebagai pengirim (sender). Tick sahaja ‘Remember Details’ supaya anda tak perlu lagi key-in alamat selepas-selepas ini.
  4. Masukkan maklumat penerima (receiver) pula. Pastikan semua maklumat seperti poskod, alamat dan no telefon adalah tepat
  5. Pada bahagian Parcel Info pula. Buat maklumat berkaitan barangan atau item atau parcel yang anda hantar tersebut. Timbang terlebih dahulu berat barang atau letak anggaran. Nanti akan tertera harga yang perlu dibayar di kaunter nanti.
  6. Sistem akan paparkan semua maklumat yang anda telah key-in sebelum ini. Pastikan anda semak semula. Jika semua dah betul, klik Generate
  7. Akhir sekali, sistem akan keluarkan reference number dan Kod QR untuk parcel anda tersebut. Akhirnya klik Save to My Parcel. Selesai bahagian pengisian online
  8. Pergi ke cawangan Poslaju terdekat dan pergi ke kaunter dan cari mesin berwarna hitam untuk print e-connote.
  9. Buka aplikasi Pos Malaysia kemudian pergi My Parcel, klik pada lambang PRINT, kemudian akan keluar QR Code dan imbas atau scan Kod QR pada mesin tersebut.
  10. Inilah hasilnya e-connote anda tersebut. Tampal e-connote tersebut pada barangan anda dan bayar di kaunter Poslaju seperti biasa,. Selesai!

 

SEMAK HARGA POSTAGE POS LAJU MENGIKUT BERAT

 

Sebelum anda ingin membuat sesuatu penghantaran, anda mesti ingin menyemak harganya kan. Ikuti langkah cara menyemak harga postage:

  1. Layari pautan: https://sendparcel.poslaju.com.my/open/home
  2. Masukkan maklumat berikut:
    • From – Negara / Poskod / State
    • To – Negara / Poskod / State
    • Weight – masukkan anggararan berat barangan
  3. Kemudian tekan “Qoute”
  4. Selesai, paparan harga postage barangan akan dipaparkan.

 

 

SOALAN LAZIM

 

Cara pos dokumen guna pos laju?

Pergi ke kaunter untuk minta sampul pos Express. Jangan masuk dokumen, lebih berat daripada yang dibenarkan. Masuk dalam kota kuning. Simpan tracking number

 

Bagaimana anda menggunakan e-Connote Poslaju?

Itu bermakna yang harus anda lakukan hanyalah menyimpan maklumat yang tersimpan dalam aplikasi, berjalan ke kaunter Pos Laju dan mula mencetak dengan memilih “Imbas & Cetak”. Sebaik sahaja anda menyerahkan bungkusan anda di kaunter, anda dapat Mengesan & Mengesan penghantaran anda dan menerima pemberitahuan mengenai keberadaannya di mana sahaja

 

Apakah e-Connote Poslaju?

Dengan e-Connote Poslaju, anda dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kemungkinan kesalahan ejaan ketika datang ke alamat tulisan tangan. Aplikasi yang sama juga membolehkan anda mengesan dan mengesan bungkusan anda dan anda boleh diberitahu ketika barang dihantar. Perhatikan bahawa ciri e-Connote Poslaju hanya tersedia di cawangan Pos Malaysia yang terpilih

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut secara terperinci tentang e-Connote Poslaju, atau rujuk ke:

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SMART ORDER J&T(Cara Guna Untuk Pos Barang)

CARA POS BARANG J&T EXPRESS:CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)

E-CONNOTE POSLAJU:CARA ISI BORANG POSLAJU ONLINE(e-Konsainan)

Tags: #CARA POS BARANG POS LAJU #SEMAK HARGA POSTAGE POS LAJU MENGIKUT BERAT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA POS BARANG POS LAJU: CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (shipping rates)"