E-CONNOTE POSLAJU:CARA ISI BORANG POSLAJU ONLINE(e-Konsainan)

E-CONNOTE POSLAJU:CARA ISI BORANG POSLAJU ONLINE(e-Konsainan)

E-CONNOTE POSLAJU

Kebiasaan sebelum ini, jika anda ingin pos barang atau hantar barang menggunakan Poslaju, anda diberi borang consigment atau slip poslaju. Jadi anda perlu tulis sendiri nama pengirim dan penerima di borang tersebut. Kalau banyak barang, banyaklah borang yang perlu ditulis secara manual kan. Terkini Pos Malaysia melalui Poslaju telah menyediakan kaedah baru iaitu dengna cara print sahaja slip poslaju tersebut dan anda hanya perlu daftar maklumat penerima dan pengirim melalui online sahaja iaitu melalui aplikasi pos malaysia. Disini kami akan kongsikan cara isi borang PosLaju online menggunakan app e-connote.

 

APA ITU E-CONNOTE POSLAJU

Pos laju telah mencipta satu aplikasi pada 17 Ogos 2020 dan aplikasi ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan memudahkan penghantaran. Pelanggan yang menggunakan Pos laju boleh membuat e-Nota Konsainan (e-connote) melalui Mobile App kemudian print di kaunter Pos Laju. Anda boleh memuat turun di Google Play store atau Apple store dan melalui aplikasi ini, penghantaran akan menjadi lebih mudah dan efisien.

Berikut ialah kemudahan yang pengguna boleh dapat dengan menggunakan aplikasi ini iaitu pengguna boleh mencetak 20 nota konsainen sekali gus, jimat masa kerana tidak perlu dibuat secara manual atau tulis tangan, pengguna juga boleh simpan alamat pelanggan di dalam aplikasi dan akhir sekali pengguna boleh menjejak dan kesan bungkusan pos.

 

MUAT TURUN APLIKASI POS MALAYSIA

Untuk memuat turun aplikasi ini, anda boleh mendapatkannya seperti di bawah:

 

CARA ISI BORANG E-CONNOTE POSLAJU

Setelah anda memuat turun aplikasi, berikut adalah cara mengisi borang e-connote untuk hantar barang Poslaju:

  1. Buka aplikasi Pos Malaysia dan klik New Consignment.
  2. Akan dipaparkan nama cawangan Poslaju yang sudah pakai system e-connote ini., klik kan pada cawangan yang berhampiran dengan anda
  3. Isikan maklumat anda sebagai pengirim (sender). Tick sahaja ‘Remember Details’ supaya anda tak perlu lagi key-in alamat selepas-selepas ini.
  4. Masukkan maklumat penerima (receiver) pula. Pastikan semua maklumat seperti poskod, alamat dan no telefon adalah tepat
  5. Pada bahagian Parcel Info pula. Buat maklumat berkaitan barangan atau item atau parcel yang anda hantar tersebut. Timbang terlebih dahulu berat barang atau letak anggaran. Nanti akan tertera harga yang perlu dibayar di kaunter nanti.
  6. Sistem akan paparkan semua maklumat yang anda telah key-in sebelum ini. Pastikan anda semak semula. Jika semua dah betul, klik Generate
  7. Akhir sekali, sistem akan keluarkan reference number dan Kod QR untuk parcel anda tersebut. Akhirnya klik Save to My Parcel. Selesai bahagian pengisian online

 

CARA PRINT BORANG E-CONNOTE POSLAJU

 Setelah anda telah mengisi borang e-connote pos laju online seperti di atas, anda boleh print borang ini di cawangan pos laju yang anda pilih tadi. Caranya seperti berikut:

  1. Pergi ke cawangan Poslaju terdekat dan pergi ke kaunter dan cari mesin berwarna hitam untuk print econnote.
  2. Buka aplikasi Pos Malaysia kemudian pergi My Parcel, klik pada lambang PRINT, kemudian akan keluar QR Code dan imbas atau scan Kod QR pada mesin tersebut.
  3. Inilah hasilnya e-connote anda tersebut. Tampal econnote tersebut pada barangan anda dan bayar di kaunter Poslaju seperti biasa,. Selesai!

 

SOALAN LAZIM (FAQ) E-CONNOTE POSLAJU

Bagaimana anda menggunakan e-Connote Poslaju?

  • Itu bermakna yang harus anda lakukan hanyalah menyimpan maklumat yang tersimpan dalam aplikasi, berjalan ke kaunter Pos Laju dan mula mencetak dengan memilih “Imbas & Cetak”. Sebaik sahaja anda menyerahkan bungkusan anda di kaunter, anda dapat Mengesan & Mengesan penghantaran anda dan menerima pemberitahuan mengenai keberadaannya di mana sahaja

Apakah e-Connote Poslaju?

  • Dengan eConnote Poslaju, anda dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kemungkinan kesalahan ejaan ketika datang ke alamat tulisan tangan. Aplikasi yang sama juga membolehkan anda mengesan dan mengesan bungkusan anda dan anda boleh diberitahu ketika barang dihantar. Perhatikan bahawa ciri eConnote Poslaju hanya tersedia di cawangan Pos Malaysia yang terpilih

Pernah guna SHOPEE EXPRESS?

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut secara terperinci tentang e-ConnotePoslaju, atau rujuk ke:

Leave a Comment