SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1 / TINGKATAN 4 SESI 2024/2025 (Check Lokasi)

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1 / TINGKATAN 4 SESI 2024/2025 (Check Lokasi)

CHECK PKSK 2021SEMAK LOKASI PUSAT UJIAN TINGKATAN 1 & 4

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengunakan PKSK  bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Untuk membuat semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, disini kami kongsikan cara check lokasi, semoga membantu

 

APA ITU PSKK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Dimulakan pada tahun 2020, kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA serta sekolah-sekolah khusus yang lain untuk tahun 2022 akan disaring terlebih dahulu. Semua pemohon dikehendaki menjalani ujian secara online yang dipadankan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PSKK) adalah satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus seperti:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM BUAT PERMOHONAN?

  • Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
  • Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
  • Rujuk PKSK ONLINE untuk tengok tutorial permohonan.

 

TARIKH PENTING PKSK SESI 2024/2025

PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.

 

TARIKH SEMAKAN PUSAT PKSK SESI 2024/2025

Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan pusat pentaksiran sesi 2024/2025 seperti berikut:

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.

 

CHECK LOKASI PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1

Untuk semakan pusat PSKK bagi Tingkatan 1 boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my

 

CHECK LOKASI PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 4

Untuk semakan pusat PSKK bagi Tingkatan 4 boleh dibuat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

 

FORMAT UJIAN PKSK

Ujian PKSK akan menggunakan format berikut:

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Wajaran Skor20%70%10%

 

PERLAKSANAAN UJIAN PKSK

Pelaksanaan PKSK dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1
    • Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit
  • Fasa 2
    • Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

 

TARIKH KEPUTUSAN PSKK

Keputusan PSKK untuk pemilihan murid akan diumumkan pada akan dikemaskini kemudian

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

  • Laman web rasmi https://www.moe.gov.my/
  • Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia d
  • Twitter KPM

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

1 thought on “SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1 / TINGKATAN 4 SESI 2024/2025 (Check Lokasi)”

Leave a Comment