PKSK ONLINE (PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 1 & 4)

PKSK ONLINE (PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 1 & 4)

PKSK ONLINEPERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN 1 & 4

Jika anda berminat untuk menyambung pelajar ke Sekolah Khusus(Sekolah Berasrama Penuh,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,Sekolah Menengah Teknik,Kolej Vokasional,Maktab Tentera Diraja) pada tahun 2023 untuk tingkatan 1 & 4,anda membuat permohonan PKSK online. Bagaimanakah cara mohon PKSK online? Anda boleh membuat permohonan PKSK online melalui portal PKSK online seperti berikut;

  • PKSK Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
  • PKSK Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

 

Tarikh Penting PKSK Sesi 2024/2025

PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.

 

Bilakah tarikh permohonan PKSK online?

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Murid Tingkatan 1 dan 4/Tahun 1 SVM Tahun 2024/2025 mulai 01 Ogos – 17 September 2023.

Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan eseisekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Rujuk CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK

Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

 

Cara Permohonan Permohonan PKSK Tingkatan 1 & 4 (Tutorial)

Berikut adalah cara buat permohonan PKSK:

1.Pastikan nama anda terdapat dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk layak memohon.Maksudnya segala data APDM diambil kira dalam permohonan PKSK.

2.Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4

3.Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

4.Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:

i. membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my pada (tarikh akan dimaklumkan)

ii. mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK

iii. membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK

iv.membawa peralatan tulis

v. memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK

vi.Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19

vii. Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

viii. Amalkan penjarakan fizik

 

Soalan Lazim PKSK

Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?

  • Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

  • Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat diri dalam APDM melalui sekolah masing-masing.

 

Leave a Comment