Permohonan Sekolah Sukan Malaysia SSM 2024

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia SSM 2024

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia SSM 2024

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) untuk sesi Januari dan Julai 2024 kini dibuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan SSM untuk mengumpulkan pelajar berpotensi menjadi atlet negara. SSM bertujuan memastikan bakat cemerlang dalam sukan dan akademik ditingkatkan di bawah bimbingan jurulatih dan guru terpilih. Meskipun konsep SSM serupa dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari segi pengurusan dan pentadbiran, ia dilengkapi dengan kemudahan sukan dan akademik.

SSM bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran atlet-pelajar dalam bidang sukan tanpa mengabaikan pencapaian akademik. Terdapat lebih 25 jenis sukan yang dilatih, dan infrastruktur yang disediakan membolehkan pelajar berlatih untuk menjadi atlet di peringkat dunia. Pandelela Rinong dan Bryan Nickson Lomas, atlet terjun negara, adalah antara produk berjaya SSM yang mencapai kejayaan di peringkat dunia.

Tarikh Permohonan Sekolah Sukan Malaysia SSM 2024

Tarikh Permohonan: Berdasarkan Portal SPASSM, tarikh permohonan kemasukan ke SSM adalah seperti berikut:

  • Sesi Januari: (Tarikh buka 1 Oktober 2023 Tarikh tutup 6 November 2023)
  • Sesi Julai: (Tarikh buka 15 April 2022 Tarikh tutup 15 Mei 2022)

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia SSM 2024

Permohonan ke SSM hanya boleh dilakukan oleh pihak yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), dan Sekolah Sukan Negeri (SSN). Permohonan Ambilan Julai dilaksanakan untuk:

  1. Menggantikan atlet murid yang berpindah atas sebab tertentu.
  2. Mencari bakat baru.

Pencalon boleh mencalonkan pelajar melalui sistem aplikasi yang disediakan oleh KPM.

Syarat Permohonan Sekolah Sukan Malaysia SSM 2024

Syarat Kelayakan: Syarat-syarat permohonan kemasukan ke SSM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search/ Talent Scouting).
  3. Bersetuju menerima tawaran SSM dan jenis sukan yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi peraturan dan arahan SSM.
  5. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar.
  6. Keutamaan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan.

Syarat Khusus:

  • Pengambilan atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6 bergantung kepada keutamaan dalam sukan tertentu dan kebolehan menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
  • Atlet murid Tingkatan 1 perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3C di UPSR dan telah melalui Program Mengenalpasti Bakat KPM.
  • Atlet murid Tingkatan 2 hingga 5 perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)

Ujian Mengenalpasti Bakat (TID): Calon dicadangkan melalui Program Talent Scouting oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

Senarai SSM: Terdapat lima buah SSM di Malaysia, empat di Semenanjung dan satu di Sabah. Berikut adalah senarai SSM beserta maklumat mengenai sekolah tersebut.

1 Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

Alamat: Kompleks Sukan Negara, 57000, Kuala Lumpur

Web Rasmi: bjss.edu.my

2 Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

Alamat: Bandar Penawar, 81930, Bandar Penawar, Johor

Web Rasmi: sstmi.edu.my

3 Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)

Alamat:  Lot 50393, Jalan Lapangan Terbang, 21300, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu

Web Rasmi: ssmt.edu.my

4 Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)

Alamat: Jalan Bandar Gambang 10, Bandar Gambang, 26300, Kuantan, Pahang ssmpahangv2.wixsite.com/ssmp

5 Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)

Alamat:  Peti Surat 18472, 88875, Kota Kinabalu, Sabah

Web Rasmi: sites.google.com/site/ssmsabahkk/

 

Jika anda berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke SSM, sila layari [pautan permohonan]

 

Artikel Lain

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1 / TINGKATAN 4 SESI 2024/2025 (Check Lokasi)

Leave a Comment