CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI(CARA TULIS & FORMAT TERKINI)

CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI(CARA TULIS & FORMAT TERKINI)

CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI

APA ITU PROGRAM MATRIKULASI KPM?

Program ini dikenali sebagai Matrix dan ia terbahagi kepada 2 program iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Program ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  • Sains Hayat
  • Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal (baru diperkenal pada tahun ini)

 

Bagaimana nak tulis surat rayuan matrikulasi?

Senang sahaja,pelajar boleh rujuk contoh surat rasmi rayuan matrikulasi 2022/2023 dibawah.

Apakah lampiran yang diperlukan untuk membuat rayuan matrikulasi?

 

Pelajar perlu lampirkan salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Apakah isi kandungan surat rayuan matrikulasi?

Pemohon boleh menyatakan sebab munasabah lain berkaitan dengan pencapaian akademik atau perkara berhubungkait seperti minat ataupun sebagainya supaya pemohonan rayuan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya

Nak hantar surat rayuan matrikulasi ke mana?

Surat Rasmi Permohonan Rayuan Perlu Dihantar Ke Alamat Berikut:

Pengarah

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Telefon: 03-8884 4083

Faks: 03-8884 4028

E-mel: [email protected]

 

CONTOH SURAT RAYUAN MATRIKULASI 2022/2023

Muhammad Harraz Bin Ahmad

No, 10 Taman Desa Indah,

17600, Jeli

Kelantan.

Email:

No Tel:

 

Pengarah,

Bahagian Matrikulasi,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 6-7, Blok E15,

Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

27 April 2022

Tuan / Puan,

PER: Rayuan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2022/2023

Nama: Muhammad Harraz Bin Ahmad (No K/P: 120801-03-3619)

Merujuk perkara di atas, saya merayu kepada pihak tuan / puan bagi mempertimbangkan Permohonan Rayuan saya Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2022/2023 berdasarkan jurusan pengajian yang dipilih oleh saya iaitu Perakaunan (Kod M003).

2.Permohonan rayuan ini dibuat adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

i.Saya tidak berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Sesi 2022/2023 bagi ambilan pertama

ii.Saya berpotensi dan meminati jurusan pengajian Perakaunan

iii. Keputusan SPM yang diperolehi menepati dan memenuhi syarat kelayakan program

3.Untuk makluman pihak tuan / puan, saya telah memperolehi 5A dan 4B dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu,saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

4.Di samping itu, saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai Rover Moot Antarabangsa (Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Kembara Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah. Pada tahun 2020, saya mencapai kejayaan tempat pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.

5. Tahun akhir sesi persekolahan, saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Kembara Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Sepak Takraw Sekolah dan menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Perpustakaan Sekolah.

6. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan tuan / puan.

7. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai. Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik tuan / puan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.

Sekian dimaklumkan, atas jasa baik tuan / puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Berharap,

 

………………………….

 

(MUHAMMAD HARRAZ BIN AHMAD)

Anda boleh copy dan edit sahaja contoh surat rayuan matrikulasi untuk dijadikan rujukan bagi membuat permohonan secara manual.

 

ANGGARAN YURAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

Berikut adalah anggara yuran yang dikenakan:

  • Pendaftaran untuk jurusan Sains dan Teknikal – RM 220
  • Pendaftaran untuk jurusan Perakaunan – RM 212..

Nota: Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

Permohonan boleh dibuat melalui laman http://matrikulasi.moe.gov.my

 

TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2022 / 2023

Permohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2022 / 2023

Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 16 Julai 2022.

 

TARIKH RAYUAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

Bermula dari tarikh 16 Julai 2022

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM MATRIKULASI AMBILAN KE-3

Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan ke-3 program matrikulasi boleh disemak pada 9 Ogos 2022 jam 5.00 petang.

 

SEMAKAN TARIKH PENTING MATRIKULASI 2022 / 2023

  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (16-23 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke kolej 24 / 25 Julai 2022
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (16-18 Julai 2022)
  • Keputusan pertukaran (22 Julai 2022).
  • Keputusan ambilan 2 (29 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke kolej (2) 31 Julai 2022.

 

Bagaimanakah cara nak buat semakan keputusan permohonan rayuan matrikulasi?

Anda boleh membuat semakan keputusan secara atas talian (online)

Bilakah tarikh keputusan rayuan bagi kemasukan ambilan kedua?

Pengumuman tarikh keputusan rayuan bagi kemasukan ambilan kedua pelajar untuk tahun sebelumnya, mendapati bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada hujung Mei atau awal bulan Jun untuk mengumumkan keputusan permohonan Rayuan

Leave a Comment