CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH(Kena Kuarantin Influenza/HFMD / Covid-19)

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH(Kena Kuarantin Influenza/HFMD / Covid-19)

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH

 

Bagi memudahkan ibubapa,murid dan pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan yang munasabah,kami kongsikan CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH,anda hanya perlu edit sahaja dan cetak untuk diberikan kepada guru kelas /sekolah masing-masing.

Surat ini penting untuk rekod guru kelas anak anda bagi mengelakkan dianggap sebagai “ponteng”.

Surat ini juga boleh dijadikan dokumen sokongan bagi mereka yang tidak mempunyai sijil sakit daripada klinik/hospital.


CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Cara menulisnya mestilah dengan format surat rasmi kerana yang hendak menerimanya adalah pihak sekolah yang merupakan institusi rasmi Malaysia.

Contoh 1 : Surat Tak Hadir Ke Sekolah Atas Urusan Keluarga

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              2 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 1 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas urusan keluarga.

  1. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 Disember 2020.
  2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana perlu bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Johor/Ada pembacaan wasiat keluarga/ada konflik keluarga/ada urusan yang agak privasi berkaitan keluarga yang perlu diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

 

 

Contoh 2 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Urusan Kematian

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              5 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 1-3 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas urusan kematian.

  1. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 Disember 2020 hingga 3 Disember 2020.
  2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana ada kematian keluarga terdekat yang kami sekeluarga perlu ziarahi. Sekiranya pihak sekolah ada sebarang pertanyaan berkaitan ketidakhadiran anak saya, boleh hubungi saya di <no.fon waris> bagi mendapatkan kepastian.
  3. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

 

Contoh 3 : Surat Tidak Datang Ke Sekolah Kerana Sakit Perut

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                              5 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 3 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> kerana sakit perut/sakit kepala/demam.

  1. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 2 Disember 2020 hingga 4 Disember 2020.
  2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana beliau mengalami sakit perut/sakit kepala/demam yang membuatkan beliau tidak terdaya untuk meneruskan sesi persekolah pada hari tersebut, dengan itu saya sertakan surat sakit dari doktor sekali. (kalau ada)
  3. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

Note: Untuk alasan sakit, kalau boleh adakan sekali surat pengesahan doktor. Kalau contohnya anda pergi buat pemeriksaan anak anda di UTC, boleh dapatkan surat cuti sakit, tapi perlulah mendapat pengesahan doktor yang membuat pemeriksaan tersebut. (Disclaimers : penipuan sijil sakit adalah satu kesalahan).

 

Contoh 4 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Balik Kampung

Abu Bin Bakar,

No. 70, Jalan Mega Jaya 1,

Taman Mega Jaya,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

———————————————————

Guru Darjah 1 Cerdik,

Sekolah Menengah Mega Jaa,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.                                             1 Disember 2020

Tuan / Puan,

Tidak Hadir Sesi Persekolahan Pada 2-4 Disember 2020

Merujuk kepada perkara diatas, dimaklumkan yang anak saya <NAMA ANAK> atas kerana balik kampung.

  1. Saya Abu Bin Bakar, bapa kepada <NAMA ANAK> dari Darjah 1 Cerdik dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 2 Disember 2020 hingga 4 Disember 2020.
  2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana pulang ke kampung 2 hari awal untuk menyabut hari perayaan. Sekiranya pihak sekolah ada sebarang pertanyaan berkaitan ketidakhadiran anak saya, boleh hubungi saya di <no.fon waris> bagi mendapatkan kepastian.
  3. Kerjasama Tuan/Puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………….

Abu Bin Bakar

 

Contoh 5: Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Melawat Orang Sakit  

<Alamat Pelajar>

___________________________________________________________________

Guru <Darjah / Tingkatan>,

<Nama Sekolah>,

<Alamat Sekolah>                                                                                                  <Tarikh>

 

Tuan / Puan,

PER : Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Saya _____________ bapa kepada anak saya bernama ______________ ingin menyatakan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama ________ hari bermula ________2019 hingga __________ 2019.

 

  1. Ketidakhadirannya ke sekolah adalah kerana ______________________________________________________. Saya akan pastikan bahawa anak saya hadir semula ke sekolah pada _____________ 2019.

 

  1. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak anak saya semasa ketidakhadirannya ke sekolah.

 

Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

 

Yang Benar,

……………………………………………

Contoh 6: Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Bercuti Di Luar Negara  

 

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Nombor Telefon>

<Alamat Pelajar>

______________________________________________

Guru <Darjah / Tingkatan>,

<Nama Sekolah>,

<Alamat Sekolah>                                                                                                  <Tarikh>

 

Tuan / Puan,

<NAMA ANAK: MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH>

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

  1. Untuk makluman tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada <Tarikh sekian-sekian> <Hari sekian-sekian> kerana berada di luar negara.

 

  1. <Penerangan lanjut tentang kenapa tidak hadir ke sekolah>. Kami sekeluarga perlu sampai ke KLIA pada jam 5.00 pagi untuk penerbangan ke Perth, Australia. Oleh yang demikian, beliau tidak dapat menghadiri kelas pada yang yang dimaklumkan di atas.

 

  1. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan / Puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih

 

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Nombor Telefon>

 

Contoh 7: Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Dikuarantin   

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Nombor Telefon>

<Alamat Pelajar>

______________________________________________

Guru <Darjah / Tingkatan>,

<Nama Sekolah>,

<Alamat Sekolah>                                                                                                  <Tarikh>

 

Tuan / Puan,

<NAMA ANAK: MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH>

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

  1. Untuk makluman tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada <Tarikh sekian-sekian> <Hari sekian-sekian> kerana diarah untuk kuarantin wajib

 

  1. <Penerangan lanjut tentang kenapa tidak hadir ke sekolah>. Kami sekeluarga diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin wajib.Oleh yang demikian, beliau tidak dapat menghadiri kelas pada yang yang dimaklumkan di atas.

 

  1. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan / Puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih

 

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Nombor Telefon>

SURAT TIDAKHADIR KE SEKOLAH SEBAB BIMBANG PENULARAN WABAK COVID-19

Ahmad Bin Ali

No 34, Jalan 22/47 Seksyen 21

47800, Petaling Jaya

Kuala Lumpur.

__________________________________________

 

Tuan Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Teratai,

Seksyen 22, Jalan 12/15,

Seksyen 22, 47800

Petaling Jaya, Selangor.

(up: Guru Kelas 3 Utarid)  6 Oktober 2020

 

Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBINGAN PENULARAN COVID-19

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1. Saya Sobri Bin Abu no kad pengenalan 831201035055 adalah bapa kepada Muhammad Azrie bin Sobri murid tahun 3 Utarid Sekolah Kebangsaan Mawar.

 

  1. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah disebabkan kebimbangan pandemik Covid -19 yang semakin menular di kawasan Petaling Jaya ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

 

  1. Segala perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Yang benar,

*Tandatangan di sini

 

Ahmad Bin Ali

No Tel: 0143456789

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PRASEKOLAH ONLINE/MANUAL 2023 (ePrasekolah)

 

Leave a Comment