PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU (Semakan Status & Projek Terkini)

PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU (Semakan Status & Projek Terkini)

PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Kepada warga penduduk Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri, anda boleh cuba membuat permohonan Rumah Selangorku yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan bagi tahun 2023, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH SELANGORKU

Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang direka untuk menyokong golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk orang Selangor. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga yang layak dalam negeri tu.

Di bawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya. Ia dikendalikan  oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon :

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum lagi memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Satu permohonan saja untuk setiap isi rumah
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

 

CARIAN PROJEK HARTANAH TERKINI RUMAH SELANGORKU

Nak tengok projek terkini Rumah Selangorku?Pemohon boleh menyemak senarai projek  yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

 

PROSES PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Anda ingin memohon? Ketahui semua proses-proses berkaitannya;

  • Pendaftaran Pengguna
    1. Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  • Hantar Permohonan
    • Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  • Proses Kelulusan
    • Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  • Muat Naik Dokumen
    • Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  • Surat Tawaran
    • Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  • Pindah Ke Kediaman
    • Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.

Kepada yang ingin buat permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah buat PENDAFTARAN SPRN(TEDUH) terlebih dahulu

 

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad identiti
  • Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
  • Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
  • Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
  • Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
  • Salinan bil utiliti

Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.

 

SENARAI HARGA & JENIS RUMAH SELANGORKU

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.

Umumnya, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST. Ia juga bergantung kepada

  • Jenis,
  • Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)
  • lokasi dan
  • kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

  1. Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
  2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  3. Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  4. Hanya permohonan yang lengkap sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  5. Sekiranya status pemohon telah Ditawarkan Rumah, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    • Penyata KWSP (jika ada); dan
    • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
  6. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status Senarai Menunggu akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

 

CARA DAFTAR RUMAH SELANGORKU

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS iaitu:

  1. Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS https://ehartanah.lphs.gov.my/
  2. Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  3. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  4. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS  https://ehartanah.lphs.gov.my

 

CARA LOG MASUK RUMAH SELANGORKU

Selepas daftar, anda boleh log masuk  menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

  • Pemohon boleh membuat permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
  • Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS belum dibuka.
  • Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah cara buat semakan status permohonan:

  • Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=stcheck_idcheck
  • Pilih tab ‘Semak Status’
  • Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  • Klik butang ‘Semak’
  • Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

 

PERMOHANAN TIDAK BERJAYA RUMAH SELANGORKU

  • Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.
  • Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

 

PERMOHONAN BERJAYA RUMAH SELANGORKU

  • Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.
  • Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  • Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.
  • Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

 

SOALAN LAZIM RUMAH SELANGORKU

Cara buat permohonan atau menyemak status permohonan?

  • Sila log masuk untuk membuat permohonan atau menyemak status dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan anda pada ruangan tersedia dan menekan butang (LOG MASUK).

Saya pernah buat pendaftaran,bagaimana cara log masuk?

  • Bagi pengguna yang telah berdaftar pada sistem sebelum ini, sila log masuk menggunakan kata laluan yang sama.
  • Sila pastikan yang kata laluan anda sentiasa selamat dan tidak dikongsi dengan pihak lain serta menukarnya dari semasa ke semasa bagi menentukan akaun anda tidak digodam dan butiran diri anda tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Bagaimana jika saya terluka kata laluan?

  • Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh klik pada `Lupa Kata Laluan?` dan kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Sekiranya anda masih mengalami masalah, sila hubungi atau hadir di kaunter khidmat pelanggan LPHS bagi mendapatkan bantuan..

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected], [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH SELANGORKU 3.0 (Permohonan & Harga Dua Tiga Empat Bilik)

2 thoughts on “PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU (Semakan Status & Projek Terkini)”

  1. Saya ingin semakan kelayakan saya kerana saya perlukan rumah sendiri selesa selamat, saya tiada rumah sendiri Masih sewa rumah, saya perlukan rumah Kos rendah teras atau double storey Dan dekat dengan Kuala Lumpur kerana anak2 saya kerja Di kl senang untuk mereka Bantu saya, saya Harappan pihak atas PKNS membantu saya anak selagor sekian terima kasih

    Balas

Leave a Comment