DAFTAR & SEMAKAN PROGRAM GLOW 2023 (Latihan &  Peningkatan Kemahiran)

DAFTAR & SEMAKAN PROGRAM GLOW 2023 (Latihan &  Peningkatan Kemahiran)

DAFTAR & SEMAKAN PROGRAM GLOW 2022(Latihan &  Peningkatan Kemahiran)

Bajet ini turut menyasarkan 220 ribu pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan 1.1 bilion ringgit.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah program place and train iaitu latihan dengan jaminan pekerjaan. Program peningkatan  kemahiran dengan kerjasama industri turut dipergiat dengan keutamaan kepada kemahiran digital seperti contoh program Global Online Workforce (atau GLOW) di bawah MDEC.

 

Contohnya Puan Zeti Haiza, pengurus di sebuah agensi pelancongan di Melaka. Tanpa pelancong dari luar negara, pendapatannya terjejas. Melalui program latihan GLOW oleh MDEC, Puan Zeti menceburkan diri secara freelancing di platform dalam talian untuk menjana pendapatan dari rumah sekali gus boleh menawarkan perkhidmatannya ke luar negara.

 

Berdasarkan keberhasilan pelaksanaan program latihan dan peningkatan kemahiran di bawah Belanjawan 2021, lebih 85 peratus daripada pelatih telah ditawarkan peluang penempatan pekerjaan. Diharapkan melalui pelaksanaan inisiatif JaminKerja serta langkah pemulihan ekonomi dapat menurunkan kadar pengangguran negara kepada 4 peratus dan mencapai tahap guna tenaga penuh.

 

APA ITU PROGRAM GLOW

Global Online Workforce (GLOW)

Sebuah program nasional yang direka khas untuk membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian dari “Global Online Workforce” dan menjana pendapatan secara bebas.

 

TUJUAN GLOW

Memperkasa rakyat Malaysia untuk mengeksport perkhidmatan profesional ke peringkat global. Program GLOW hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang memegang MyKad yang berusia 18 tahun ke atas.

Program ini sesuai untuk :

  • Graduan
  • Orang kurang upaya
  • Profesional
  • Suri rumah
  • Penganggur
  • Pesara
  • Pekerja Berpengalaman
  • Pekerja yang direntikerja sentara

 

Bagaimanakah program latihan GLOW ini dijalankan?

Program latihan GLOW meliputi latihan intensif dalam kelas, bimbingan pengajaran (mentoring) secara maya dan sokongan dari rakan komuniti.

 

KERJASAMA GLOW

Dalam mengukuhkan ekosistem yang menyokong freelancer Malaysia, GLOW bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi platform, komuniti dan badan bukan kerajaan, akademik,  dan wakil kelab dan persatuan. Tenaga pengajar latihan program GLOW terdiri daripada freelancer yang berpengalaman dan telah berjaya. Mereka juga akan menjadi mentor anda sehingga anda yakin dan berjaya membida projek dalam platform.

 

DAFTAR & SEMAKAN PROGRAM GLOW

CARA PERMOHONAN PROGRAM GLOW

Anda hanya perlu kemahiran hebat anda dan mendaftar pada pautan ini (Link) untuk melengkapkan profil anda.

 

KEPERLUAN MINIMUM UNTUK MENYERTAI PROGRAM GLOW

Pertama sekali, anda harus celik komputer.

Kedua, mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana 
anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa

Ketiga, memilik set kemahiran khusus yang dikehendaki (Sila rujuk kepada senarai)

Yang terakhir dan paling penting sekali adalah komitmen, usaha dan ketekunan anda.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

1-800-88-8338

[email protected]

2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

 

ARTIKEL LAIN

Jika usahawan PKS ingin digitalisasi dan meningkatkan kecekapan perniagaan, DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL yang dilancarkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Leave a Comment