Cara-cara untuk mencuba masuk semula ke dalam aplikasi MyHRMIS Mobile jika anda mengalami masalah MyHRMIS Mobile Login seperti yang diterangkan adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi Mydigital ID. Anda tidak perlu mengimbas kod QR. Di bahagian atas kiri, terdapat tiga garisan pilihan, pilih ‘Penjawat Awam’.
- Pastikan anda memilih opsyen ‘Penjawat Awam’, bukan ‘Daftar Online’. Masukkan alamat e-mel rasmi anda. Tunggu mesej OTP sepanjang enam digit dari e-mel tersebut untuk langkah seterusnya iaitu eKYC.
- Masukkan butiran yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, dan muat naik gambar depan dan belakang kad pengenalan serta swafoto (selfie).
- Selepas itu, tunggu proses pengesahan eKYC untuk nama dan nombor kad pengenalan anda. Jika proses ini tidak berjaya, anda perlu mengambil semula gambar kad pengenalan dan swafoto. Pastikan gambar yang dimuat naik jelas dan tidak silau.
- Jika proses pengesahan berjaya, anda akan menerima paparan yang memberitahu bahawa Mydigital ID anda telah berjaya didaftarkan dan boleh digunakan untuk log masuk ke dalam aplikasi MyHRMIS Mobile.
Maklumat Lanjut Tentang MyHRMIS Mobile Login
Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau memerlukan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, anda boleh menghubungi MyDigital ID Helpdesk melalui e-mel [email protected] atau menelefon 03-86872772. Waktu operasi Helpdesk adalah dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang.
Artikel Lain > KIOSK MyDIGITAL ID(Lokasi Login Cara Daftar)