DISKAUN SAMAN JPJ 70% (Semak & Bayar Guna MySIKAP Pejabat JPJ / Cawangan / UTC Kiosk & Portal JPJ)

DISKAUN SAMAN JPJ 70% (Semak & Bayar Guna MySIKAP Pejabat JPJ / Cawangan / UTC Kiosk & Portal JPJ)

 

DISKAUN SAMAN JPJ 70%

Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)  memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

APA ITU SAMAN JPJ

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN JPJ 70%

Anda boleh dapatkan diskaun saman JPJ 70% melalui membayar saman JPJ dalam tempoh bermula (akan dikemaskini)

SEMAKAN TERMA & SYARAT DISKAUN SAMAN JPJ 70%

SENARAI SAMAN YANG DIBERIKAN DISKAUN JPJ 70%

Berikut adalah semakan tawaran pengurangan saman JPJ 70% diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan diatas.

CARA SEMAKAN & BAYARAN SAMAN JPJ

Semakan saman boleh dibuat secara online melalui portal MySikap JPJ.

Semakan dan bayaran diskaun saman JPJ secara manual ini juga boleh dilaksanakan di pejabat JPJ / cawangan / UTC, kiosk dan portal JPJ.

Bagaimana cara daftar portal MySikap JPJ?

SOALAN LAZIM

BERAPA KADAR DISKAUN SAMAN JPJ YANG DITAWARKAN?

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

DIMANA TEMPAT BAYARAN DISKAUN SAMAN JPJ?

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

BAGAIMANA DENGAN KESALAHAN SENARAI HITAM JPJ?

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat tentang diskaun saman JPJ bagi tahun 2021,sila rujuk kemaskini maklumat dan informasi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan melalui medium berikut:

https://www.jpj.gov.my/

Facebook : JPJ Malaysia

Twitter JPJ_Malaysia : https://twitter.com/jpj_malaysia

Instagram JPJMalaysia : https://www.instagram.com/jpjmalaysia

Youtube: JPJMalaysia https://www.youtube.com/user/portaljpj

Telegram: JPJ_Malaysia https://t.me/JPJ_Malaysia

Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan melalui :

Hotline JPJ : 03 8000 8000

Jabatan Pengangkutan Jalan

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62100 Putrajaya

1 thought on “DISKAUN SAMAN JPJ 70% (Semak & Bayar Guna MySIKAP Pejabat JPJ / Cawangan / UTC Kiosk & Portal JPJ)”

Leave a Comment