SEMAKAN DAN DAFTAR i-AKAUN KWSP DI KIOSK RHB BANK
Ekoran kebenaran daripada kerajaan untuk mengeluarkan wang KWSP daripada akaun 2 atau dikenali sebagai Pengeluaran i-Lestari, ramai ahli KWSP ingin mendaftar i-Akaun KWSP untuk membuat urusan tersebut. Malangnya, urusan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana pejabat KWSP ditutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Berita gembira untuk anda, di Kiosk RHB Bank ada menyediakan khidmat daftarkan i-Akaun KWSP. Bagaimakah cara daftar i-Akaun KWSP di Kiosk RHB?Sebelum ini ada perkongsian tentang cara daftar i-Akaun KWSP guna emel.
APA ITU i-AKAUN KWSP?
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
SEMAKAN DAN DAFTAR i-AKAUN KWSP DI KIOSK RHB BANK
SEMAKAN KELAYAKAN DAFTAR i-AKAUN KWSP
Berikut adalah syarat kelayakan untuk daftar i-Akaun KWSP :
Ahli -Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
Majikan-Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
CARA DAFTAR I-AKAUN KWSP DI KIOSK RHB BANK
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran i-Akaun KWSP di Kiosk termasuk memaparkan langkah-langkah :
LANGKAH 1
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- masukkan nombor telefon terkini (aktif) dan cap jari anda.
- Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas. Akan dipaparkan nombor ID anda beserta dengan sms password yang dihantar oleh KWSP.
LANGKAH 2
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan cap jari.
- Sila pilih pada butang ‘Check Penyata’. Akan keluarkan kertas dengan sekali penyata akaun pertama dan akaun kedua. Sekali baki keseluruhan.
LANGKAH 3
- Sila install i-Akaun Mobile
- Masukkan nombor ID serta password.
- Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan masukkan password baharu. Anda boleh buat pilihan sama ada key in password baru atau guna ‘fingers print‘.
SENARAI KEMUDAHAN I-AKAUN KWSP BAGI AHLI
Antara kemudahan sistem online i-Akaun kepada Ahli KWSP adalah seperti berikut :
- Memohon pengeluaran i-Lestari (Akaun 2 KWSP)
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
- Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau akses ke enquiry KWSP.
adakah seluruh cawangan rhb di malaysia terdapat kiosk kwsp?
Semak i-akaun
Macam nak reggister
Please register for me for kwsp I akaun
Nak daftar i-akaun
Semakan
Kiosk mesin can use
Nk tnya Npe xmsuk2 i sinar dlu 6 1 DPT skrg ni xda
Kiosk kwsp buka hari hari ke??? RHB dekat mana ni??
Nur Asyikin