Isi Kandungan
PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE:CARA REGISTER & LOGIN(assist.perkeso.gov.my)
Bagaimana nak bayar caruman pekerja kepada PERKESO secara online?Mudah sahaja iaitu melalui PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE.
Sebelum ini,ia dikenali sebagai iPerkeso, sekarang ia dikenali matrix.perkeso.gov.my yang digunakan untuk individu yang bekerja sendiri sahaja.
APA ITU PERKESO? (www.perkeso.gov.my)
PERKESO atau lebih dikenali dengan SOCSO (Social Security Organisation).
Ia berfungsi bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.
APA ITU PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE?
Sebuah portal untuk majikan menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO secara online.
Kepada usahawan wanita,boleh daftar SPS PRIHATIN WANITA(SPW)bagi melayakan anda mendapat caruman PERKESO sebanyak RM163 secara percuma.
REGISTER PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE
Berikut adalah cara untuk membuat pendaftaran Assist Portal untuk Majikan:
- Sila muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist
- Kemudian sila bawa borang tersebuat ke Pejabat PERKESO berhampiran atau boleh menghantar borang tersebut melalui emel ke [email protected]
- Borang yang telah dihantar akan disemak dan jika tiada masalah, anda akan menerima satu emel dengan nama pengguna dan kata laluan sementara
- Kemudian ada dikehendaki menukar kata laluan dan login Assist Portal PERKESO.
CARA LOGIN PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE
Berikut adalah cara login PERKESO Assist Portal online:
- Layari assist.perkeso.gov.my/employer/login
- Klik BM untuk Bahasa Melayu
- Isi email (pendaftaran),Masukkan password
- Klik Login
SEMAKAN PROFILE PEKERJA GUNA PERKESO ASSISTPORTAL ONLINE
Jika majikan ingin membuat semakan profil pekerja syarikat:
- Sila klik PROFIL MAJIKAN,sila buat carian nama majikan atau kod majikan
- Akan dipaparkan nama majikan
- Selepas carian selesai, skrin akan memaparkan nama dan maklumat majikan yang dicari
SEMAKAN MAKLUMAT CARUMAN PEKERJA
- Bagi membuat semakan maklumat caruman majikan dan segala urusan berkaitan, anda perlu melakukan langkah sama seperti untuk melihat profil yang dipaparkan di aras
- Kemudian klik pada maklumat caruman
SEMAKAN SENARAI DOKUMEN
Berikut adalah cara untuk melihat senarai dokumen:
- Klik PROFIL MAJIKAN
- Cara yang sama seperti langkah pada melihat profil perlu dilakukan
- Klik pada tab senarai dokumen
SEMAKAN PROFIL PEKERJA /KAKITANGAN
Berikut adalah cara untuk mengakses maklumat kakitangan:
- Klik pada menu Profile dan klik Employee Profile
- Anda kemudian perlu memasukkan nama pekerja, nombor kad pengenalan pekerja atau nombor PERKESO pekerja
- Maklumat pekerja akan dipaparkan
REGISTER PEKERJA BARU GUNA PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE
Berikut adalah cara daftar pekerja baru:
- Klik pada menu Add New Employee
- Lengkapkan maklumat pada bahagian Employee Information dan Employee Application StatusSear
- Klik SAVE & CONTINUE
- Sila muat naik dokumenyang diperlukan dan klik ADD DOCUMENT
- Kemudian klik SAVE dan CONTINUE
- Sila buat SEMAKAN dan klik SUBMIT
- Kemudian klik COMFIRM
CARA BUAT CARUMAN GUNA PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE
Berikut adalah cara buat caruman pekerja melalui PERKESO Assist Portal:
- Klik Mysites
- Klik Contribution
- Dibawah menu Employee Contribution, klik Add Contribution
- Klik Action pada lambang tangan, pastikan bulan yang hendak dibuat pembayaran. Jika bulan caruman tidak wujud, klik Arrears
- Pada Contribution Summary, pilih bulan dan tahun caruman serta klik Select. Masukkan Total Employee dan Total Contribution Amount.
- Pada menu Employee Contribution, klin Action, iaitu lambang pensil, untuk edit atau mengemas kini status dna gaji pekerja.
- Klik Edit dan masukkan jumlah gaji kemudian tekan Complete
- Klik Back dan scroll down, seterusnya klik Submit dan Confirm
- Pilih untuk Print ACR, Acknowledgement Contribution Received
CARA BUAT BAYARAN CARUMAN GUNA PERKESOASSIST PORTAL ONLINE
Berikut adalah buat bayaran caruman melalui PERKESO Assist Portal:
- Selepas mencetak ACR, klik Process to Payment
- Pilih Contribution/FLCB Notice/Compound Notice
- Klik Add to Chart seterusnya tekan menu Proceed to Summary, klik Continue.
- Pilih FPX dan Business Model sama ada Corporate to Corporate = menggunakan akaun syarikat, atau Personal to Corporate = menggunakan akaun peribadi
- Pilih bank yang akan dibuat pembayaran
- Masukkan alamat emel
- Kemudian tekan Proceed
BAGAIMANAKAH CARA DAPATKAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 PROGRAM SARINGAN PRIHATIN(PSP) PERKESO?
Sila buat pendaftaran dan kemaskini di Perkeso Assist Portal assist.perkeso.gov.my
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah nak dapatkan panduan pengguna Perkeso Assist Portal?
- Rujuk PANDUAN ASSIST PERKESO
Bagaimana jika majikan saya tidak membayar caruman SOCSO?
- Adalah satu kesalahan sekiranya majikan tidak membuat potongan PERKESO untuk pekerja mereka.
Apaka tindakan yang perlu dilakukan jika majikan tidak mencarum SOCSO?
- Jika anda sebagai pekerja mendapati majikan tidak mencarum SOCSO, sila laporkan pada pihak berwajib.
Bagaimanakah nak tahu jumlah caruman SOCSO/PERKESO?
- Kadar caruman PERKESO adalah bergantung kepada jumlah gaji anda.Sila rujuk jumlah bayarannya di kadar caruman PERKESO.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertayaan tentang Perkeso Assist Portal,sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau melalui email [email protected]